Sunday, June 28, 2009

Mari Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada Ibu Pokde..

Assalamualaikum semua pembaca blog saya, entry ini saya dedikasikan kepada sahabatku faizal atau lebih mesra dengan panggilan Pokde. Tanggal 28 Jun 2009..insan yang disayangi oleh pokde telah pergi selamanya..ibu pokde telah meninggal dunia. jadi saya berharap para blog saya yang beragama islam dapat menyedekahkan al-fatihah kepada ibu pokde...terima kasih ..diharap pokde tabah menghadapi dugaan ini..w'salam.

-hilmi-

Saturday, June 27, 2009

Doaku untukmu sazali...

Sazali or pak arab..itulah panggilan yang aku guna untuk memanggil kawan baikku sazali. Walaupun kami jarang berjumpa, namun dialah satu-satu nya rakan dan sahabat baikku yang memahami aku. Kini kami tidak lagi dapat berjumpa seperti dulu-dulu seperti waktu aku dengan sazali belajar di usm penang. Kini kami membawa haluan masing-masing.
Sazali kini bakal menjadi seorang pendidik, manakala aku pun masih melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Walaupun kami jarang berjumpa, namun kami tetap berhubung dan keep in touch to each other.
Pak arab nie baik, setiap kali dia mai bilik aku, dia bawa buah tangan..hahahha...terkenang waktu belajar bersama-sama dengan nya. Masa berlalu dengan pantas, tanpa aku sedari aku kini aku telah menjadi pelajar semula...pelajar sarjana(master). Kenangan belajar bersama pak arab sangat sukar aku lupakan..teringat waktu dalam kuliah Dr Hajar..pak arab kena marah dengan dr hajar.."if u dont know how to speak arabic..dont speak..' lebih kurang macam tu la ayat yang dr hajar bagi kat pak arab...
Aku dengan geng yang lain tergelak, tapi kesian jugak kat pak arab...kini pak arab dah dapat offer jadi cikgu. Pak arab pernah menjadi guru sandaran lebih dari setahun..jadi wajarlah dia menjadi cikgu. Memang sesuai sangat pak arab menjadi cikgu...Beberapa hari yang lepas..aku dapat call dari Pak arab.......
Aku ingatkan pak arab nak cakap apa..tapi dia kata dia dapat KPLI..aku turut gembira jugak...aku berdoa agar dia dapat menjadi seorang cikgu yang berjaya..walaupun pada masa yang sama aku mendapat tawaran interview menjadi guru bahasa inggeris di MRSM, namun aku tidak dapat menghadiri interview itu..bukan aku tak nak pergi , tapi nak p macam mana? aku dapat offer tu last minit...
Mara just send sms kat aku ..suruh check nama dalam website mara. then aku check nama aku ada...tapi masa tue..aku dah cakap kat my mom and my sister..depa suruh aku belajar sampai habis dulu ...tak payah fikir nak kerja lagi..tapi bila kawan-kawan aku yang lain tau..aku dapat interview..depa dok suruh aku p..tapi dek kerana masalah masa, wang dan teman...aku tak dapat p la interview tu..maybe takde rezeki kot..huhuhu..sedih jugak...
bila aku tau pak arab dah dapat KPLI, aku terfikir...rugi sangat aku tak p interview tu..kalau tak? aku dah boleh jadi cikgu..tapi aku tak minat untuk menjadi cikgu..itu salah satu punca aku tak leh p interview tu..kalau aku minat ..aku memang akan p jugak..huhuhuhuhuh...
Kini pak arab dah start belajar ....aku still keep in touch with him...as the very best friend..aku takkan lupakan dia....aku nak kekalkan hubungan sebagai kawan baik nie hingga ke hujung nyawa...aku harap dia tak lupakan aku jugak..
sometimes, aku sedih jugak dok pikir....dah lama tak jumpa pak arab...masa dia nak balik sarawak hari tu..aku sedih jugak...aku dok pikir tak leh jumpa dah dia..sebab aku dok kat kedah..dia dok kat sarawak...susah ler nak berjumpa...kalau dulu aku leh bergelak ketawa dengan dia..kini aku tak boleh bergelak ketawa lagi dah dengan dia...dia dok nun di hujung dunia..aku dok sini..jadi kalau nak jumpa tu ....takleh dah le..tapi tak per..aku akan sentiasa doakan dia sihat...semoga dia panjang umur dan selamat dan sejahtera...
kalau aku tak leh jumpa dia dah..aku akan sedih..tapi aku akan call dia..supaya aku leh dengar suara dia..kalau tension..aku akan call dia ler..hehehehe..kalau aku tak call dia..aku tak tau sapa lagi nak call... sebab pak arab je yang faham perasaan aku...aku akan tanya dia apa yang aku patut buat..dan apa yang tak patut aku buat..dia kan tabligh..hehehehe..
Pak arab nie..suka ajak aku p sembahyang berjemaah kat surau..tu yang aku paling suka...dia kalau p surau, pasti akan ajak aku p sama..dah lama tak jumpa rindu la....
aku dan pak arab...
kalau aku dapat jumpa pak arab..aku nak cakap kat dia...rindu la kat hang...bila nak belanja makan nie...hahahahaha...hang kan dah kerja..aku masih belajar lagi..nanti aku kerja aku belanja hang makan pulak...hehehhehe
apa-apa pun aku doakan hang bahagia..semoga hang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
-hilmi-

Monday, June 22, 2009

TahuKah Kamu?

Tahukah Kamu....bunga raya adalah bunga kebangsaan malaysia? yer..memang kamu tahu itu kan..tapi adakah kamu tahu bunga raya ini mempunya lebih daripada 100 spesis dan lebih daripada 108 warna. Mungkin fakta itu kamu tidak tahu....
Apa yang penting...yang kamu harus tahu tentang bunga raya ini adalah cerita disebalik tumbuhan unik ini...walaupun cantik dan mempunyai pelbagai warna...namun bunga raya juga boleh dijadikan racun dan boleh membunuh?....ikutilah kisah yang bakal saya rungkaikan ini..
Kejadian yang bakal saya ceritakan ini adalah berdasarkan kepada apa yang saya tahu dan saya lihat dengan mata saya sendiri...walaupun sukar untuk mempercayainya....namun inilah hakikat nya..dan anda semua sepatutnya tahu....

Di kawasan sekitar rumah saya dipenuhi dengan pokok bunga raya...saya dan bapa selalu tanam pokok bunga raya..sebab warna nya yang cantik, dan senang untuk hidup..jadi apabila bapa pulang dari rumah kawan nya, dia akan membawa balik pokok bunga raya yang pelbagai jenis dan warna...ada warna merah, purple, biru, kuning dan merah putih..ada jenis ros, ada jenis kecil dan ada jenis besar....



Disebabkan bapa selalu bawa pulang pokok bunga raya yang di ambil dari rumah kawan-kawan nya. kebanyakkan pokok yang dibawa pulang ke rumah adalah berbeza dan berlainan warna dan jenis....
Jadi, bapa dan saya selalu bekerjasama menanam pokok bunga raya ini...dek kerana terlalu sayangkan pokok ini, saya dan bapa membuat pagar di sekeliling pokok yang baru ditanam itu..namun, pagar hanya tinggal pagar....bak kata pepatah..harapkan pagar..pagar makan padi..tapi situasi nie berlainan..sebab kami tak harapkan pagar..kami memang tahu yang pagar tu tak akan bertahan lama..jadi kami buat keputusan untuk membiarkan saja pokok itu ...

Tapi malangnya, kami tersilap langkah..pokok itu di cakar dan di musnahkan oleh haiwan ternakan..kambing......tapi malangnya, kambing tu bukan kami punya..kambing tu jiran kami yang punya....kambing makan pokok yang baru mengeluarkan pucuk baru dan hijau..so, kami tak boleh nak cakap apa-apa lagi..sebab dah kena makan dek kambing...kami tak berputus asa..terus nak tanam lagi pokok buga raya..................................................namun, keesokkan nya selepas hari kambing itu makan pokok bunga raya kami...kambing itu mati...
nak tau sebab apa kambing itu mati? sebab dia makan pokok bunga raya kami? betulkah pokok bunga raya ini beracun? jawapan nya tidak..bukan sebab makan pokok bunga raya kami kambing itu mati....sebenarnya ..kambing itu makan rumput kat tepi sungai yang telah disembur racun...selepas itu baru kambing itu datang makan pokok bunga raya kami...
hehehhehhe..citer nie bohong je....



Sunday, June 14, 2009

Sehari Bersama Dengan Kawan Lama ..

Hari: ahad
Jam: 9.30 pagi
Tempat: blok H17 bakti permai


















Baktisiswa dalam hatiku..

Pengalama yang aku tidak dapat lupakan seumur hidupku ketika menyertai program baktisiswa di Kuala Berang, Terengganu. Semasa berada di kuala Berang, aku terasa seperti berada di suatu tempat yang aku belum pernah aku tengok dan belum pernah aku sampai..walaupun sememangnya, itulah kali pertama aku berada di Negeri Terengganu. Aku gembira sangat apabila tiba di destinasi yang di pilih oleh penganjur program... iaku gembira sangat berada disana..semua aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan...aku gembira dan semua peserta gembira...




Salah satu aktiviti di Kuala Berang..



Keluarga angkat di Kuala Berang..




Ayah angkat yang tersayang....










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails