Sunday, September 25, 2011

Erti Sebuah "Persahabatan"..buatku..







Persahabatan...satu perkataan yang paling senang untuk diungkapkan dan disebut..sapa2 pun boleh mampu mengungkap dan menyebut perkataan tersebut "persahabatan"..tapi adakah kita sedar, erti sebuah persahabatan.. Adakah anda tahu apa itu persahabatan??...

Bagi aku " persahabatan" adalah satu yang abstrak yang mana kita tak boleh menilai ia dengan hanya satu perbalahan, dengan hanya satu fitnah, dengan hanya satu ungkapan pedih aka sakastik, dengan hanya satu kata-kata kesat, dengan satu kesalahan, dengan satu tindakankan yang tidak sepatutnya berlaku..dan segala macam kesalahanan yang dilakukan oleh seorang yang bernama "sahabat".. ramai org selalu menilai persahabatan dengan benda2 remeh tersebut..

Persahabatan sering kali disalah ertikan oleh byk pihak. Ramai org tidak tahu erti sebenarnya persahatan..sebab itulah, kita mudah untuk menilai segala benda dengan satu kesalahan dan tindakan oleh sahabat kita..Cuba bayangkan, benda yang remeh boleh menjadi satu benda yg besar jika kita berada dalam "persahabatan"..biasanya, persahabatan akan kekal hingga ke hujung nyawa...tp itu persahabatan masa aku sekolah rendah la...Sekarang, persahabatan bg aku mudah saja, kalau kita buat satu kesalahan dan kesalahan itu tidak sebesar kesalahan membunuh org.....namun kita boleh lihat dengan sendiri "sahabat" itu dan menilainya...adakah dia layak mendapat gelaran "sahabat" atau sebaliknya...

Kita seringkali..memutuskan (potong) persahabatan kita dengan satu kesalahan...sebagai contoh...klu sahabat kita itu tidak mengangkat phone, terus kita sentap...terus kita ckp mcm2 kat dia..kita tak sepatutnya berkata dan berfikiran sebegitu...tgk la, apa dh jadi...Disebabkan satu panggilan telefon tak diangkat...putus sahabat..tue contoh yg klise la...

Contoh lain, bila sahabat tak sms bertanya kabar..or tak keep in touch ...terus dijudge sebagai seorang yg tak mengenang jasa baik sahabat...ish2, tidak patut kita fikir mcm tue la..kadang2 sahabat anda tue...bukannya kaya mcm anda..bukannya ada sugar daddy yang boleh topup handphone dia...bukannya dia tue keja..or whatever la...tp kita sebagai seorang kenalah faham keadaan sahabat kita...Dah namanya sahabat...kenalah tahu apa masalah sahabat anda..adakah dia tue masih hidup atau dh mati ker..mana tau, ada kes...dh lama tak call..tiba2 sahabat dia dh lama meninggal dunia...sbb apa, puncanya adalah dari diri kita sendiri...yg tak memahami sahabat anda..kalau dia tak call or sms anda..cuba anda yg mula dahulu sms or call or tanya kabar dia..mana tau dia pun ada masalah...

Pernah sekali aku mengalami peristiwa yang sama...walaupun aku rasa benda nie takde la besar sangat maknanya pada korang semua...tp, amat besar maknanya kepada aku dan sahabatku...

Aku pernah ada seorang sahabat yang baik..nama aku tak nak sebut...sebb dia dh lama tak keep in touch dengan aku..so, aku tak nak le keep in touch ngan dia..lagipun dia dh keja sebagai pegawai perubatan..aku nie apa lah sangat..pelajar universiti sahaja...

so, kejadian nie berlaku waktu semasa aku sambung belajar di USM..tp biar aku terus terang citer nie..adalah untuk teladan semua..semua watak dan semua citer nie bukan watak sebenar..saja nak bagi pengajaran kepada "sahabat" yg mudah untuk putuskan "persahabatan'..

Kat usm dulu, aku ada sorang kawan baik..nama dia 'Amer (nama samaran)'...org selalu panggil dia "mir"..aku pulak dh lama berkawan dengan dia..aku lebih gemar panggil nama manja dia ' anak abah'..sebb dia nie manja..selalu je abah dia datang dan jemput dia kat bakti permai..

so, nak dijadikan citer...aku dh anggap dia sebagai seorang sahabat ler..dh lma kami berkawan, dh kenal luar dan dalam..dah tau semua kisah hidup dia..dh kenal sapa ibu bapa dia..dh pernah ke rumah dia..bermalam dua tiga malam kat sana...pernah keluar bersiar-siar ngan keluar dia..semua la..sehingga bapa dia dh anggap aku nie sbg anak..

aku nie..rasa sangat gembira, ada seorang sahabat yg baik..yg tak pernah lupa bertanya kabar aku..yg tak pernah lupa aku bila-bila sahaja..sehingga lah berlaku satu benda yang aku tak pernah anggap itu salah ..aku tersilap kot, aku tersilap sebb aku mengenali sahabat aku nie..aku silap sbb mempercayai sahabat aku ini...LAST2..aku dh serik untuk bersahabat.....

Korang nak tau, dia buat apa kat aku????

Aku balik bilik lewat hari tue..sbb aku keluar untuk bermain badminton dengan kak anas..tp..bila sampai je kat bilik..terus dia sentap..aku tnya kenapa..dia tak jawap..aku pun buat tak kisah ler..sbb aku dh tau perangai dia mcm tue..selalu je merajuk dengan aku..tak kisah la, aku kata..

tp aku silap la, sbb nya dia dah terover sentap...sampai kat FB, FS, Twitter, Blog...semua dia post entry yg berbunyi mcm nie" KALAU ADA PHONE, BILA ORG CALL XNAK JAWAB...BAIK LEMPAR KAT DLM TASIK JA.." lagi meletop..bila kawan2 dia yg lain komen...sgt panas jugak hati aku...tp nak buat mcm mana...memang aku terasa mcm aku salah...xangkat call dia..sbb aku atas motor..tp, dia pun dah tau aku atas motor...dia pun patut faham ler..takkan aku nak cakap kau nie bangang ke apa..aku atas motor la..hg dok xpect aku angkat phone hg la.." tp aku diam jer..

HATI sakit..mata naik pitam tgk status kat fb dia..komen-komen memberansangkan dari kawan-2 dia jugak buat aku jadi lagi panas...last2 aku ambil tindakan aku...

takpa la, klu sebb benda kecil nie kau dh tak nak jadi kawan aku..aku diam terusssssss....aku harap kau faham kenapa aku diam....

sebelum aku meninggalkan bilik tue utk selamanya..aku tinggal satu surat untuk dia renungkan..



_________________________________________________________


Kepada sahabatku...

SALAM SAHABATKU ..dunia dan akhirat...engkaulah yg pertama dan terakhir pernah aku jumpa dalam hidup aku..

Wahai sahabatku , kaulah insan pertama yang aku kenal di USM, yang pertama aku tegur di bilik...yang pertama bertanya kabar dan nama aku...kaulah yang paling berharga dalam hidup aku, takkan ada lagi sahabat seperti kamu..aku sedih setelah apa yg telah engkau lakukan kepada aku..umpama kesalahan aku nie besar seperti membunuh org yang engkau sayang..walaupun kesalahan aku itu bgku adalah kecil..".tidak menjawab panggilan kamu", tetapi tidak sepatutnya engkau membuat aku seperti ini..aku sedih..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir? sewaktu engkau menelefon aku itu...aku berada di mana, di saat itu, aku sedang buat apa? pernahkah engkau terfikir..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir...berapa ramai kawan-kawan aku yg lain bertanyakan status FB engkau...pernahkah engkau terfikir...pandangan mereka terhadap aku...pernahkah engkau terfikir...komen-komen mereka itu sangat menghiris perasaan aku....walaupun engkau anggap status itu hanyalah gurauan..tetapi...hati aku sangat sakit..hanya allah sahaja yang tahu..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir? ..betapa sakitnya hati aku setelah engkau lakukan aku seperti ini..pernahkah engkau terfikir..aku juga ada maruah..ada perasaan..ada juga hati..pernahkah engkau terfikir??

wahai sahatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir..sewaktu engkau mula2 masuk ke bilik..siapakah yang teman engkau ...siapa yg teman engkau pergi mandi..pergi tandas..pergi kuliah..walaupun kuliah aku tidak sama dengan kuliah engkau...

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir..siapakah yg menolong engkau sewaktu ibu bapa engkau datang untuk berjumpa dengan engkau...dan engkau sewaktu itu masih di dalam kelas...siapakah yg melayan kedua ibubapa engkau..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir...siapakah yang tolong hantar kan engkau ke kedai fotocopy untuk mengambil nota kuliah...siapakah yang menolong sewaktu engkau ingin membeli makanan..bila engkau ada kuliah....

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir..siapakah yang tolong beli topup untuk engkau...sewaktu engkau memerlukan topup...walaupun pada waktu itu, aku hanya ada rm 3 ringgit, tetapi aku terpaksa pinjam dari kawan-kawan aku...pernahkah engkau terfikir benda tue..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir, sewaktu engkau mahu pulang dari kuliah...dan hujan lebat ketika itu, siapakah yang menghantar payung kepada engkau..siapakah yang tidak mempunyai perasaan malu yg meminjam payung dari bilik hujung yg dia sendiri tidak pernah tegur sebelum ini...tp menyimpan perasaan malu dan meminjam payung untuk engkau...

wahai sahabatku dunia akhirat...pernahkah engkau terfikir, siapakah yang menolong kamu menaip assgmnt kamu bila kamu tidak cukup masa untuk siapkan assgmnt berkumpulan..siapakah ahli kumpulan kamu yg tidak mahu tolong kamu itu..siapakah pulak yg menjadi pembantu peribadi kamu menaip tanpa meminta bayaran semata-mata mahu sahabatnya itu dpt menghantar assgmnt pada masa yg ditetapka...

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir...adakah aku ini seorang sahabat.???adakah aku ini tidak layak menjadi sahabat engkau...adakah aku ini sesuai dengan gelaran sahabat tak berguna...tak boleh diharapkan selepas apa yang aku telah lakukan dan tolong engkau selama aku mengenali engkau semenjak dari tahun pertama hingga tahun akhir...

wahai sahabatku dunia akhirat...aku masih ingat lagi ketika engkau sangat2 memerlukan wang...sbb ptptn engkau tidak masuk lagi, engkau penjam dari aku..kalau tak salah RM300..aku ketika itu tidak juga ada wang yg banyak...tp, kerana engkau adalah sahabat baik aku...yg dh anggap seperti adik..aku terpaksa balik ke rumah untuk meminjam dari kakak aku...walaupun kakak aku itu cakap aku nie suka membazir...kakak aku berleter sekejap"berjam-jam" je kat aku...untuk kebaikkan engkau, aku tahan telinga sekejap untuk membantu engkau yg tiada duit...aku diamkan diri..biar kena berletar...aku pinjam juga dari kakak aku...tp apa balasa engkau lepas engkau dh dapat duit ptptn..

Masa aku terdesak untuk makan...aku nak pinjam duit dari engkau...apa yg engkau ckp kepada aku.."tu la, org ckp duit ptptn tue simpan, jgn beli barang2 yg takde makna...jgn beli laptop...jgn beli cd.jgn beli pendrive.." tp engkau tidak tahu...semua benda yang aku beli tue...utk kegunaan engkau juga...sbb aku tak nak tgk engkau berjalan waktu malam utk ke sungai 2 sbb nak siapkan assgmnt...aku beli laptop dan pendrive..agar aku boleh menaip assgmnt aku dan engkau jugak boleh menggunakan laptop aku utk menaip assgmnt engkau...Pernahkah engkau terfikir...aku sanggup makan megi dua bulan sebb nak beli laptop.....aku nak pinjam duit dari engkau...tp lepas kau ckp mcm tue kat aku...aku dh rasa malu sangat2 nak minta pinjam duit dari engkau...takpalah, aku cuba berfikiran positif..

Aku sedapkan hati aku...aku anggap engkau tidak beri pinjam duit engkau sbb engkau nak bayar desa dan lain-lain lagi...tp aku hairan juga...bila, engkau kerap sangat keluar pergi tengok wayang..pergi tesco..dan makan ngan kawan-kawan kau yg lain..tidak pernah pulak engkau membeli nasi goreng kepada aku...

Aku terasa sangat bila engkau dh tiada duit...masa tue, dh hujung semester..kau sangat2 lapar...aku tiada duit jugak waktu tue..tp, aku keluarkan duit siling dalam tabung aku tue..pergi tukar ngan makcik kafe tue..aku tebalkan muka...pergi kat makcik kafe...tukar siling bagi kau pinjam...pernahkah engkau fikir semua itu...

wahai sahabatku dunia akhirat...walaupun engkau tidak pernah terfikir semua itu, aku tidak berasa kecil hati ataupun sakit hati...namun, aku harap sangat agar engkau dapat berfikir sejenak dan renungilah semua yang aku tulis ini...agar engkau mendapat "sahabat " yg lebih baik dari aku...

aku tahu, aku tidak layak sangat menjadi sahabat kamu...aku tidak sebijak kamu..tidak sekacak kamu....dan tidak setaraf kamu...tp, aku berdoa agar Allah berikan "sahabat" yg baru kepada engkau yang mana lebih baik dari aku...yg dpt menjawab panggil engkau walaupun berada diatas moto dlm keadaan hujan kat lampu isyarat....dlm keadaan letih...aku harap sangat2 engkau dapat sahabat yang aku maksudkan itu...

wahai sahabatku dunia akhirat...jika engkau sudah membaca surat ini, maka aku sudah pun pergi untuk meninggalkan kamu untuk selamanya...

sebab aku sudah tidak tahan lagi dengan sifat engkau yang pemarah, yang tidak pernah mengucapkan terima kasih diatas segala pertolongan yang aku hulurkan..namun kata-kata kesat jugak engkau berikan kepada aku setelah aku tolong dan bantu engkau...

Aku harap lepas nie, kalaulah engkau terjumpa aku kat mana-mana...pura2 lah tak nampak aku...sbb aku taknak engkau rasa bersalah di atas segala yg berlaku...biarlah aku yg dianggap bersalah...biarlah aku yg menanggung segala kesalahan pada malam tue...semoga engkau akan lebih bahagi dengan ketiadaan aku di sisi mu sebagai seorang sahabat ....

Insyaallah, jika aku diberi peluang oleh Allah, aku akn menjawab panggilan kamu itu...aku juga tak nak kehilangan seorang sahabat...

walaupun aku ini tidak sesempurna kamu, tidak sebaik kamu di depan mata org..tidak sekacak kamu..tp aku juga ada perasaan dan hati.....



Assalamualaikum..



Yang Benar

-putera-

________________________________________________________









Thursday, September 22, 2011

Alhamdulillah...semua dh selesai..



Nie la saat2 yg paling aku nantikan..setelah berhempas pulas 2 tahun buat master..


 Semuanya(konvo) dh selesai...tap ada satu benda yg belum selesai lagi, aku harap sangat2..cepat2 la selesai..kalau tak, makin pening kepala dok pikir hari2 nie..
Finally, grad jugak aku ngan adam...sejuk perut mak kami dua...hehehehe...



Dalam kenangan...pic yg first aku ambik lepas keluar konvo...

Tuesday, September 20, 2011

Esok dah Nak Konvo...Hati aku tak sedap la..aduh..

Hurmm..esk dh nak konvo, tp hari nie aku rasa mcm tak berapa sedap hati la..tak taw la pasal pe..Nak tido pun rasa tak mengantuk lagi, nak p iron jubah pun rasa mcm malas...Hurmm, sebab apa aku jadi mcm nie..rasa nie tiba-tiba je datang..Bila fikir balik..aku rasa tak syok la nak konvo esk..

Mak dan bapa aku tak dapat datang, biasa la..org tua dh tak larat nak jalan jauh...nak dok lama2 kat dalam dtsp tue..aku pun kesian jugak kat mak dan bapa aku..aku tak nak la depa dua mai tgk aku konvo pastu terus kalut2 balik rumah..mcm yg telah berlaku pada tahun 2008..masa aku konvo degree dulu..

Walaupun mereka tak dapat datang, aku tetap gembira..tp tak segembira yang selalu la..klu depa dua datang aku mesti lagi gembira..tapi malam nie, aku dok rasa sumtin la..tak sedap hati..tak tau la pasal pa..aku bimbang sesuatu..tapi malas la nak cakap..sebb tue bukan urusan aku pun..yg peliknya ada kaitan dengan aku..tue buat aku jadi risau nie..



Saturday, September 17, 2011

Yahooooooo....aku dh konvo...hehehhe..

Wah ceria sangat...macam dh nak p berkonvo...nie baru test je...hahaha


Yang nie, aku dok control...nak nampak serius.....-____-



Yang nie macam dah penat berposing..tu yg jadi lagu nie...hahahha


Yang nie, muka tak leh tahan...dok bajet lawa...hahahha..


Gembiranya hati bila mengenakan jubah nie..

Tuesday, September 13, 2011

Jom sama2 kita solat dhuha..semoga rezeki kita berkat




Doa Dhuha..


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu

Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu

Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu

Perlindungannya perlindungan-Mu…



Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah

Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah



Berkat waktu dhuha

Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada

hamba-hamba-Mu yang soleh



Sunday, September 11, 2011

TAK SABAR NIE...HARAP SEMUANYA AKAN BERJALAN LANCAR =)



Dalam beberapa hari lagi, aku dan adam akan berijazah dan berkonvokesyen...tak sabar rasanya nak konvo ..Bila tengok semula gambar lama2 yg kami konvo tahun 2008. Aku sedih dan gembira..sebabnya kami semua dh selamat berkonvo dan sedih bila semua yg dh konvo tak dapat nak jumpa dah..terutamanya yang dok kat sabah dan sarawak..sah2 la susah nak jumpa..

Saat paling bermakna bila naik atas pentas dan terima skrol. Best sangat, walaupun lama menunggu giliran..rasa sangat berbaloi bila dapat melangkah naik ke atas pentas menerima skrol tue..sbbnya bukan semua orang dapat terima skrol ijazah..ada juga yang tak sempat nak terima skrol..tiba2 mati xcident, mak dan bapak yg datang untuk mengambil skrol ijazah...

Contohnya, pada tahun 2009..korang semua mesti ingat kan..ada satu bas express xcident..Masa tue,ada dua org student usm yang datang untuk mengambil jubah konvo..dan paling sedih bila, salah seorang tue meninggal di tempat kejadian. Arwah mengambil jurusan fizik. Memang sedih la, bila ingat semula kisah tue..yerla, mana tak sedih..mak dan bapa arwah yg menggantikan arwah mengambil skrol ijazah...

Berbalik kepada citer konvo nie, aku dan adam dah nak konvo dua minggu lagi..alhamdulillah..syukur dah abes stdy jugak aku , adam, sue, kok eng, dan edzham...

Kepada kawan2 ku yang nak konvo nie..tahniah aku ucapkan..semoga korang semua berjaya dalam hidup..segala salah dan silapku terhadap korang semua..harap kamu semua maafkan, di kesempatan yang ada nie..aku nak wish la selamat hari raya dan selamat hari merdeka..

peace...=)

Monday, September 5, 2011

Bersatu kita teguh...walau berbeza uniform..

Pernahkah korang semua mendengar pepatah ini " bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"..memang pepatah nie selalu kita dengan apabila kita join aktiviti-aktiviti yang melibatkan kumpulan..tapi, pernahkah kita lihat tentera bergabung..? Jom kita sama-sama saksikan apabila tentera bergabung..menarik jugak.



 Pakaian yg berbeza tidak semestinya dapat menghakis semangat berpasukan dalam angkatan tentera..aku kagum...


Tentera ini sudah ditauliahkan pada tahun lalu, namun masih segar dalam ingatan aku semasa aku nak tangkap gambar nie, mereka bergerak terlalu pantas...walaupun tidak sama uniform...


Inilah pemandangan yang dapat korang semua lihat apabila tentera2 bergabung bagi mencapai satu matlamat...


Walaupun tentera-tentera ini berbeza uniform, namun pergerakan dalam kumpulan sangat aku kagumi..mereka tetap bersatu, walau tidak sama uniform..


Saturday, September 3, 2011

Takziah buat my best friend dan keluarga..azlan abd rahman.

sekadar hiasan
Hari nie dah masuk hari kelima kita menyambut aidilfitri dengan perasaan gembira, tanpa kita sedari dan kita ketahui ada juga insan yang telah ditakdirkan pergi mengadap Ilahi. Baru2 nie iaitu 2 hari lepas..azlan aka abg rosham mai melawat aku n adam kat usm...wah, bertambah gembira la kami dua org..azlan mai berborak2 dan bergosip dgn kami dua..dh lama tak jumpa..byk la gosip2 hangat dibincangkan..

Azlan mai malam tue..dan bercadang untuk bermalam dengan kami kat aman..sbb kat aman takde sapa lagi yg mai, yg ada pun jiran bilik sebelah yg tak balik raya..tu pun km jarang nak jumpa dia..sbb dia bz sgt kerja..balik keja terus tido...berbalik kepada citer tadi, azlan mai bilik kami dan siap2 nak tido..tiba2, dia dpt panggilan dari kakak dia..

Lebih kurang kul 12.30 a.m la kakak dia call..kalau tak silap 3 kali kot..hurm, aku pun pelik kenapa kakak lan call kerap sgt nie..lan dh tido..lepas tu, dia bngun bila dgr call lagi..dia jawab call tue..kakak dia ckp, ada kakak dia yg kat sik tue jatuh pengsan..mulut berbuih..

Lepas tu, lan bgtau kami dua ..kakak dia pengsan, mulut berbuih..km tak sure la pasal pa mulut kakak dia berbuih..tp lan ckp keracunan makanan..so, lan pun dalam kul 3.00 a.m dia bangun..sbb kakak dia yg lain dh siap2 nak pergi ke Sik melawat kakak dia yg pengsan tue..

Lan pun bertolak balik dari usm kul 3.10 a.m..then, dlm kul 4.00 am..adam dpt sms dari lan..kakak dia meninggal..yg paling sedih tue, kakak yg meninggal tue mengandung 8 bulan..tp sudah suratan takdir, kakak lan pergi mengadap ilahi pada hari jumaat dan anak dalam kandungan juga tak dapat diselamatkan....jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam bayan baru..

Al-fatihah..samalah kita sedekahkan alfatihah buat arwah dan mendoakan arwah ditempatkan bersama dengan golongan yg beriman..amin..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails