Tuesday, July 27, 2010

Aku di bulan Ramadhan

PAK ARAB

AKU, ADAM and AZLAN


ANAS


AMAR AKMAL








Salam buat semua teman, rakan2 dan kawan-kawanku yang dah lama aku tidak bertemu..ketahuilah aku sangat-sangat merindui kamu semua. Bila tiba bulan Ramadhan, aku berasa sangat gembira dan bersedih dalam masa yang sama. Aku gembira kerana aku masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah untuk aku beribadah kepada tuhan yang maha Esa.










Namun kegembiraan aku selalunya datang bersama dengan kesedihan yang amat sangat dalam hati aku ini. Tanpa aku sedari, air mata berguguran (saja nak bagi nampak mcm emotional) jatuh ke tanah. Sebenarnya, bila tiba bulan Ramadhan, aku pasti akan terkenang kawan-kawan aku yang dahulunya aku sering berbuka bersama-sama...di antaranya Amar, Anas, Najib, Baha, Azlan, yang paling vouge Grey (puasa menten ), Pak arab paling aku rindu sbb dia selalu ajak p sembahyang kat Masjid..huhuhuh..semua tue hanya tinggal Kenangan la..










Sekarang nie, aku sorang-sorang ja kat usm nie, yang lain semua dah balik dan membawa diri masing-masing selepas konvo..saat2 aku yang paling aku tak leh lupa..teringat waktu nak bersahur malam tu...Aku dah buat janji ngan Najib, baha, anas, grey nak bersahur sama-sama..last2, Si anas mangkit tido lambat, lepas tue dia buat2 kalut, aku ngan baha p beli nasi kat Khalel, lepas tu balik aku kena goreng telor, kalau nak suruh anas...tak bersahur la kami..dia mangkit tido, tapi buat2 kalut ja, suruh goreng telur pun tak reti..takut tangan kena minyak panas...tu yg aku paling geram dan tak leh nak lupa..huhuhu..










Pak arab pula, aku tak leh lupa bila dia mai bilik aku malam lepas sembahyang terawih, masa tue, dia cakap kat aku jom kita sahur sama-sama....oleh kerana aku dok kat bakti h17, so aku cakap kat dia..takpa la, aku makan kat sini saja..hang bungkus la..aku makan before tido, bukan apa takut aku tak leh nak mangkit tido...Pak arab menten cakap mcm nie, KITA KALAU NAK DAPAT NIKMAT BERPUASA KITA KENA BERSAHUR , TAPI KENA TIDOR SEBELUM BERSAHUR..best..meletop statment tue, memang betul la kita kena tido sebelum bersahur . Tapi masalahnya kalau dok kat rumah mak n ayah yg tolong kejutkan aku..nie kat usm sapa yg nak tolong kejutkan...aku ckp mcm tu la kat pak arab....Last2 aku mangkit subuh , aku p blok dia, nak tgk dia bangun ke tak? memang jangkaan aku betul la, dia tak bersahur...makanan yg di beli tue, dia xnak buang..dia cakap sayang...hahahhaha..










Aku pun kata la kat dia, hang dah tau tak leh nak bangun bersahur..kena lah makan siap2, nie bungkus makanan lepas tue tak makan...lagi membazir...membazirkan amalan setan...hahaha, lepas dia kena ayat tu, dia kata tue awal lagi..esok aku bangun la...baru berapa hari kita berpuasa..hahaha, aku dh habq kat hang...hg tak mau dengar cakap aku...memang aku tak leh lupa pengalaman tue....










Pengalaman berbuka kat dalam kelas pun aku tak leh lupa...hahaha, aku ingat lagi masa tue kelas Zaharom, aku dan kawan-kawan buka puasa dalam kelas....memang kelas berbuka puasa dalam kelas...hahaha...










Apa2 pun, aku memang tak leh nak lupa pengalaman menyambut bulan ramadhan kat USM, banyak pengalaman manis , pahit, masam, masin telah aku lalui...semua tue memberi aku pengalaman, pengajaran dan mendewasakan aku.....untuk sahabat-2 aku yang jauh di mata, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan ingatlah kenangan kita bersama-sama semasa berbuka dan bersahur di USM nie...





















Sunday, July 25, 2010

Memori aku semasa bergelar artis nasyid kampung..heheehhehe..

Nie gambar dulu2 masa aku ngan adam jadi artis nasyid kat kampung kangkong...hehehhe...
kami jadi artis untuk beberapa tahun je, sbb kami sambung belajar..kalau tak, skg dh jadi artis nasyid kat malaysia la...hehehe... Walaupun kami sibuk dok jadi artis nasyid, tapi kami tetap ada masa untuk jadi model sambilan...tapi tak nak citer la kat org kami pernah jadi model sambilan dulu...takut semua orang jeles ngan kami dua...hehehe..

Kumpulan kami ada 3 org ahli, saya selaku vokalis kedua, encik hanif selaku vokalis pertama dan adam vokalis ketiga...kumpulan kami nie nama " In SaaF" ..tapi tu dulu2 la, dah tinggal kenagan pun..sedih gak masa tahu kami kena berpisah...la nie kumpulan nie dah tak wujud lagi..tinggal nama je...



Tuesday, July 20, 2010

Sepetang dengan Encik Joe..

Tarikh: 20 July 2010
Masa: 5.00-hari nie..dua hari la..
Hari: Isnin dan Selasa
Aktiviti: Meronda ngan moto Baru Joe...

Meronda kat padang kota lama ngan Encik Joe....kami p ronda2 kat tepi pantai....ramai orang kat situ...first time ronda naik motor..sebelum nie ronda naik keta...tapi naik motor best gak..semua orang pandang....ala2 artis la...hahahaha..



Nie masa petang dekat2 ngan waktu maghrib...keadaan cerah lagi, so kami snap pic sebanyak mungkin...



Bergaya ngan motor baru...mcm org muda2..ekekekke.



Aku just bergaya ja...takut nak bawa motor nie...enjin besar sangat..bunyi dua batu boleh dengar...




Masa dok tengah posing nie la, mamat2 org putih kat situ dok ushaaaa semacam ja..ish2, jeles la tue..nak posing sama ngan aku....


Nie kat depan bangunan MP pulau pinang....bangunan dah cantik, model pun kacak, tapi sayang orang yang dok pandang aku tu tak kacak...hahhaha....





Saturday, July 10, 2010

Tasik harapan dan Hujan

Tarikh: 9.7.2010
Hari : Jumaat
Tempat/Lokasi: Tasik harapan
Kejadian/perkara: Air longkang melimpah dan memasuki tasik harapan






GELUGOR: Hujan yang lebih turun tanpa henti telah menyebabkan air melimpah masuk ke tasik harapan. Hujan yang turun tanpa henti selepas solat jumaat telah menyebabkan air tasik harapan dimasuki oleh air longkang yang berada 20 meter di tepi tasik. Air longkang yang melimpah telah memasuki tasik harapan. Keadaan longkang yang tersumbat telah memburukkan lagi keadaan.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila longkang yang telah tersumbat tidak diselenggara oleh pihak yang berkenaan. Hampir 80 peratus kawasan sekitar tasik telah dibanjiri oleh air longkang berkenaan. Air yang melimpah masuk dengan deras boleh mendatangkan bahaya kepada orang yang lalu di kawasan berkenaan.
Seperti dalam gambar berikut, kita boleh melihat betapa bahaya jika orang ramai menggunakan jalan berkenaan untuk pulang ke hostel masing-masing. Namun demikian, keadaan banjir ini hanya untuk beberapa jam sahaja dan keadaan begini tidak kekal.



Walaubagaimanapun, jika hujan yang turun pada hari ini tidak berhenti, keadaan tasik harapan akan menjadi lebih kotor dan hidupan tasik berkenaan akan mati. Walaupun keadaan hujan lebat ini boleh membahayakan nyawa manusia, haiwan dan merosakkan tumbuhan. Namun pelajar usm boleh menarik nafas lega selepas beberapa jam kemudian hujan pun berhenti. Tiada sebarang nyawa manusia dan haiwan yang telah terkorban.


Kepada mereka yang menggunakan tasik harapan untuk berjogging, sila pastikan masa jogging anda selamat dan tidak menggunakan laluan ini semasa hari hujan "BAHAYA". -hilmi-


Sunday, July 4, 2010

THE legend of otomen..

pada suatu petang yang suram dan muram....si adam berjalan2 kat tasik harapan....berseorangan dan kesepian..tiba-2 si adam wahidi terdengar satu suara meminta pertolongan...
adam wahidi yang dilahirkan sebagai seorang hero telah mengeluarkan plastik gelas mcD yang di pegangnya itu..kemudian dia telah berubah untuk menjadi superhero...jeng-jeng..jeng...ikutilah bagaimana dia berubah menjadi superhero ...


Adam wahidi sudah bersedia untuk bertukar...jeng..jeng..jeng......
Adam wahidi sudah mendapat aura...dia meminta aura dari alam sekitar...kemudian..disedutnya semua tenaga yang berada di tasik harapan ....satu, dua, tiga...dia mula melompat untuk berubah...up-up and ...POPOPOPOPOPOPOPOPOPOPo...popop..popop..pop..
^_^



pong pong pong...dia bertukar menjadi ultramen.......kemudian dia terus terbang untuk bertemu dengan twin dia...yg penat berlawan dengan rasaksa.........


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails