Tuesday, September 28, 2010

Aku kehilangan seorang kawan yang merangkap Xrumate.

Ring ring ring telefon ku berbunyi, ku angkat , ku tanya siapa... telefon ku berbunyi.." teringat zaman kanak-kanak aku bila dengar lagu tue....Malam Jumaat, last week..hari Khamis dalam pukul 12.30 malam, my best friend ever call me..aku pun terperanjat jugak bila dia call malam2 macam nie. Sebab sebelum ni dia jarang call aku, kalau malam2 buta mcm nie dia call mesti ada apa2 yang penting dia nak kabarkan..

Betul jangkaan aku, memang dia ada berita penting nak sampaikan kat aku..ermm, apakah berita itu?? apakah, adakah berita sedih, gembira? aku tidak tahu. Pada mulanya dia just tanya aku tentang kawan lama aku yang sorang nie..Kawan lama aku yang sorang nie, memang lama sangat dah aku tak jumpa. Biasa lah lepas konvo, kawan2 aku yg belajar sama2 kat usm nie semua dh membawa haluan masing-masing. ..

Lepas tue, aku ckp kenal la, kenapa tak kenal pulak. Kan tu kawan kita...sah2 la aku kenai, Nama dia Noh Yaakob. Aku selalu p menumpang kat bilik adam wahidi (my twin)..so, aku kena jadi kawan kepada rumate adam wahidi. Secara tak langsung, aku jadi kawan Noh, dan Bob. Depa dua org nie terima aku sebagai kembar adam wahidi. So, klu aku p bilik depa je,depa akan layan aku dengan baik. Mcm depa layan my twin la. Biasala aku, klu korang ada twin...korang tau la mcm mana perasaannya.

Berbalik kepada cerita yg aku nak kabarkan ini. Kawan aku tue, rumate adam wahidi..." dia xcident dan meninggal dunia."..mcm tue la ayat yg pak arab(sazali) bgtau aku....Lepas tue, aku check status kat FB, betul la apa yg pak arab khabarkan itu..aku sedih dengar berita tue...Tapi nak buat mcm mana, dh ajal maut allah telah tetap kan..Jadi kami menerima berita itu dengan penuh kesabaran...

Lepas tue, aku chat dengan Aszam yang juga rumate arwah ketika tahun dua. Dia juga sedih. Dia p melawat jenazah. Aku pun tanya aszam mcm mana dengan keadaan jenazah tue, dia ckp fizikal semua ok, takde cedera teruk tp organ dalaman dia pecah dan hancur...Ya Allah..hanya itu sahaja mampu aku ungkapkan...huhuhu..

Jom la kita sama-sama bersedekah al-fatihah kepada arwah. kita doakan beliau di tempatkan bersama dengan orang -orang yang beriman. Amin..

Alfatihah..


Thursday, September 23, 2010

Budak Hitam yang Misteri

BUDAK HITAM??

Kenapa Budak Hitam?? Ada apa dengan budak Hitam? siapakah mereka? Kenapa mereka menghantui kita? Apa salah kita? Apa silap kita? Persoalan yang timbul selepas aku menerima Satu SMS dari kakak aku yang berada di Kampung Kuala Kangkong. Walaupun sms dia agak tidak jelas, namun aku terus menyoal dan setiap persoalan yang aku timbulkan telah pun dijawabnya..


Sms pertama yang berbunyi begini " Kat rumah kita sekarang telah diganggu makluk budak hitam kurus, ayah dah dua malam tido kat rumah Tok Jah. Dia demam panas, tadi baru kami p tgk dh leh bangun skit dh." Kalau korang menerima sms yang sama, apakah yang korang fikirkan??? sudah tentu, korang akan bertanya siapakah budak hitam itu, kenapa mengganggu keluarga kita?


Sms kedua yang aku terima berbunyi begini " Adik perempuan (Shakiroh ) dan Abang (Razif) pun pernah tengok. budak itu hitam melegam..tapi kurus" ..aku dah mula rasa seram bila sms aku terima sms yang kedua itu, sbb adik dan abang aku pun pernah tengok. Nie apa kes? abang aku nie ustaz, kenapa dia pun nak kena ganggu dengan makluk hitam kurus itu? Ish2, apakah semua ini...


(sekadar hiasan)

 
Aku terus melontarkan pelbagai persoalan kepada kakak aku itu...lantas dia menceritakan satu persatu peristiwa yang berlaku kepada ahli keluarga aku dan penduduk kat kampung kuala kangkong. Sejak kita menyambut hari raya, tiba-tiba kampung aku diserang oleh bbudak itam kurus ini..pelik tapi benar. Peristiwa pertama berlaku pada abang aku..


Kebiasaannya, abang aku akan pergi memberi kuliah di masjid kat Alor Setar. Seperti biasa dalam perjalanan balik ke rumah lepas solat isyak. Dia pun memecut laju motornya untuk balik ke rumah..Masa dalam perjalanan pulang itu lah, dia ternampak budak hitam melegam dan kurus itu tiba-tiba melintas di depan motornya, Alhamdulillah..bersyukur kepada allah yang Maha Besar...abang aku telah selamat daripada terlibat dalam kemalangan. Seandainya dia membrek motornya, sudah pasti kereta yang dibelakang akan melanggar dan ..tak dapat aku gambarnya..


Peristiwa kedua, seperti biasa adik perempuan aku akan menunggu bas untuk ke sekolah. Oleh kerana dia takut, dia mengajak ibuku menemani dia..biasanya apabila bas dah datang ibuku akan terus balik ke rumah. tetapi, hari peristiwa itu berlaku..tidak siapa menjangka dan tidak siapa yang menduga..semasa adik dan ibuku menunggu bas sekolah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak warna hitam membonceng basikal dan terus menjunam ke dalam sungai. Apa lagi, ibuku dan adik perempuan aku terus menjadi gementar apabila melihat kejadian itu di depan mata..namun, kerana perasaan takut dan tidak berani untuk melihatnya, mereka membiarkan benda itu di dalam sungai berkenaan.


Peristiwa ketiga, pada waktu malam beberapa hari yang lepas ayah aku telah di ganggu oleh budak hitam yang sama. Budak itu akan terus mengelilingi ayah aku. Bila mata nya di pejam, terus nampak budak itu datang mengelilinginya. Kemudian ayah aku bertempir la, dia marah2 dan menghalau budak itu. Persoalannya sekarang, siapakah budak itu..kenapa dia datang mengganggu keluarga aku? Lantas aku terus bertanya kepada kakak aku, adakah mereka ada membuat sesuatu atau mengutip sesuatu yang mereka terjumpa kat tempat2 yang berhampiran...Dia menjawab tidak. Aku dapat merasakan , makluk ini adalah syaitan yang cuba untuk menyesatkan cucu cicit nabi adam..


(sekadar hiasan)


 
Selepas itu, aku terus bertanya lagi...betulkah, makluk hitam itu adalah makluk yang sama yang dilihat oleh ibuku, adikku, abangku dan ayahku..Jawapannya adalah YA. semua ciri-ciri yang mereka ceritakan itu adalah sama. Pada fikiran aku, makluk itu adalah makluk yang sama dan makluk itu akan terus menghantui sesiapa sahaja yang berada di kampung kuala kangkong jika tiada tindakan yang betul dilakukan. Oleh itu, aku hanya mampu mengangkat kedua tangan dan berdoa kepada ALLAH yang Esa meminta pertolonganNya. Aku tidak berdaya untuk menghalang benda itu daripada terus menipu, menyesat, melalai, serta mengganggu keluarga aku. Apa yang aku mampu adalah berdoa dan terus berdoa.


Oleh itu, aku ingin mengajak semua pembaca Blog aku ini berdoa bersama aku untuk meminta pertolongan daripada ALLAH utk menyelamatkan keluarga aku.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Ya ALLAH engkau lindungilah keluarga Encik Mahmud serta semua umat islam dari segala  bencana di langit mahupun di bumi.

Ya Allah , engkau jauhkan makluk yang mengganggu encik mahmud dan keluarganya. Engkau berikan kekuatan kepada encik mahmud serta penduduk di kampung kuala kangkong untuk menghadapi gangguan ini dengan sabar.

Amin....

Monday, September 20, 2010

Open House Kat Rumah EnciK Joe.

Semalam Kemarin dulu, kat rumah Encik Joe ada buat jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Best sangat ada mcm -mcm kek cokelah lapis dari Sarawak. Kami p beraya kat rumah encik Joe dengan kak nani, SKN, dan JeN...Kawan-kawan lain, tak ikut sebb semua masih bercuti lagi kan...

Best seronok dapat makan kuih biskut raya, yang paling tak dapat nak lupakan bila makan Mee Laksa sarawak. Isteri En Joe yang masak , sedap sangat. Kepada orang yang tak mengenali Encik Joe. Biar saya kabarkan, siapakah encik Joe.

Encik Joe AKA Johari Andong, seorang pegawai Kastam. Beliau adalah pelajar master komunikasi kat USM, tapi dh konvo awal....Begitulah serba sedikit info encik Jo. anyway, tenkiu Terima Kasih encik Joe atas jemputan hari raya tersebut. Semoga Hari raya yang akan datang jemput kami lagi..


















Tuesday, September 14, 2010

Al-fatihah dan takziah...

Tarikh: 15 sept 2010
Masa: 12.30 p.m
Hari: Rabu
Tempat: office aman damai
Kejadian: Pelajar aman damai meninggal dunia.



Hari nie adalah hari ke 4 aku berada di USM selepas hari raya. Aku dan Adam balik ke Kampus USM awal sebab adam ada keja nak kena siapkan. Walaupun hari Isnin adam cuti, tapi dia kena p jugak office Segi Kolej..sebab ada meeting, biasa lah, orang dah bekerjaya....
Berbalik kepada cerita yang aku nak kabarkan kepada semua peminat dan pembaca blog aku nie, sebenarnya hari nie aku sepatutnya tolong Jocyln ambil tesis dia. Tapi lain yang dirancang, lain yang jadi. Joe dh rancang nak jumpa aku hari nie kat skol, so aku p la nak jumpa Joe dan Marcina. Sampai kat skol, aku teringat ada bil kena bayar kat bendahari. So, lepas jumpa marcina dan Joe, aku terus ke Bendahari untuk langsaikan bil.
Joe janji nak suruh aku ambil tesis dia kat Kedai fotocopy, tapi dia xsempat nak hantar kat kedai. Jadi esok aku kena jumpa dia untuk ambil resit tue. ermm...Joe pun dh nak balik ke US, mesti aku dan kawan-kawan akan merindui dia...heheh..
Lepas aku bayar bil kat bendahari, aku terus balik ke Aman. Bila sampai bilik, aku teringat nak kena p ofis hantar bil yang aku dh bayar tadi, aku pun tanpa membuang masa terus ke ofis hantar bil...
Masa kat ofis tue la, aku dapat tau ada sorang pelajar aman damai (suksis) meninggal dunia hari nie pagi tadi. Aku tak berapa kenal arwah..masa orang ofis tu bg tengok profile arwah. Nama dia aku terlupa..tapi masa aku tgk profile dia tue, aku nampak tertulis tahun dua, Jurusan HBP, dan dari terengganu...kat profile dia aku ada nampak gambar arwah...ermm memang aku pernah tgk dia sebelum nie, tapi tak pernah tegur pun...biasa.. aku tak tegur klu tak kenal org tue...hehehe..
So, aku balik bilik aku update status FB....then, abang zamadi bgtau aku, mana arwah hafizul alin a.k. a ba hafizul (FB) http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000425257120&v=wall&ref=ts
Aku check kat Fb nama ba hafizul, memang betul la, itu arwah...gambar yang kat profile aku tgk masa dalam ofis tadi tue sama dengan gambar kat FB tue. Memang sah, dialah yang meninggal tue, org ofis tue ckp dia nie aktif, baik dan penyayang. So marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah.
Kepada keluarga arwah, saya ucapkan takziah.. diharap anda sekeluarga dapat bersabar dengan dugaan ini. terima lah dengan hati yang tenang...semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang yang beriman..amin. .assalamualaikum..

















Sunday, September 12, 2010

Hari Raya disambut dengan rakan2 lama..

Tarikh: hari raya(september 2010)
Hari: hari raya la..(Jumaat )
Tempat: Rumah Biah (siti salbiah)
Masa: 10.00 a.m - 12.30 p.m
Aktiviti: Melawat Rumah Biah dengan kawan-kawan lama aku..hehehe




Sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan rakan-rakan aku untuk melawat rumah kawan-kawan semasa hari raya. Tapi raya tahun nie, aku tak rancang nak melawat rumah rakan-rakan. Tiba2 kawan lama aku datang beraya kat rumah aku, so aku join depa p raya kat rumah kawan-kawan yang lain la....


Raya tahun nie memang best, sebb aku p beraya kat rumah kawan-kawan. Sebelum nie aku jarang nak beraya kat rumah kawan-kawan. Apatah lagi rumah kawan-kawan lama, aku memang tak pergi beraya. Kalau ada member ajak baru aku akan pergi beraya. Sebabnya, aku malas nak beraya sorang or beraya dengan adam..biasa la, kami dua nie jarang nak bersosial..


Tahun nie, kami dua p beraya kat rumah biah aka salbiah...kawan lama kami. Biah nie rumah dia betul2 kat sekolah menengah kami yang lama dulu tue...ala, sekolah SMKTAA. Kalau org kedah depa tau la sekolah tu tang mana.. org dari luar mcm org kelantan or tereng, or sabah or sarawak, depa tak taw.....tapi itu tak penting...hampa tau ka, hampa tak taw ka...ada aku kesah...Aku p beraya ngan dua kawan aku nie la...sorang nama nicholas tay (nama baru) biasala , dulu kat sekolah dia dikenali dengan nama Tay Hang Churn...tp lepas dia belajar kat UKM, nama dia pun dan bertukar jadi Nicholas...mcm aku jugak la....dulu kat sekolah orang panggil aku hilmi, sekarang lepas aku belajar kat USM, aku dh jadi putera mohd hilmi....hehehhe, bukan sebab apa aku tukar nama..tp sebb semua kawan-kawan aku tukar nama...aku pun tukar nama jugak la...sebb nak jadi centre of attraction la katakan..


Nie adalah antara beberapa keping gambar yang aku sempat tangkap bersama dengan kawan-kawan aku nie...depa pun dah lama tak jumpa aku, first ayat yang nicholas tay nie cakap...hilmi, awak nampak besar sikit..dah tampan...opsss, tersasul la pulak...kacak bukan tampan...nie ayat yg nicholas tu cakap kat aku....jangan jeles kawan-kawan kalau org puji aku tampan.....Gambar-gambar nie aku saja ja letak kat blog sebb nak jadikan gambar nie lebih bermakna dan tidak aku lupakan.....depa dua nie lah yg jadi pengawas masa form 5.........



Sunday, September 5, 2010

Duit Raya


Selamat Hari Raya AidilFitri ..


Bila tibanya 1Syawal, teringat aku masa zaman kanak-kanak dulu. Selalunya pada pagi hari raya, aku dan twin dapat duit raya dari kedua-dua orang tuaku..Waktu tue masa sekolah rendah la...Tapi sekarang dah tak dapat lagi duit raya dari kedua-dua orang tuaku.
Aku masih teringat lagi kata-kata mak aku...duit raya yang mak bagi ni jangan beli mercun...simpan buat p sekolah...Tapi biasa la, bila jumpa kawan-kawan...pesanan mak ka, abah ka, semua aku lupa...Aku p jugak beli mercun kat kedai yang paling dekat ngan rumah aku tue...Kedai Leh.
Tapi paling best, masa sebelum aku p beli mercun tue aku ada bgtau kat kawan-kawan aku..tahun nie mercun yang bakar2 dah kena block...takde mercun bola, mercun ketupat dan mercun2 lain...tapi yang ada jual kat kedai leh tue mercun BooM..Bunyi ala2 katak menyanyi jer..
Mercun Boom nie dibuat menggunakan soda dan air gas, so..efect bunyi dia mcm orang ketuk gedang...sangat perlahan...tp dh kawan2 nie dok ajak p beli mercun, aku p pun beli jugak la...hahhaha..
Semua tue dh jadi kenangan, sekarang aku dh dewasa dh tak main mercun dah..bukan sebab takde duit nak beli, tapi mercun berbahaya. Gerun jugak bila tengok kejadian yang kat Terengganu tue...Bila bapa jadi agen buat mercun, anak meletop jadi mangsa. Kesian kan, kecil2 dh jadi mangsa mercun buatan sendiri. Oleh itu, kawan-2 yang masih lagi ada tangan, kaki yang sempurna, elakkan bermain mercun.
Kalau korang nak main jugak, p main jauh2 jgn dok main dekat dengan aku...Bila aku cakap jangan main, korang nak main, bila aku beri nasihat, korang tak nak dengar, tapi bila korang jadi mangsa..baru la nak sedar..sorry dh terlambat.
So, di hari raya nie, baik korang jaga diri masing-masing, jangan dok main mercun..duit raya simpan buat p sekolah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails