Monday, November 30, 2009

Pernahkah Kamu Lihat...

Jika seekor burung bertenggek di atas dahan pokok....kita tidak akan berasa hairan..kerana burung sememangnya berada di atas pokok...tapi, pernahkah kamu lihat...binatang "special" yang berada di atas dahan pokok...binatang ini sedang berjemur dan relax di atas dahan pokok paku lima...lihat dalam foto di bawah ini..hehehehe..
buaya berjemur kat atas dahan..


Buaya lari takut kamera...


buaya sedang gigih untuk turun ke bawah...




usaha untuk turun ke bawah..



malu-malu buaya la..pulak..






buaya nie, suka sangat buat posing depan kamera...





posing maut...







sedang memikirkan cara nak posing depan kamera...







hehehe..









best ..dapat tido kat dahan nie...









bila berada di atas dahan..terasa sangat aman..and bahagia..









Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya bersama seisi keluarga dan kawan karib

Tarikh: 20 sept 2009
Tempat: kampung Kuala kangkong
Masa: 12.00 tgh-3.00 ptg.
Peristiwa: Bergambar dengan ahli keluarga dan kawan




Adam, Hilmi, Adli and Anis

Azreen and Hilmi



Adam, Jijie, Norsheda, Anis, Adli and Hilmi



Anis, Adli and Hilmi





Adam and Hilmi





hehehehe...Hilmi la nie..takkan adam kot..






Sunday, September 6, 2009

Terasa Kerdil diri ini melihat Kebesaran Allah.

Tarikh: 05/09/09
Masa: 6.45 pagi-7.30 pagi
Tempat: H17 310 (bakti permai usm)
Tanggal 05/09/09 bersamaan 15 ramadhan yang lepas, aku telah menyaksikan betapa agungnya ciptaan Allah. Betapa aku merasakan diriku ini tersangat Kerdil dan lemahnya diriku ini...lihatlah beberapa keping gambar yang aku tangkap melalui jendela bilik aku di bakti permai..
Indahnya mataku memandang ciptaan Allah...awam yang bergerak dikala mentari terbit..sangat indah..

Ketika asyik melihat dan mengambil gambar, tiba-tiba aku telah dikejutkan dengan sesuatu yang aku tidak pernah terfikir dalam mindaku ini...

Betulkah apa yang aku lihat ini..bisik hati kecilku..mata aku seperti terlekat dan terpaku pada segerumbulan awan yang bergerak..hatiku berkata..adakah ini benar???



Ya, memang benar..mataku tidak berbohong...aku telah melihat sesuatu yang tidak aku percaya..adakah pembaca juga akan percaya....





Lihatlah kedua-dua gambar ini...apakah yang terlintas difikiran kamu???fikirkan lah...jika kamu tidak percaya...jumpalah dengan aku supaya aku dapat menunjukkan bukti di handset aku...bukti, aku telah menangkap gambar ini...





Tertera seperti kalimah "allah" pada awan berkenaan...

Wednesday, August 26, 2009

Pertama Kali aku berbuka puasa dalam kelas


hari nie..adalah hari bersejarah dalam hidupku...dan juga hidup kawan-kawan ku..hari nie merupakan hari pertama kami berbuka puasa dalam kelas...kami nak buat macam mana? sebab kelas tu wajib, terpaksa lah kami semua berbuka puasa dalam kelas, mahu tidak mahu kami kena bersedia la...mental , emosi dan rohani...nak makan dalam kelas nie..susah sikit...sebab kami nak makan nasi..nanti kawan2 tak makan nasi, kami malu la..huhuhuhuh...

Saturday, August 15, 2009

Konvo + suka + Duka

TARIKH:12-16 OGOS 2009
TEMPAT: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
AKTIVITI: KONVOKESYEN KE 40
ADAM DAN AMAL

HILMI DAN AMAL

HILMI , AZLINA DAN ADAM



ALIF DAN KELUARGA



AJLAL, HILMI DAN ZAIDI




ALIF , MAK TEH NGAN ADIK-ADIK ALIF.





HILMI DAN SHIN YI




ADAM DAN EVON





HILMI DAN EVON




NAJIB, BAHA DAN HILMI




ADAM, AZIMAH DAN HILMI


ADAM, USOP MASKOM DAN HILMI


HILMI DAN AJLAN

Saturday, July 18, 2009

Seminggu Sebelum Hari Revolusi Bumble BEE..

Seperti Biasa......hari nie memang indah, tapi kedatangan "sesuatu" ke bilik ku ....menyebabkan aku tersedar dari tidor....barulah aku tau..yang "sesuatu" tu adalah seekor binatang yang boleh berubah bentuk...or lebih dikenali sebagai optimus prime...


Benda tu sangat berbahaya, boleh membunuh..tapi aku hairan la..kenapa dia datang seekor jer...mana lagi bumble bee and the megatron???...persoalan yang timbul di fikiranku...


Ah..nie mesti ada plan yang jahat mereka nak kenakan aku ngan kawan2 aku kat blok master nie...yea..memang mereka ada sesuatu yang nak di lakukan...


Dengar citer ...mereka akan melakukan revolusi Bumble Bee and Megatron kat blok master...

erm..pelik kenapa nak buat revolusi????..yeah...sebab mereka telah bertambah..dulu bilangan mereka cuma 4, sekarang dah bertambah menjadi 6..jadi pertambhan ahli dan kuasa yang kuat...mereka akan melakukan revolusi Bumble Bee..jadi, aku kena halang semua nie..dengan membunuh mereka sebelum hari Revolusi Bumble Bee...



kehadiran optimus prime hanya untuk memberi amaran pertama kepada kami supaya kami dapat mengambil langkah berjaga-jaga...


Friday, July 17, 2009

Saturday, July 11, 2009

Blok Master Diserang Bumble BEE..dua pelajar master terkejut..

Masa: pukul 8.50 mlm to 12.00 a.m
Kejadian: serangan Bumble Bee and Optimus Prime
Mangsa: student master USM.
penyelamat: Kakak Angelina


kejadian seumpama in belum lagi terjadi dimana-mana, tapi peristiwa hitam, bumble bee menyerang blok master usm telah menjadi perkara dan kejadian pertama dalam sejarah transformer.....
kejadian ini berlaku apabila, seorang pelajar master komunikasi sedang tidor, tetapi dia terlupa untuk mengunci pintu biliknya.......

namun, tanpa diduga, bilik mangsa telah dicerobohi oleh beberapa ekor bumble bee...apabila mangsa tersedar...mangsa terkejut beruk..apabila 3 ekor bumble bee...berdiri di atas laptop mangsa...


Mangsa yang juga kembar, telah pengsan beberapa kali sebelum dia diselamatkan oleh kembar nya,...kejadian serang bumble bee ini memang sangat-sangat memeranjatkan...


Wednesday, July 1, 2009

Ya allah berikanlah aku kekuatan...

Bacakanlah doa ini..niatkankan untuk diriku dan kawan-kawanku..
ya allah..engkau selamatkanlah hambamu yang lemah ini dari segala malapetaka di muka bumi ini sama ada yang nampak dengan mata kasar mahupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ya allah engkau jauhilah hamba mu ini dari sebarang masalah yang menimpa beliau, permudahkanlah segala urusannya di muka bumi ini...ya allah yang maha pengasih dan penyayang, engkau lindungilah dirinya dari sebarang maksiat dan jauhilah dirinya dari lembah yang hina...engkau tabahkanlah hatinya, engkau pulihkanlah semangatnya, engkau kekalkan iman dan taqwa dia kepada engkau...ya allah yang maha besar dan maha berkuasa..engkau tunjukkanlah jalan yang betul kepada nya...ya allah, seandainya dia ditakdirkan mati, engkau matikanlah dia dalam keadaan yang mulia disisimu dan tempatkanlah dia bersama dengan orang yang beriman....amin...

Sunday, June 28, 2009

Mari Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada Ibu Pokde..

Assalamualaikum semua pembaca blog saya, entry ini saya dedikasikan kepada sahabatku faizal atau lebih mesra dengan panggilan Pokde. Tanggal 28 Jun 2009..insan yang disayangi oleh pokde telah pergi selamanya..ibu pokde telah meninggal dunia. jadi saya berharap para blog saya yang beragama islam dapat menyedekahkan al-fatihah kepada ibu pokde...terima kasih ..diharap pokde tabah menghadapi dugaan ini..w'salam.

-hilmi-

Saturday, June 27, 2009

Doaku untukmu sazali...

Sazali or pak arab..itulah panggilan yang aku guna untuk memanggil kawan baikku sazali. Walaupun kami jarang berjumpa, namun dialah satu-satu nya rakan dan sahabat baikku yang memahami aku. Kini kami tidak lagi dapat berjumpa seperti dulu-dulu seperti waktu aku dengan sazali belajar di usm penang. Kini kami membawa haluan masing-masing.
Sazali kini bakal menjadi seorang pendidik, manakala aku pun masih melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Walaupun kami jarang berjumpa, namun kami tetap berhubung dan keep in touch to each other.
Pak arab nie baik, setiap kali dia mai bilik aku, dia bawa buah tangan..hahahha...terkenang waktu belajar bersama-sama dengan nya. Masa berlalu dengan pantas, tanpa aku sedari aku kini aku telah menjadi pelajar semula...pelajar sarjana(master). Kenangan belajar bersama pak arab sangat sukar aku lupakan..teringat waktu dalam kuliah Dr Hajar..pak arab kena marah dengan dr hajar.."if u dont know how to speak arabic..dont speak..' lebih kurang macam tu la ayat yang dr hajar bagi kat pak arab...
Aku dengan geng yang lain tergelak, tapi kesian jugak kat pak arab...kini pak arab dah dapat offer jadi cikgu. Pak arab pernah menjadi guru sandaran lebih dari setahun..jadi wajarlah dia menjadi cikgu. Memang sesuai sangat pak arab menjadi cikgu...Beberapa hari yang lepas..aku dapat call dari Pak arab.......
Aku ingatkan pak arab nak cakap apa..tapi dia kata dia dapat KPLI..aku turut gembira jugak...aku berdoa agar dia dapat menjadi seorang cikgu yang berjaya..walaupun pada masa yang sama aku mendapat tawaran interview menjadi guru bahasa inggeris di MRSM, namun aku tidak dapat menghadiri interview itu..bukan aku tak nak pergi , tapi nak p macam mana? aku dapat offer tu last minit...
Mara just send sms kat aku ..suruh check nama dalam website mara. then aku check nama aku ada...tapi masa tue..aku dah cakap kat my mom and my sister..depa suruh aku belajar sampai habis dulu ...tak payah fikir nak kerja lagi..tapi bila kawan-kawan aku yang lain tau..aku dapat interview..depa dok suruh aku p..tapi dek kerana masalah masa, wang dan teman...aku tak dapat p la interview tu..maybe takde rezeki kot..huhuhu..sedih jugak...
bila aku tau pak arab dah dapat KPLI, aku terfikir...rugi sangat aku tak p interview tu..kalau tak? aku dah boleh jadi cikgu..tapi aku tak minat untuk menjadi cikgu..itu salah satu punca aku tak leh p interview tu..kalau aku minat ..aku memang akan p jugak..huhuhuhuhuh...
Kini pak arab dah start belajar ....aku still keep in touch with him...as the very best friend..aku takkan lupakan dia....aku nak kekalkan hubungan sebagai kawan baik nie hingga ke hujung nyawa...aku harap dia tak lupakan aku jugak..
sometimes, aku sedih jugak dok pikir....dah lama tak jumpa pak arab...masa dia nak balik sarawak hari tu..aku sedih jugak...aku dok pikir tak leh jumpa dah dia..sebab aku dok kat kedah..dia dok kat sarawak...susah ler nak berjumpa...kalau dulu aku leh bergelak ketawa dengan dia..kini aku tak boleh bergelak ketawa lagi dah dengan dia...dia dok nun di hujung dunia..aku dok sini..jadi kalau nak jumpa tu ....takleh dah le..tapi tak per..aku akan sentiasa doakan dia sihat...semoga dia panjang umur dan selamat dan sejahtera...
kalau aku tak leh jumpa dia dah..aku akan sedih..tapi aku akan call dia..supaya aku leh dengar suara dia..kalau tension..aku akan call dia ler..hehehehe..kalau aku tak call dia..aku tak tau sapa lagi nak call... sebab pak arab je yang faham perasaan aku...aku akan tanya dia apa yang aku patut buat..dan apa yang tak patut aku buat..dia kan tabligh..hehehehe..
Pak arab nie..suka ajak aku p sembahyang berjemaah kat surau..tu yang aku paling suka...dia kalau p surau, pasti akan ajak aku p sama..dah lama tak jumpa rindu la....
aku dan pak arab...
kalau aku dapat jumpa pak arab..aku nak cakap kat dia...rindu la kat hang...bila nak belanja makan nie...hahahahaha...hang kan dah kerja..aku masih belajar lagi..nanti aku kerja aku belanja hang makan pulak...hehehhehe
apa-apa pun aku doakan hang bahagia..semoga hang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
-hilmi-

Monday, June 22, 2009

TahuKah Kamu?

Tahukah Kamu....bunga raya adalah bunga kebangsaan malaysia? yer..memang kamu tahu itu kan..tapi adakah kamu tahu bunga raya ini mempunya lebih daripada 100 spesis dan lebih daripada 108 warna. Mungkin fakta itu kamu tidak tahu....
Apa yang penting...yang kamu harus tahu tentang bunga raya ini adalah cerita disebalik tumbuhan unik ini...walaupun cantik dan mempunyai pelbagai warna...namun bunga raya juga boleh dijadikan racun dan boleh membunuh?....ikutilah kisah yang bakal saya rungkaikan ini..
Kejadian yang bakal saya ceritakan ini adalah berdasarkan kepada apa yang saya tahu dan saya lihat dengan mata saya sendiri...walaupun sukar untuk mempercayainya....namun inilah hakikat nya..dan anda semua sepatutnya tahu....

Di kawasan sekitar rumah saya dipenuhi dengan pokok bunga raya...saya dan bapa selalu tanam pokok bunga raya..sebab warna nya yang cantik, dan senang untuk hidup..jadi apabila bapa pulang dari rumah kawan nya, dia akan membawa balik pokok bunga raya yang pelbagai jenis dan warna...ada warna merah, purple, biru, kuning dan merah putih..ada jenis ros, ada jenis kecil dan ada jenis besar....



Disebabkan bapa selalu bawa pulang pokok bunga raya yang di ambil dari rumah kawan-kawan nya. kebanyakkan pokok yang dibawa pulang ke rumah adalah berbeza dan berlainan warna dan jenis....
Jadi, bapa dan saya selalu bekerjasama menanam pokok bunga raya ini...dek kerana terlalu sayangkan pokok ini, saya dan bapa membuat pagar di sekeliling pokok yang baru ditanam itu..namun, pagar hanya tinggal pagar....bak kata pepatah..harapkan pagar..pagar makan padi..tapi situasi nie berlainan..sebab kami tak harapkan pagar..kami memang tahu yang pagar tu tak akan bertahan lama..jadi kami buat keputusan untuk membiarkan saja pokok itu ...

Tapi malangnya, kami tersilap langkah..pokok itu di cakar dan di musnahkan oleh haiwan ternakan..kambing......tapi malangnya, kambing tu bukan kami punya..kambing tu jiran kami yang punya....kambing makan pokok yang baru mengeluarkan pucuk baru dan hijau..so, kami tak boleh nak cakap apa-apa lagi..sebab dah kena makan dek kambing...kami tak berputus asa..terus nak tanam lagi pokok buga raya..................................................namun, keesokkan nya selepas hari kambing itu makan pokok bunga raya kami...kambing itu mati...
nak tau sebab apa kambing itu mati? sebab dia makan pokok bunga raya kami? betulkah pokok bunga raya ini beracun? jawapan nya tidak..bukan sebab makan pokok bunga raya kami kambing itu mati....sebenarnya ..kambing itu makan rumput kat tepi sungai yang telah disembur racun...selepas itu baru kambing itu datang makan pokok bunga raya kami...
hehehhehhe..citer nie bohong je....



Sunday, June 14, 2009

Sehari Bersama Dengan Kawan Lama ..

Hari: ahad
Jam: 9.30 pagi
Tempat: blok H17 bakti permai


















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails