Friday, April 22, 2011

HePI besday Pak Arab ..aka Sazali Vokz.

Selamat Hari Lahir Pak Arab aka Sazali...sorry lupa nak wish hang..dh lama tak jumpa, rasa rindu jugak kat hg. Nanti mai kedah, jangan lupa singgah kat umah aku...kita p round2 kat Alor Setar..Anyway..Selamat Hari Lahir yg ke 26 , semoga hg dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...=)

Friday, April 15, 2011

Hari Jumaat bersejarah...letih berbasikal..hohohooh

Hari nie, pagi2 lagi dh berjogging...lepas tu, tengah hari g jumpa Dr Bahiyah jap...then, p beli nasi kat Indah Kembara.....balik tue, p masjid solat Jumaat...lepas solat jumaat...rest jap, jumpa cik fahimy....lepas tu, jumpa kawan baik yg lama...BBOY ...pastu, g solat asar...then, baru lah g berbasikal ke padang minden...Memang padat sangat jadual hari jumaat aku...Letih toksah dok cakap la, memang letih gila2 la..Badan2 pun sakit2, sbb dh lama tak naik basikal...tadi naik basikal...memang penat gila....Pengalaman hari nie memang tak leh nak lupakan ler..sbb aku g berbasikal ngan budak2 junior yg dok kat Blok Nie. Padahal baru kenal beberapa minggu je..sekarang aku dh ada sahabat baru...seorang nama IjoY...sorang nama Azahari..aka Insan Cemerlang...







Nie la antara photo yg sempat kami rakam masa p berbasikal tadi....kalau ada masa lagi, next week kami akan pergi lagi...sapa yg nak join jom la....hehehhe...

Wednesday, April 13, 2011

Perkara yang best dalam hidup aku...


Bila aku tengok citer Upin dan Ipin aku terkenang waktu kecil2 dulu...aku ngan my twin sentiasa berdua pergi ke mana saja..Nak ke kedai mesti naik motor ngan my daddy berdua...nak ke Simpang Empang, juga berdua...nak ke sekolah , ke masjid dan ke mana saja sentiasa berdua...

Korang semua yang takde twin mesti tak tau mcm mana perasaan ada twin kan...biar aku citer...First perkara yg best jadi twin nie, bila ada keja nak buat...boleh minta tolong twin. Kalau twin tolong cepat la kerja boleh siap...Kalau ada keja rumah, kami sama2 berbincang, bertukar2 pendapat , macam2 la kami berdua buat sama2...

Kalau nak citer pasal pakaian...hahahhaha, dulu2 sampai sekarang kami masih lagi beli baju yang sama ...kalau baju raya je, memang sama warna..takde yang beza pun...Dulu2, my daddy ada beli basikal kat kami dua org...memang sebijik kala basikal kami...takde beza pun...

Nak citer pasal org yang bertegur sapa dengan kami...ramai yg cakap kami nie twin...sekali pandang je, dh tentu2 akan tanya ..hgpa dua nie twin ka...dok mana..tu je ayat selalu org dok tanya kami dua..best sgt....

Kenangan paling manis yang pernah aku ngan my twin alami...kejadian tu berlaku kat sungai dua...area masjid usm la..waktu tu, aku ngan my twin first year...km nak p kedai....aku ngan my twin jalan sekali kat traffic lite..tiba2 aku terdengar suara2 dari belakang kami...wei, aku rasa yg depan tu kembar la..hg tengok muka depa sama...then..budak perempuan yang km tak kenai tue...terus takpa membuang masa panggil kami...tanya terus ...hgpa dua nie kembar ke..pastu, kami cakp ler...takde la, kami nie kawan je...dia nie jiran sebelah bilik saya...saya ajak dia teman g kedai kat sungai 2...hahahha, budak perempuan tue, betoi2 terkejut...mcm mana saya boleh jumpa kawan yang sama muka kat usm nie...U know what??? dia minta ic kami nak tgk...betoi ka kami nie bukan twin...so, apa lagi...Kami terus la gelak....hahahhaha...kami nie twin la..tgk muka dh sama, takkan nak tanya lagi kot...tue yg paling best kami buat lawak ngan kakak tue..sampai sekarang dia mesti gelak kalau terjumpa kami...


Kalau kat sungai 2 tue, bukan sekali je kami ditegur dan disapa oleh student yg kami tak kenai....byk kali juga kami di sapa..budak perempuan, budak lelaki...pak guard...mak guard..semua dok tanya...hampa nie kembar ka..tp km mcm besa la...dok tipu2 la...ckp nie jiran sebelah rumah...hahahha...km nie jiran sebelah umah...last2, bila depa dh agak mcm tak percaya..baru kami bgtau yg sebenar....hahahha




Ada sekali tue, mak cik tue ..mcm tak percaya...dok jeling2 dari jauh tgk kami dua org...nak tnya tak kenai..so, dia jeling2 la...dari awal kami duduk kat bus stop sampai kami naik bas...byk la benda yg kami dua org alami...best sgt kalau di kenang...





Thursday, April 7, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah ...bersyukur sgt dh abes viva...tak sabar nak tggu buat hard cover .....tahniah kat semua yang viva  hari nie, semua dh lulus....nanti kita boleh sama2 konvo..yeahhhh yeahh.

Tuesday, April 5, 2011

Pelik Tapi Benar



Satu perkara yang paling lawak aku pernah tengok ...benda nie la....Jawatan eksekutif pemasaran yang offer gaji RM 0.01....hahahha. Gaji yang dioffer kat orang yang nak bekerja tu satu SEN je...Ermm, bagi aku...nie salah satu perkara yang paling lawak aku pernah tgk. Hahahahaha....Sapa yg nak kerja dengan jadi permulaan satu sen....satu sen tak dapat nak beli gula2 pun...


Monday, April 4, 2011

Murid dibelasah oleh guru meninggal dunia.

Sejak  sabtu lepas, aku ada mengikuti perkembangan tentang pelajar yang dibelasah oleh ustaz di sebuah sekolah agama di Arau Perlis. Ermmm...aku tak nak komen bnyk pasal kes macam nie, tp aku hairan le kenapa seorang ustaz @ guru yang mempunyai ilmu agama yang tinggi boleh hilang kawalan dan terlalu beremosi dalam menangani sesuatu masalah dengan menggunakan kekerasan. Dalam islam, kita diajar dengan cara yang berhemat untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita tidak boleh sesuka hati menghukum seorang pencuri, mahupun seorang pembunuh, ataupun seorang penzina jika kita tidak mempunyai bukti yang kukuh....Apa2 pun aku xnak ler nak ckp lebih panjang pasal kematian adik saiful nie. Yang aku tak berapa sedap dengar bila, si guru yg membelasah tu adalah ustaz...aduhh, perbuatan ini bukan sahaja mencalarkan nama ustaz berkenaan, malahan boleh menjejaskan pandangan orang ramai terhadap mereka yang bergelar ustaz.


Aku takde masa nak komen pasal guru or ustaz2 punya tugas...sebab semua orang sedia maklum, tugas guru dan ustaz adalah memberi didikan kepada pelajar. Tugas mereka sangat mulia..yang tue aku sokong..tugas seorang guru memang adalah sesuatu yang mulia. Bukan semua orang mampu menjalankan tugas sebagai seorang guru. Tapi tu la, bila kita dah dipandang mulia...kita patut beri contoh yg baik...biar orang tidak salah anggap...Dalam kes ini, aku baca byk komen2 dari pembaca metro online...telah mengutuk perbuatan ustaz tersebut....


Dalam hal seperti ini, kita tak perlu lah menggunakan emosi bagi menghukum seseorang itu...biarlah hakim yang memberikan hukumannya..JIka kita juga menggunakan emosi untuk menghukum beliau...kita tidak lebih atau kurang sama seperti beliau.. yang menggunakan emosi untuk menghukum arwah adik saiful..............




Kita yang mengikuti cerita ini tidak perlulah nak beremosi sangat. Bayangkanlah...bapa arwah pun dapat memaafkan kesalahan ustaz itu, inikan kita pula...kita sebagai umat islam, memang harus peka terhadap umat islam yang lain...tak dapat nak nafikan lagi...tp dalam hal ini, aku tak berapa nak sokong la pembaca2 yg cakap nak bunuh ustaz itu, and kutuk2 dia....biarlah dia terima balasan daripada Allah. Kita yang membaca kisah ini tak perlu lah nak menambah dosa dengan mengutuk ustaz berkenaan, memaki beliau dan menggunakan ayat2 yg tidak sepatutnya.. apa2 pun, kita cuba elakkan diri kita daripada melakukan dosa secara terang-terangan seperti memaki org....

So, aku nak memberi satu nasihat kepada semua umat islam...tolong la, kita nie negara yang ada undang2, sudah pastinya beliau akan mendapat hukuman...sah2 ler, beliau tak leh lepas dari undang2...



Jom la, kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada adik saiful...kita doakan dia supaya ditempatkan bersama dengan orang yang beriman....kita manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa, oleh itu...sentiasalah bertaubat selagi belom tiba hari kiamat....

Apa makna simbol nie??

Sejak akhir2 nie, aku terbaca beberapa blog2 yang menarik..cth telor, kapan, blog serius dan lain2 lagi..aku hairan le, naper beberapa blogger2 nie telah membincangkan tentang satu simbol misteri yg muncul kat kaca Tv dan website2 serta kat blog2. ....Korang tahu tak, simbol nie apa? aku tak tau...huhuhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails