Wednesday, August 31, 2011

Pengalaman PAHIT di pagi Raya...Ciss..



KENAPA LA MANUSIA ZAMAN SEKARANG NIE SUKA SAIKO ORANG..Cisss, pagi hari raya aku dh kena saiko ..yg pelik, takde salah pun aku sedekahkan senyum kepada org, tau2..ada sorang pak cik nie dok marah2 pulak...Sumpah Lepas nie, jangan kau harap aku nak senyum kat kau lagi ..wahai pak cik tua oooiii...

Bila tiba hari raya, semua orang akan bergembira..mcm aku juga..aku gembira..hurm, aku tak bajet pun tahun nie raya akan mencatatkan sejarah hitam dalam hidup aku..aku tak minta jadi mcm nie..tapi, kenapa lah dok tak dok jadi lagu nie..

Benda nie jadi awal pagi..lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku n adam p masjid nak solat hari raya..tau, aku nampak sorang pak cik nie..dia berjalan2 dengan dua kawan dia..aku pun bila tgk org tua yg aku kenal nie..aku senyum la kat dia..

Nak dijadikan cerita..si PAK CIK yang Kekwat nie..dengan selamba je ckp kuat2 kat luar pagar masjid tue.." hai nie org mana dok senyum" dengan nada yg mcm org tgh marah..padahal aku tak buat salah pun kat dia..dia boleh ckp mcm tue...sentap korang..kalau korang kena ayat mcm tue..sah2 sakit hati..

Aku rasa mcm nak je p solat hari raya kat masjid baru..tp dh org mai ramai kat masjid lama..aku terpaksa juga la p solat kat sana..lagipun, dh rancang dh nak p solat kat masjid kangkong yg lama tue....aku pun tak bajet benda buruk nie nak jadi.." ustaz ckp, senyum itu sedekah...bila kita bersedekah,kita akan dpt pahala.." tp ustaz tk bgtau pulak...kita tak leh senyum kat semua org...tu silap aku, sbb dok senyum kat org la, aku dpt ayat sindiran..

Walaupun kena sindir, takpa..aku tak kisah, tapi lepas nie..aku dh tak mau senyum dh kat pak cik tue..bila aku dh tak senyum...baru la dok GEDIK ckp aku nie Sombong..belajar tinggi2 sombong..tp dh perangai pak cik tue dok SAIKO org pagi2 raya nie..apa kes..

Aku tau dia kenal aku..tp saja nak buat SAIKO, ckp aku nie dok senyum2 pun..mcm senyum tu satu kesalahan..WTF la..

So, nasihat aku kepada semua pembaca...lain kali kalau nak senyum tue biar lah org tue kita kenal, klu tak kenal jgn memandai nak senyum...nanti malu diri sendiri pulak...kalau malu diri takpa la sangat, klu kena saiko lagi teruk..malu pun malu..sakit hati pun sakit hati..


Wednesday, August 24, 2011

I DONT CARE..SERIOUSLY..

Seriously ...I Dont Care...fullstop.
mind ur own language.
=P

Pengertian Ramadhan...Kelebihan yang tiada pada bulan yg lain...

Hurmm..bila dengar saja pengumuman tarikh 1 ramadhan jatuh pada hari isnin bersamaan 1 ogos..aku terfikir banyak benda..antaranya..puasa, terawih, sahur, berbuka dan lain-lain lagi...Tapi aku tidak sedar, Ramadhan yang datang sepantas kilat...sekejap saja dh masuk hari ke 25 ramadhan..memang pantas masa berlalu. Tanpa aku sedari, Ramadhan bakal meninggalkan aku ..bila difikir dan difikir..baru aku sedar, sepanjang awal ramadhan hingga kini, aku dh tertinggal terawih tiga kali...so, aku kena ambil masa yang masih ada lagi nie untuk membanyakkan lagi amal ibadat..ustaz aku pernah ckp, bulan puasa nie..setiap amalan baik yg kita lakukan akan mendapat pahala 3 kali ganda..insyaallah. Jadi, sementara masih ada beberapa hari lagi dalam bulan ramadhan ini, marilah sama2 kita meningkatkan amal ibadat kita..

Kepada yg belom lagi berterawih tue, sila2 la luangkan masa anda pergi solat terawih..ada berapa hari je la nak terawih..tahun depan, kita tak sure masih berpeluang lagi ke tidak untuk berterawih..sebut pasal terawih nie, aku pelik la..ada jugak manusia yg ckp...dia tak biasa berterawih...tp dia berpuasa..Pelik kan..org yang berpuasa, selalunya akan melakukan solat terawih di malam hari..kenapa pulak, ada manusia yg ckp.."abg tak biasa la terawih"..then, aku menjadi hairan..nak buat mcm mana, maybe hidup dia dari kecil lagi kot dia tak didedahkan dengan solat terawih..that why ..dia tak biasa terawih....

hurm..di penghujung 10 hari terakhir dalam bulan ramadhan, Allah menjanjikan kepada semua manusia yg beragama islam iaitu lailatul qadar..Malam al-qadar, satu malam yg bersamaan dengan 1000 bulan...Kalau kita berpeluang untuk mendapat malam al-qadar ini, maka...gembiralah kita...bayangkan, amalan kita yg dilakukan pada malam itu...diberi ganjaran seperti 1000 bulan...betapa maha pemurahnya Allah..tp, ada lagi segelintir manusia yg sekarang nie..tak nak rebut peluang nie..kenapa ek??


Jadi kita sama2 lah meluangkan masa ...mencari malam al-qadar...kalau kita mengantuk sangat untuk bangun melakukan solat tahajjud..kita just buat dua rakaat sudah ler..tadi, kat radio..aku ada dengar satu petikan ceramah.." barang siapa yg bangun untuk bersolat tahajjud dan ketika itu dia sedang mengantuk dan dia melawan perasaan mengantuk itu...maka, tempat tidonya akan berdoa kepada Allah supaya org yg bangun tadi akan mendapatkan tempat tido yg lebih selesa selepas mati..para malaikat juga akan berdoa kepada allah supaya mengampunkan dosa org yg bertahajjud tadi.."

Kita sepatutnya tidak mensia-siakan sisa-sisa bulan ramadhan yg tinggal ini...gunakanlah sebaik mungkin...bangunlah untuk bersolat tahajjud, berdoa supaya Allah mengampunkan dosa kita sama ada yang telah dilakukan ataupun yg belum dilakukan...berdoa supaya, kita dimurahkan rezeki yg halal, diberikan taufik dan hidayah, ditempatkan bersama2 dgn org yg beriman...dan yang paling penting..jangan lupa berdoa supaya Allah mengampunkan dosa kedua2 ibubapa kita yg telah banyak berkorban untuk membesarkan kita...

hurmm..nak cerita panjang pun malas dh, baik kita muhasabah diri...pertingkatkan amal ibadah..yg penting ikhlas..=)

Wednesday, August 17, 2011

Jadi Model Baju Raya....

Hari nie dah masuk hari ke 18 umat islam menjalani ibadat puasa....dan hari nie jugaklah hari ke4 kalau tak silap aku dan adam berbuka puasa kat masjid al khalid...Hurm...berbuka kat masjid memang best, sebab ramai kawan2 yang sama2 berbuka di masjid..Kalau berbuka kat bilik, hanya kami dua orang jer..sbb org lain berbuka kat masjid....ramai org berbuka di masjid sebb nak jimat kos, biasa lah student memang kalau boleh jimat menjimat nie...memang nak berjimat....jadi saya dan adam pun mcm student yg lain jugak..nak berjimat la..Memang best la berbuka kat masjid, ramai student malaysia, arab, indon dan lain-lain negara ...datang beramai2 berbuka kat masjid..Keadaan kat masjid jadi seperti satu pusat pertemuan antara pelajar-pelajar islam seluruh dunia..secara tak langsung, amalan berbuka kat masjid memang boleh mengeratkan silatulrahim sesama umat islam..


Berbalik kepada hari ke 18 ramadhan nie...aku tak sangka pulak hari nie my best friend dah beli baju raya..tau2 je, dia mai letak kat bilik aku..dia ckp, mie tolong simpan jap baju nie...nanti aku datang ambik..then, lepas terawih je tadi..dia mai terus kat bilik aku..dan terus mencuba baju raya yang dia baru beli tengahari tadi..baju raya dia memang cantik, warna dark purple..siap dengan sampin lagi..Kos baju dia jer..hampir mencecah rm 100...Memang cantik la baju tue...ada dua tone warna..satu dark purple...satu lagi line kat poket warna light purple..


Selepas dia mencuba baju tue...dia suruh aku cuba jugak baju tue..wah nie la baju tue...tengok aku jadi model jap....hehehe...

















Sunday, August 14, 2011

Iman Tahfiz...meruntun hatiku...

Hari ke 15 ramadhan, teras seperti cepatnya masa bergerak..pejam celik dah masuk hari ke 15..tinggal 15 hari lagi untuk kita merebut peluang yang Allah berikan kepada semua Umat Islam....Bagi mereka yang belum lagi merebut peluang..marilah sama2 kita mencari lailatul qadar..sama2 lah kita berdoa, agar kita mendapat lailatul qadar, bukan semua orang berpeluang untuk mendapatnya..hanya mereka yang benar2 ikhlas beribadat dan bermunajat kepada Allah akan berpeluang untuk mendapatnya..Allah tidak memandang seseorang hambanya dari segi paras rupa, harta mahupun pangkat untuk memberikan lailatul qadar, jadi ambillah peluang ini, sama2 kita berjaga malam untuk mencari lailatul qadar..

Malam ke 15 ramadhan telah mencatatkan satu sejarah dalam diriku ini...aku tersentuh dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang dibaca oleh tahfiz yang dijemput khas oleh pusat islam. Memang sedap bacaanya, aku tidak dapat membandingkan dengan org lain..sebabnya, terlalu lunak suaranya membaca ayat-ayat suci alquran, inilah kali pertama dalam tahun ini aku terasa seperti ramadhan yang amat bermakna dalam hidupku..

Aku terasa ingin menjadi seorang tahfiz lah (bisik hati kecilku) bila mendengar bacaan tahfiz tue...kalaulah aku juga dapat menghafal alquran sejak kecil lagi, maybe aku boleh la jadi seperti beliau...bahkan jugak aku akan join jadi imam muda...hehehe( dah berangan la pulak)..

Korang semua, sekarang dh 15 ramadhan..mcm mana dengan korang punya amalan2 yg korang amalkan pada 15 hari yg lepas..rasanya pahala dh berlipat kali ganda ke belum lagi...kalau rasa masih kurang lagi pahala, jom la sama2 kita menambah pahala ..sbb 15 hari lagi kita ada untuk menambah pahala kita..lagipun kita tak tahu, tahun depan, masihkah kita dapat hidup sampai bulan ramadhan....




Hari yang kurang baik...aduuhhh..pening...

Susah jugak nooo..kalau kita dok kat tengah2 nie..rasa pening sangat....nasib baik dok kat tengah, kalau dok kat bawah..lagi susah...

apa2 pun, jangan lupa solat terawih korang...

selamat berbuka.
=)

Thursday, August 11, 2011

Kelebihan terawih...lupa nak share ngan member2...




KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
 
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air

daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.
 

Hari nie...dh hari ke 11 kita berpuasa..

Hari ke10 berpuasa, sangat la penat badan aku nie...maybe sebab pagi tue, aku pergi ke U3P ambil surat kearifanbudaya..then, aku ikut kak cik p durian velley...maybe kot, aku jadi penat dan dahaga amat sangat..petang aku p teman kawan g pelantar informasi kat skol farmasi..balik2 bilik dh letih semacam je..nasib baik aku tak tertido, klu tak..mesti dh tak beli lauk untuk berbuka puasa.

hurm, kemarin jugak lah..henset aku jadi bengong...aduhh, habis semua pic aku dah hilang..lagu2 mp3 pun hilang..then, mesej2 yg aku simpan pun dh hilang..dugaan sangat. Pastu lepas berbuka, aku dok pikir cara nak bagi elok bagi hanset aku nie, then..aku remove memory card, tp still sama jugak...gambar pun still tak leh nak view, lagu still tak leh nak jadi ringtone..pastu, aku fikir2 ..sampai la sahur aku berfikir...

then, waktu bersahur...aku teringat dulu, kejadian mcm nie pernah berlaku kat my rumate, dia selalu buang memory card klu handset hang..aku pun buang lagi memory card and masuk semula kat slot memory kad..pastu, aku terus la format..senang..habis citer, takyah dok pikir2 lagi..selepas 8 jam dok fikir nak bg jadi elok balik..tp balik2 tak elok jugak..aku dh bengang la..jadi aku format terus memory card..then, alhamdulillah, semua maklumat yg aku save..abes hilang...

so, pesan aku untuk korang semua yg ada handset mahal bermemory card tue...please la jg korang punya phone elok2...mana taw, jadi mcm aku pulak..dh abes hilang gambar2 n lagu2 mp3..


Monday, August 8, 2011

Kelewatan Bersahur...

Hari nie, aku lewat bersahur...maybe disebabkan oleh tido lewat kot. Nasib baik la, sobra sms aku...kalau tak, tak bersahur la jawabnya..Nak dijadikan citer, last nite  aku dan adam berbuka kat rumah bapa, so isteri bapa telah bekalkan kat kami berdua sahur. Maybe sebb tue kot , aku bangun lewat..sebb igt tak yah kuar beli sahur lagi..tp aku lupa, aku kena juga p beli air kat khalel...lepas dapat je sms dari sob, terus aku bangun..siap2 nak kuar beli air..

Masa kat khalel, aku ada nampak seseorang yang aku kenal sangat2..rupanya pun aku kenal, tp tak sure la diakah org tue..Lepas tu dari motor, aku nampak dia sibuk bersahur dengan kawan2 dia, mulanya aku ingat nak tegur la, tp dek kerana dia sibuk bersahur..aku tak tegur..Dalam hati aku, kenapa dia tak tegur aku..pelik la, sbb selalaunya dia akan tegur..klu sibuk makan pun...tp nie dia tak tegur...

Lepas tue, aku toleh belakang nak tgk dia..pasai pa dia tak tegur nie...pelik bin ajaib nie...bila dok dekat pun dia tak tegur..aku toleh belakang....aku terkedu dan terkejut..sebb org tue..bukan kawan aku yg aku kenal tue..tp, rupanya...memang sebijik sama, dari tepi ...memang nampak mcm kawan aku..klu depa dua dok sama2...macam kembar..aduh..ada juga org yg rupa sebijik mcm kembar kepada kawan aku nie..

Ingat nak ambik gambar, tp nanti kawan dia igt aku nie pelik pulak..tau2 je nak ambik gambar depa...pelik la, ada juga manusia yg sebijik dengan kawan aku nie...aku dh bgtau kat dia...tp kawan aku nie tak percaya..nasib baik sob ada tgk jugak..so, aku tak bohong la..klu aku citer kat dia, dia ada kembar kat sini...

berbalik kepada citer mula2 tadi, aku terbangun kul 5.00 am..aduhhh...rasa mcm dh tak sempat nak bersahur hari nie..sbb lambat dh sampai khalel...alhamdulillah segalanya berjalan lancar..aku dpt sempat bersahur..

Ada satu benda yg buat aku tak leh tahan untuk Gelak tadi pagi..semasa bersahur nie, sobra citer..rumate dia tnya satu soalan meletop kat dia....Soalan yg paling meletop..tak pernah lagi org lain tnya soalan tue..sobra mengakui dlm byk2 soalan yg rumate dia pernah soal, soalan nie yg paling meletop....

Korang nak tau, soalan apa yg rumate dia tnya..."kalau korang dapat Dajal, korang nak buat apa?"..hahaha, aku tersedak nasi lepas dengar soalan tue...hahahhaa...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails