Monday, October 25, 2010

Pesanan kepada penghuni Aman Damai Blok K01.


SILA AMBIL PERHATIAN: KEPADA SEMUA PENGHUNI DESASISWA AMAN DAMAI YANG BERADA DI BLOK K01, PASTIKAN:
1. PINTU BILIK ANDA SENTIASA BERKUNCI
2. BARANG BERHARGA DI SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT
3. BUKA LAMPU DAN RADIO SEPANJANG MASA
4. KUNCI SEMUA ALMARI ANDA
5.JANGAN LUPA PESAN KEPADA RAKAN ANDA YANG BERADA DI BILIK SEBELAH SUPAYA MEMERHATIKAN BILIK ANDA..

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA YANG SETERUSNYA...

KEJADIAN PECAH MASUK BILIK K01 SUDAH MENJADI-JADI. PASTIKAN BILIK ANDA SENTIASA BERKUNCI..
pesanan ikhlas dari penghuni ko1 (putera mohd hilmi)

Tuesday, October 19, 2010

Pak Arab doakan aku dan Adam ...terima kasih.

Pak arab, dont forget...doakan aku dan zaidi ....doakan kami berdua semoga kami dapat kerja...Terima Kasih ...

-hilmi-

Sunday, October 17, 2010

Wow kejutan demi kejutan aku terima.



Bestnya aku...dapat notis dari mana ntah nak bagi duit kat aku sebanyak $4,000,000.00 USD...byk tue.Bestnya kalau dapat duit nie...boleh aku belanja kawan-kawan aku pergi melancong ke Sarawak...hehehehe..

Tuesday, October 12, 2010

Aku di antara dua...

Entry nie aku tak tujukan untuk sapa2 ...klu ada sapa2 terbaca dan terfikir akan dirinya aku rujukkan...maka ampun maaflah aku pinta..

Walaupun aku ini satu, aku ada dua sebenarnya. Aku dan dia saling melengkapi..Akan tetapi aku tidak seperti dia, aku tidak seperti aku yang satu lagi..Aku adalah diriku..Namun kenapa aku dilayan begini...Adakah aku juga tidak ada perasaan, adakah aku juga tidak ada hati???

Aku redha, aku terima dengan hati yg sedih..Aku tidak seperti aku, kerana aku saling melengkapi..Kamu semua harus tahu, aku ini tidak selengkap kamu..aku ini tidak sesempurna kamu...walaupun kamu tidak suka akan diriku, kamu terpaksa menerima aku...Kerana aku adalah diriku bukan diri mu..

Tidak semestinya kamu melayan aku begini kerana diri aku yang satu melayan kamu begini..Tidak sepatutnya kamu meletakkan aku ditempat diriku..kamu patut letakkan dirimu ditempat aku, supaya kamu faham akan perasaan aku..Aku tidak perlukan kamu jika kamu bukan aku..

Aku tidak pernah sakiti kamu, walapun aku pernah sakiti kamu...Pernah kamu bayangkan diriku ini...tanpa tangan, tanpa kaki, tanpa telinga..mahukah kamu berkawan dengan aku...mahukah kamu menjadi peneman aku...TIDAK..kamu tidak aku jadi peneman aku, kerana aku tidak lengkap...kerana aku cacat...tapi aku tetap lengkap dengan diriku...

Aku tidak meminta, aku tidak mengarah, aku tidak memberi...tetapi aku suka merasa, aku suka ketawa, aku suka berkongsi....aku suka menurut...MAAFKAN aku kerana aku tidak seperti kamu sangkakan...

MAAFKAN AKU, AKU tidak seperti kamu.. Kamu lebih sempurna, kamu lebih lengkap...lihatlah dunia ini dari pandangan kamu...JANGAN CUBA MELIHAT DUNIA INI DENGAN CARAKU...aku pasti kamu akan merana...Kamu tidak akan tahan dengan apa yang aku hadapi..

MAAFLAH jika aku terkasar, jika aku terleka, jika aku terganggu, jika aku terdiam, jika aku terbising, jika aku tercubit, jika aku terhutang, jika aku termakan dan terminum..

Segala kemaafkan dariku telah aku lunaskan, telah aku berikan seikhlas-ikhlasnya..Maafkanlah AKU..maafkanlah Diriku kerana aku tidak seperti kamu. Semoga Kamu semua bahagia hingga akhir hayat...

PAK ARAB, AKU SEDIH LA, HG TAU DAK...AKU TAK TAHAN SANGAT, AKU KECEWA...tapi takpa..sebab hanya hg saja yang aku ada...yg faham akan aku......sorry pak arab.

Saturday, October 9, 2010

Kebesaran Allah dan Kekerdilan DiriKu.

Ini adalah kali kedua aku melihat kebesaran dan kekuasaan Allah sepanjang berada di USM. BagiKu kejadian ini membuktikan bahawa Allah itu berkuasa dan tidak akan berlaku sesuatu kejadian atau perkara tanpa izin Allah.

Kejadian yang aku lihat dengan mata kasar aku ini berlaku pada minggu  yang lepas di mana, aku baru sahaja pulang dari Kafe Aman. Aku terpandang sesuatu di langit dan aku merasakan benda yang aku lihat itu adalah pelik dan jarang-jarang dapat dilihat di mana-mana tempat di bumi ini. Aku telah melihat bulan di waktu siang pada jam 10.00 pagi.

Persoalan aku, adakah bulan boleh di lihat pada jam 10.00 pagi? pernah kah anda melihat kejadian ini. Mungkin aku bukan orang yang pertama atau kedua melihat kejadian ini. Namun aku percaya kejadian ini telah membuktikan bahawa Allah itu Maha Kuasa. Segala benda yang berada di muka bumi dan langit adalah milikNya.

Aku berasa sangat bertuah kerana dapat menyaksikan kejadian ini. Bukan semua orang berpeluang untuk melihat bulan pada waktu siang. Hanya mereka yang terpilih dan memang sudah ditakdirkan oleh Allah untuk melihat kebesaranNya.

Setelah aku melihat kejadian ini, sekali lagi aku terkenang peristiwa yang aku alami semasa bulan ramadhan tahun lalu. Allah telah memilih aku untuk melihat kekuasaanNya. Aku melihat Kalimat Allah pada awan. Aku bersyukur kerana dapat peluang untuk melihat kebesaran Allah.

Oleh itu, aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan aku yang membaca Blog ini perasaan dan juga menyaksikan kekuasaan Allah. ...jom kita lihat di gambar-gambar yang dibawah...Kebesaran Allah..







Gambar awan berbentuk Kalimah Allah boleh di lihat pada entry aku yang lepas...just klik pada older post. .


Thursday, October 7, 2010

Pulau Jerejak

Pulau Jerejak Penang.

Hanya satu perkataan dapat aku gambarkan tentang pulau ini "CANTIK"..









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails