Monday, August 30, 2010

Salam Merdeka


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53. Sama-samalah kita mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara kita...


Friday, August 27, 2010

Selamat Hari Raya Kepada teman-temanku

Selamat Menyambut Hari Raya aidilfitri kepada rakan-rakan (Untuk Yang bukan rakan or bukan kawan..sorry takde makna nak ucap selamat kat korang, Korang ingat korang tu sapa dalam hidup AKU.. korang takde makna dalam hidup aku pun..Korang mana tau berkawan..sebab tu korang takde kawan..hahahah.), sahabat handai, saudara mara, dan semua yang mengenali diriku ini ..Semoga anda semua bergembira bersama ahli keluarga masing-masing....
-hilmi-

Sunday, August 22, 2010

Allah Maha Besar

Nie adalah ikan puyu yang jarang-jarang kita dapat lihat. Ikan ini memang berbeza dengan ikan-ikan yang lain. Sebabnya ikan ini mempunyai bentuk dan fizikal yang unik berbanding ikan2 puyu yang lain. Kita boleh lihat betapa hebatnya kuasa Allah mencipta ikan Puyu ini yang berlainan bentuk dari ikan puyu yang lain. Hebatnya Allah.














Wednesday, August 18, 2010

Tahniah dan Syabas kepada rakan-rakanku.

Tahniah kepada semua rakan-rakanku yang berkonvokesyen Bulan Ogos. Semoga kalian semua cepat-cepat dapat kerja. Dah kerja jangan lupa belanja saya yer..ekekekke...

































Monday, August 9, 2010

Alhamdulillah..segala pujian hanya untuk allah..

Nama aku Razak, umur aku 26 tahun dah hampir masuk 27 tahun bulan Disember nie. Aku periang dan aku suka berkawan...Sekarang aku sudah berjaya Justify Fullmemiliki segulung Ijazah Sarjana Muda dari USM penang, aku sungguh berbangga dengan diri aku ini. Dulu masa aku dilahirkan aku tidak dapat bayangkan betapa aku sungguh kecewa dengan hidup aku ini. Dan tidak pernah terlintas di benak fikiranku akan memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda ini.

Aku teringat masa aku mula2 dilahirkan dahulu, ibuku sentiasa menangis setiap hari selepas melihat diri aku. Lalu ibuku memeluk aku sambil menangis. Badanku yang kecil dipangku dan dipeluk dengan erat. Walaupun aku tidak mengerti mengapa ibuku menangis, tetapi aku boleh merasakan air matanya yang jatuh dan mengalir di atas badanku.

Setiap kali ibuku melihat aku, dia akan menangis dan air matanya akan berlinangan di pipinya. Aku tidak mengerti, aku tidak tahu , aku tidak pintar untuk aku mentafsirkan perasaan ibuku. Kenapa dia harus menangis, kenapa harus dia mengalirkan air mata setiap kali melihat diriku ini. Ya Allah, kenapakah IBUKU ini menangis? aku tertanya-tanya. kenapakah?

Terdetik di hati kecilku, adakah kelahiran aku ini mengembirakan hati ibuku? atau adakah kelahiran diriku ini menyedihkan beliau...Aku memang tidak mengerti, kenapa ibuku sentiasa menangis melihat aku...Namun aku tidak peduli. Aku sudah pun dilahirkan ke dunia. Ibuku tidak boleh membunuh aku, ibuku tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku.

Selepas beberapa bulan aku melihat dunia, aku sudah boleh menangis, ketawa dan menangis...tetapi aku masih tidak dapat menggerakkan tangan aku. Kenapakah aku masih tidak boleh menggerakkan tangan aku? Namun, aku tidak peduli...aku tidak boleh menggerakkan tangan tidak mengapa, sebab ibu aku sentiasa berada disisi aku untuk menyuapkan makanan bila aku lapar. Ibu terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah engkau berikan kepada aku..

Dua tahun selepas aku dilahirkan, aku sudah mula berjalan dan berbicara. Setiap orang, setiap manusia yang aku berjumpa, aku akan menyapa dan berbual2...Biasalah, bual2 kanak2 kecil..Namun aku terasa seperti aku tidak lengkap? adakah diri aku ini tidak sempurna? Timbul persoalan dibenak fikiran aku. Aku terfikir, kenapa setiap kali aku lapar, ibuku yang harus menyuapkan makanan? kenapa setiap kali aku dahaga, ibu yang memberi minuman kepada aku. Kenapa aku tidak melakukan nya sendiri......Persoalan demi persoalan datang ke benakku..

Ibu, ibu, ibu...aku memanggil ibuku.....ibu " adik nak minum air milo sendiri, ibu tak yah suapkan" adik nak belajar buat sendiri...boleh tak ibu? aku menyoal ibu. Ibu terdiam, kemudian dia menangis..aku dapat lihat riak muka ibuku yang sebelum ini bertukar secara tiba-tiba selepas aku meminta untuk minum sendiri. Air mata yang jernih berguguran membasahi pipi ibuku tanpa aku sedari, aku telah membuatkan ibuku menangis...'ibu, kenapa sedih, kenapa ibu menangis..adik buat salah ka?" ...tidak adik. ..adik pergi main kat dalam rumah, ibu nak ke dapur ambil air untuk air...
Aku melihat riak wajah ibuku tadi, bertukar dan berubah serta merta setelah mendengar permintaan aku tadi...aku tertanya-tanya, kenapa ibu sedih, kenapa ibu menangis..adakah aku membuat sesuatu yang salah...ibu adik minta maaf ibu...adik janji tak akan buat lagi ibu...Ibu adik janji tak akan buat lagi...selepas hari itu, aku sudah tidak berani untuk meminta kebenaran dari ibuku untuk makan dan minum sendiri...
Pada satu petang, kat pasar malam....Ibuku membawa aku ke pasar malam untuk membeli makanan dan buah-buahan..Setelah aku dan ibuku sampai di pasar malam, aku melihat air mata ibu berguguran lagi...Aku menyoal ibu, kenapa ibu, kenapa ibu menangis?? ibuku diam sambil memandang seorang pengemis yang cacat di hujung jalan sambil meminta simpati orang ramai. Aku masih tidak faham kenapa ibu masih lagi menangis..Ibu tolonglah jangan menangis, aku sedih bila ibu menangis, aku tidak tahan melihat ibu menangis...kenapa ibu harus menangis...adakah aku yang bersalah ibu...
Aku ternampak wajah pengemis berkenaan yang sunggul dan tidak terurus. Aku sedih dan berasa simpati kepada nasib pengemis berkenaan. Aku bertanya ibu.." ibu kenapa dengan orang ini, kenapa tangannya kecil dan tidak seperti tangan ibu..kenapa ibu"..lalu aku memandang tangan aku, ibu kenapa tangan pengemis itu sama dengan tangan adik ibu..apabila tamat saja pertanyaan aku..sekali lagi ibuku menangis...
Aku sudah tidak tahan lagi dengan ibuku yang selalu menangis bila melihat aku...aku menyoal ibu, kenapa ibu bersedih, kenapa ibu harus menangis? kenapa ibu...kemudian ibuku terdiam membisu sehingga kami sampai ke rumah...

Selepas umurku mencecah tujuh tahun, ibu menghantar aku ke sekolah khas. Aku masih tidak mengerti, kenapa ibu menghantar aku ke sekolah KHAS...kenapa tidak menghantar aku ke sekolah yang berdekatan dengan rumah aku...Lagipun sekolah itu lebih dekat berbanding dengan sekolah KHAS yang ibu hantar aku itu..Kenapa ibu?? kenapa ibu ??? aku juga mahu hidup seperti kanak-kanak lain. Aku tidak mahu masuk sekolah KHAS yang dikawal rapi di dijaga seperti aku masih bayi ...ibu..kenapa ibu menghantar aku ke sekolah ini...aku tidak Mahu..

Setelah aku bersekolah di sekolah berkenaan untuk beberapa bulan, aku telah dijaga rapi...namun aku tidak mempunyai kawan. Aku duduk seorang diri di dalam kelas aku. Kawan-kawan yang lain semuanya tiada dalam kelas..aku hairan kenapa sekolah yang besar tidak mempunyai ramai murid?? Sekolah apakah ini? kenapa aku tidak mempunyai ramai kawan. Kenapa...

Aku juga mahu ramai kawan sama macam kawan baik aku Adam yang bersekolah di sekolah biasa. sekolah yang aku ingin bersekolah itu. tetapi ibuku tidak membenarkan aku masuk ke sekolah berkenaan..Kenapa ibu...

Selepas beberapa bulan aku bersekolah , aku sudah mula bosan dengan kelas dan persekitaran aku. aku tidak mempunyai ramai kawan seperti Adam. Aku hanya berkawan dengan seorang budan yang cacat kaki. aku tidak mahu berada disekolah ini..ibu tolonglah keluarkan aku dari sekolah ini...ibu, tolong aku ibu, tolonglah anakmu ini...

Dek kerana hatiku yang ingin sangat bersekolah di sekolah Adam...aku telah cuba pelbagai helah untuk bersekolah dengan Adam. Satu hari tue, aku masih ingat lagi..semasa ibu sedang membancuh air teh, aku berlari dan pura2 terjatuh di hujung kaki ibuku. Kemudian aku berpura-pura sakit dan menangis...Aku cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian ibuku..Ibu memujuk aku..aku pun berkata dengan nada yang sebak..."ibu kenapa adik tidak boleh masuk ke sekolah Adam, adam cerita kat adik, sekolah dia ada padang permainan...adik nak main macam adam...ibu, adik nak main macam adam...boleh la ibu..."

Kemudian aku melihat wajah ibuku yang berubah setiap kali aku meminta untuk bersekolah dengan Adam. Wajahnya berubah serta merta dan aku dapat melihat akan kesedihan terpancar diwajah ibuku..Namun, ibuku tidak mudah termakan dengan helah aku..dia cuba memujuk aku untuk bersekolah di Sekolah KHAS berkenaan. Aku sudah tidak terdaya untuk menarik perhatian ibuku lagi...Sehinggalah aku menduduki UPSR.

Oleh kerana perasaan aku yang ingin menjadi seperti manusia yang lain..aku telah berusaha setiap hari untuk berjaya. Aku telah berjanji dengan diri aku ..kalau aku berjaya dalam UPSR, aku boleh memasuki sekolah biasa dan bersekolah dengan ADAM...sejak dari itu, aku tidak pernah leka dan terus membaca dan membuat latihan....aku sudah sedar akan siapa diri aku yang sebenarnya..Aku sedar akan kekurangan diriku ini, aku sedar bahawa ibuku adalah ibu tunggal, dan aku sedar aku adalah anak tunggal yang lahir di dunia hasil perkahwinan ayahku yang juga memiliki tangan yang cacat seperti aku..

Kerana desakkan hidup, aku terus berusaha untuk berjaya dalam hidup. Hasilnya, aku telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR...aku bangga kerana dapat mengembirakan ibuku yang tidak pernah lekang berdoa supaya aku berjaya. Doa ibuku telah Allah makbulkan...aku telah mendapat gred yang cemerlang dalam semua matapelajaran yang aku ambil...Pada hari keputusan UPSR diumumkan, aku berdebar-debar menanti giliran aku untuk mengetahui keputusan UPSR. Dalam hati aku berdoa supaya aku dapat mengembirakan ibuku yang selama ini tidak pernah aku lihat dia gembira. Aku berdoa kepada Allah supaya aku dapat mengembirakan ibuku...


Setelah tiba giliran aku, debaran sangat -sangat kuat..sehingga aku tidak dapat menahan nafas..akhirnya apabila nama dan slip keputusan aku diberikan oleh guru kelas...aku terus menitiskan air mata...Aku telah berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. Aku bersyukur kepada Allah dan aku sangat teruja dengan keputusan yang aku perolehi. aku terus berlari mendapatkan ibuku yang berada tidak jauh dari aku..Ibuku menitiskan air mata kegembiraan dan aku dapat melihat betapa gembiranya dia semasa aku menunjukkan keputusan aku...

Pada malam hari berkenaan, ibuku telah masak makanan kegemaran aku sebagai tanda perhargaan kepada aku. aku terasa diriku sangat berharga. Walaupun pada masa aku dilahirkan aku tidak menyangka, orang yang cacat juga boleh berjaya seperti insan yang lengkap tubuh badan...

Namun, kegembiraan aku dan ibuku hanyalah khayalan semata-mata..." kusangka panas hingga ke petang, kiranya hujan ditengah hari"..itulah kiasan yang boleh aku gambarkan kepada anda semua..kegembiraan aku telah disentap dan ditarik oleh Allah....dan aku hanya mampu menitiskan air mata....

Dua hari selepas aku mendapat keputusan UPSR, ibuku telah berbincang dengan jiran kami, Kak Long ibuku..bernama Salmah. Mak Long Salmah telah memberikan cadangan kepada ibuku supaya menempatkan aku di sekolah berasrama penuh yang ditaja oleh Kerajaan. Dengan keputusan yang cemerlang, permohonan aku pastinya akan berjaya. Namun...permohonan tersebut hanyalah satu mimpi ngeri buatku yang telah menjadi igauan aku sepanjang hidup sehingga sekarang...Aku masih lagi bermimpi akan kejadian yang menimpa ibuku pada hari tersebut.

Aku masih lagi ingat bagaimana ibuku yang sedang beratur panjang untuk mendapatkan borang permohonan untukku...Aku masih lagi ingat bagaimana ibuku merayu kepada pegawai keselamatan di pejabat pendidikan berkenaan...aku masih lagi ingat bagaimana ibuku ditolak oleh orang lain yang beratur di sutu untuk mendapatkan borang berkenaan..dan aku masih lagi ingat bagaimana ibuku telah pengsan dan tidak siapa pun yang sudi membantu....aku juga masih ingat bagaimana aku telah ditertawakan oleh orang ramai...
Semua itu telah menjadi mimpi ngeri bagiku....


Pada hari kejadian, seperti kebiasaan...ibuku pasti akan menyediakan makanan kegemaran aku..nasi lemak dan sambal ikan bilis..tapi pada hari tersebut, ibuku masak makanan yang aku paling tidak gemari...kanji (bubur lambuk)..aku hairan, tetapi tidak terlintas difikiran aku bahawa ibuku sudah terlupa akan makanan yang paling aku tidak gemar ...kanji...Adakah ibuku sengaja masak makanan yang aku tidak suka itu..adakah ibuku terlupa..aku tertanya-tanya..


Semalam sebelum tido ibuku ada berpesan, adik..nanti kalau ibu dah tak ada, adik kena jaga diri sendiri..jangan menyusahkan orang lain..jangan tinggal solat dan selalulah berdoa untuk ibu dan bapa...adik kena ingat, kita orang susah, tetapi kita tidak perlu susahkan orang lain....jika adik dah takde sapa2 kat dunia ini lagi, barulah adik minta tolong dari orang lain..jika adik mampu untuk melakukan sesuatu kerja..adik lakukanlah...ibu dah penat dan dah letih..ibu nak rehat..

Aku yang tidak memahami apa2, terus mengiyakan saja apa yang dipesan oleh ibuku itu. Selalunya, apabila seseorang yang kita sayang akan meninggalkan kita..pastinya kita akan terasa dan boleh merasakan sesuatu...aku juga dapat merasakan sesuatu perasaan yang tidak boleh digambarkan bagaimanakah perasaan itu...aku rasa seperti kekosongan dalam hidup, aku rasa seperti hendak mennangis, aku rasa seperti ada benda yang tidak kena...macam2 lah perasaan aku pada pagi berkenaan..

Selepas bersarapan, aku tidak sempat melihat ibuku ..tapi aku perasan ada sesuatu benda kat atas katil aku...benda yang paling aku suka dan sayang...sebuah buku nota kecil...buku itu aku namakan MYlove MYnote...dah lama ibuku simpan buku itu...tapi kenapa hari itu dia meletakkan buku itu di atas katil aku...aku hairan...aku pernah menyuruh ibuku menyimpan buku berkenaan untuk aku...dan aku akan mengambilnya kembali selepas aku mendapat Ijazah Sarjana Muda...itulah janji aku kepada ibuku..
Buku itu adalah benda yang paling aku sayang, dan paling berharga dalam hidupku...buku itulah juga akan menjadi pengganti diriku semasa aku belajar di sekolah asrama kelak..aku akan menyuruh ibuku menulis setiap luahan dan perasaan aku terhadap ibuku..Jika aku marah kepada ibuku...aku akan menyuruh ibuku menulis perkataan "sayang" dan jika aku gembira dan suka..aku akan cakap " benci dan meluat" dan setiap perkataan dalam buku nota tersebut semuanya mempunyai maksud yang tersirat dan berbunga-bunga....hanya aku dan ibuku sahaja memahami isi kandungan buku berkenaan..

Pagi yang Mendung, suasana yang haru biru...kenderaan yang bersesak dan bunyi bising yang bingar...jika aku menggunakan ayat biasa .."pagi yang cerah, suasana yang ceria , kenderaan yang aman dan tidak sesak serta bunyi yang sepi dan semua itu telah menjurus kepada suatu suasana yang paling aku SAYANG...."


Aku tidak tahu kenapa pagi itu aku tidak dapat membuat apa2 ..seperti kebiasaan aku buat, aku cuba minum air dengan straw..tetapi aku tidak boleh minum air...aku cuba untuk menyuap Makanan ke dalam mulutku..tetapi tangan ku yang kecil itu telah bergetar dan aku tidak berdaya makan makanan itu..kenapakah? apakah tanda-tanda ini semua, kenapa aku jadi tidak keruan pada hari itu..kenapa..

Aku ke rumah Mak Long aku kat sebelah rumah, aku bertanyakan ibuku..."Mak Long, ibu ada tak? adik lapar..adik nak makan ..tapi tak boleh suap..boleh tolong panggilkan ibu tak? adik nak tanya ibu, kenapa ibu masak makanan yang adik tidak suka, kenapa ibu tidak masak nasi lemak kegemaran adik...Mak Long, ibu adik mana?

Mak Long pun memberitahu aku " ibu kamu pergi ke pejabat pendidikan nak ambil borang permohonan untuk kamu masuk ke sekolah berasrama penuh"...nanti bila kamu dah masuk ke sekolah berasrama penuh ibu kamu tidak perlu mengeluarkan banyak duit untuk persekolahan kamu kelak...Aku yang tidak tahu apa2 ini telah ...mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan ibuku sangat-sangat. Kenapakah perasaan aku tidak seperti biasaanya...

Aku telah mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan ibuku di pejabat pendidikan. Aku mengajak mak long untuk menghantar aku ke pejabat berkenaan. walaupun ibuku telah mengingatkan aku supaya tidak menyusahkan sesiapa, namun aku terlupa akan nasihat ibuku itu...aku terlupa dan aku tidak peduli akan nasihat ibuku itu..

Aku telah pergi dengan mak long ke pejabat berkenaan. Setiba kami di pejabat berkenaan, aku dapat melihat seorang perempuan bertubung pengsan di tepi pagar. Dan aku tahu dan mengenali sangat perempuan tersebut..hatiku terdetik..adakah itu ibuku...ya, memang benar ibuku..dan aku tahu perempuan yang pengsan di tepi pagar berkenaan adalah ibuku...tapi aku hairan kenapa tiada orang yang membantu ibuku..kenapa mereka semua biarkan ibuku di tepi pagar berkenaan...kenapa mereka berkelakuan sedemikian rupa...aku terus tertanya-tanya dan berlari mendapatkan ibuku yang terbaring di tepi pagar berkenaan...


Namun segalanya telah tertulis..suratan takdir telah ditetapkan...aku telah kehilangan ibuku yang paling aku sayang didunia, insan yang paling aku cintai..insan yang paling banyak berkorban untukku...aku telah kehilangan beliau...bukan sementara tetapi selamanya..aku sedih...aku sedih, sedih kerana tiada orang yang membantu ibuku semasa di pengsan...mungkin kerana aku dan ibuku tidak kaya, tidak berharta, tidak mempunyai pangkat, tidak bergelar datin....maka, mereka tidak perlu membantu aku dan ibuku...salahkah aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin...salahkah ibuku menjadi miskin...hina sangat kah kami berdua...


aku tertanya-tanya, kenapakah kamu semua yang berada disini tidak membantu ibuku...sedangkan mereka juga datang untuk tujuan yang satu...mengambil borang untuk anak-anak mereka masuk ke sekolah asrama penuh..kenapa ibuku dibiarkan pengsan diluar pagar..tanpa ada seorang pun yang membantu...aku sedih sangat..

Aku jadi lagi sedih bila Pak Guard cakap ibuku tidak layak berada disitu dan tidak mungkin ibuku ini mempunyai anak yang layak masuk ke sekolah asrama penuh..." Kalau lihat dari segi luaran, sudah pastinya dia tidak layak berada di sini..lantas terus menghalau beliau keluar pagar..." kemudian datang seorang pak cik..dia pun berkata."perempuan ni kan yang tadi dok merayu-rayu nak masuk ambil borang permohonan kan...innalillah ...dh tiada ..." dia kan perempuan tadi yang menangis kat luar sambil merayu-rayu nak masuk ambil borang tu kan...ujar si pakcik berkenaan..lantas si pak guard mengiyakan nya..

Aku bertambah sedih dengan tindakan pak guard berkenaan...oleh kerana rasa simpati dan belas..seorang mak cik datang menghulurkan borang untuk aku...

Jenazah ibuku telah selamat dikebumikan ...namun dalam hati kecilku, masih lagi aku bersedih dengan nasib hidup kami berdua...aku bersedih kerana kegembiraan yang aku kecapi hanya untuk beberapa hari saja, tidak sampai seminggu ..kegembiraan aku telah disentap dan ditarik balik oleh Allah...aku sedih...sudah tidak ada air mata untuk aku titiskan ..untuk aku linangkan...kering mata aku mengenangkan peristiwa yang berlaku kepada diriku...


aku rasa bersalah apabila terkenang nasihat ibuku...jangan pernah kamu menyusahkan orang lain...mungkin kerana itulah ibuku meninggal dunia...sebab akulah yang meminta tolong mak long aku hantar ke pejabat berkenaan...sebab akulah ibuku meninggal dunia..sebab akulah ibuku mati ...salah aku sebab aku telah mengingkari dan tidak menurut nasihat ibu...adakah aku bersaah dilahirkan dalam keadaan begini rupa..adakah aku punca segala-galanya..hati kecilku merintih...


Namun aku telah berjanji dan semangat yang aku ada ...borang yang diberikan oleh mak cik pada hari ibuku meninggal dunia..akan aku gunakan untuk merebut peluang yang ada..aku akan belajar bersungguh-sungguh supaya hidup aku berubah...akhirnya aku telah berjaya masuk ke sekolah asrama penuh ...setela permohonan aku dihantar..aku telah diterima masuk sebagai pelajar sekolah asrama penuh...segala kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan..


Semasa aku sedang mengemas barang-barang ...sekali lagi aku tersentak..apabila aku membuka dan membaca isi kandungan buku nota yang arwah ibuku tinggalkan untukku di atas katilku sebelum dia pergi selamanya...

di dalam buku berkenaan, terdapat satu coretan ibuku berbunyi begini:

"adik yang ibu Benci, kenapakah adik selalu bertanyakan ibu..menyoal ibu, menyusahkan ibu...


adik yang ibu benci, kenapakah adik selalu tidak menurut perintah ibu, kenapakah adik selalu degil..


adik yang ibu benci..kenapakah adik selalu buat ibu menangis, adik selalu buat ibu membenci adik..


adik...ibu benci adik..kenapa adik tidak sempurna seperti anak-anak yang lain..kenapakah adik sahaja yang ibu ada...kenapakah adik selalu membuat ibu susah hati...


adik..kalaulah kat dunia ini ibu mendapat 10 orang anak seperti adik, maka ibulah insan yang paling malang di dunia ini...


adik...yang ibu benci, ibu dah penat dengan karenah adik..dah benci sangat dengan perangai adik...


adik..ibu dah tak sayangkan adik..sebab adik terlalu sempurna untuk ibu...


adik yang ibu benci..adik tahukah, ibu penat mencari rezeki untuk adik..untuk menyekolahkan adik...memberi pendidikan kepada adik...tapi apa balasan adik kepada ibu....


keputusan yang adik dapat...telah mengecewakan ibu... ibu sangat-sangat kecewa dengan keputusan adik...


adik, kalaulah ibu masih hidup...ibu nak tengok adik hidup dengan berjaya dan mengubah hidup kita berdua...ibu tak nak tengok kita berdua hidup dalam keadaan miskin seperti sekarang...


satu pesanan ibu untuk adik yang paling ibu benci..setinggi mana ilmu yang adik ada, jangan sesekali adik bongkok dan bangga diri..maaf adik, ibu sudah tidak terdaya menahan diri ibu untuk meneruskan hidup dan melihat adik memegang segulung Ijazah adik...


adik..ibu nak serahkan kembali buku ini kepada adik sebab ibu sudah tidak mampu lagi menjaganya bagi pihak adik...ibu dah terlalu tua untuk menjaga buku ini...


adik, ibu sangat benci adik..ihklas dari hati ibu...ibu sangat-sangat benci adik...ibu tidak bangga mempunyai anak seperti adik..


adik , ibu sudah tidak boleh menggunakan perkataan benci untuk menggantikan perkataan sayang.. sebab ibu tidak pernah membenci adik...adik, ibu tidak sanggup kehilangan adik...biarlah ibu berkorban demi adik..


adik, ibu tidak kisah kalau ibu terpaksa berlapar demi adik..tetapi ibu tidak sanggup melihat adik terpaksa berlapar...ibu sedih semasa kita tidak mempunyai wang untuk membeli beras...ibu sedih sebb hari tue adik menangis nak makan nasi lemak, tetapi ibu memang tidak mempunyai wang untuk membeli beras...maafkan ibu adik...adik, ibu sedih kerana ibu tidak bekerja seperti orang lain...ibu hanya bekerja mencuci pakaian jiran-jiran dan pakaian kawan-kawan ibu...duit itu hanya cukup untuk berapa hari sahaja...bukan niat ibu untuk menyusahkan hidup adik...


ibu juga tidak sanggup melihat adik menangis kerana kelaparan...jadi ibu terpaksa bekerja lebih keras mencuci dan mencari kerja lain untuk membeli keperluan asas kita...


adik, upah hasil kerja ibu tidak seperti kerja seorang guru...gaji ibu mampu membeli keperluan harian saja dan tidak mampu untuk membeli TV....

Adik ..maafkan ibu atas segala keperluan yang ibu sediakan tidak mencukupi dan tidak sempurna...

adik..maafkan ibu atas segala kesusahan yang kita hadapi bersama..adik tolong maafkan ibu kerana ibu telah memberikan adik kehidupan yang tidak selesa..

adik..maafkan ibu kerana tidak dapat memenuhi kehendak dan keinginan adik...ibu masih teringat adik suka satu barang kat kedai permainan hari tu...tapi adik, bukan niat ibu memarahi adik di depan orang ramai..tapi, ibu sedih sebb tidak ada wang yang cukup untuk membeli barang itu...walaupun ibu nampak riak wajah adik sedih sangat pada waktu itu...bukan niat ibu untuk memarahi adik..percayalah adik..ibu mana di dunia ini tidak sayangkan anaknya..

adik..ibu tak sanggup lihat adik bermain dengan permainan Adam...ibu tidak suka adik meminta-minta untuk bermain dengan Adam...ibu tidak melarang adik kalau adik nak bermain dengan Adam..tapi adik kena ingat, kalau barang mainan adam itu rosak...ibu tidak mampu untuk menggantinya...

Segala yang ibu buat untuk adik..adalah untuk kebaikkan adik dan ibu..bukan niat ibu untuk melarang adik daripada bermain mainan adam..tapi ibu tidak mampu adik..ibu tidak mampu...

Adik..kalaulah adik faham bagaimana perasaan ibu..adik pasti tidak akan menyakiti ibu...adik akan menurut kata ibu...

Kalaulah adik faham keadaan ibu...adik pasti tidak akan mengingkari arahan ibu...adik pasti tidak akan melawan cakap ibu...

adik...sekiranya adik membaca coretan ini...adik cuba fahami dan adik cuba selami perasaan ibu...semua yang ibu buat untuk adik adalah untuk kebaikkan adik juga..bukan untuk kebaikkan ibu...

sebenarnya adik, ibu ada membeli satu barang mainan yang adik suka itu...ibu dah beli tiga minggu yang lalu...ibu nak beri kepada adik pada hari lahir adik...barang itu ibu letak bawah katil ibu...

ibu beli mainan itu untuk adik..sebab ibu sayangkan adik...andainya ibu tidak dapat serahkan barang itu kepada adik...ibu pasti sedih...sudah lama ibu simpan wang untuk membeli barang itu kepada adik...sudah lama ibu menabung untuk membelinya...ibu sengaja merahsiakan dari adik...sebb ibu tak nak adik tahu yang ibu beli barang itu....

adik...ibu telah lama simpan barang itu...kalau ibu tidak sempat berikan kepada adik..adik pergi ke bilik ibu dan ambil barang itu...ibu tidak dapat bayangkan perasaan adik jika adik terima hadiah dari ibu....ibu nak lihat riak wajah adik semasa dapat hadiah itu...itulah hasrat ibu....ibu berharap sangat-sangat dapat melihat riak wajah adik bila terima hadiah dari ibu...

Jika adik gembira, ibu pasti gembira...gembira melihat adik gembira...ibu, nak adik jadi orang yang berguna pada masa depa adik...

___Bersambung___





Salam Ramadhan..

Salam semua pembaca blog saya, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf jika sekiranya ada di antara pembaca blog ini yang pernah terasa hati, terguris perasaan , tercalar minda dan tersentuh dengan entry2 yang saya pernah post di blog saya ini. Saya benar-benar kesali dan ingin memohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah saya buat. Sempena dengan bulan yang baik ini, saya berharap agar sesiapa yang pernah terasa hati dengan saya...saya ingin memohon maaf dan ikhlas dari hati ini saya ini.....
-hilmi-
Salam Ramadhan.
"tingkatkan ibadah, perbetulkan iman, sucikan hati,dan bersihkan jiwa yg kotor"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails