Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu....Hurmm, best dan sangat mantap ...




Sejak "ombak rindu" ditayangkan pada minggu lalu, aku dan terasa sangat "ombak" itu sampai terindu-rindu untuk menontonnya kali kedua...cerita yang amat menarik, sangat beremosi dan ending yang agak mantap la..syok jugak citer nie, pelakon pun boleh membawa watak masing2...bagi aku, citer nie memang best dan ada nilai "cinta" yang tak tergambar betapa tingginya nilainya....


Cerita ini juga membuatkan aku berfikir dan berfikir....adakah masih ada lagi lelaki seperti hari itu kat dunia ini, yang sanggup membebaskan pelacur, dan menjadikan pelacur itu isterinya????....ada lagikah wanita seperti izah yang senang untuk dijadikan pelacur...??? hurm...walaupun ada beberapa part yang boleh membuatkan persoalan timbul, namun memang tidak dapat nak nafikan la, citer nie lagi best dari citer CUN..walaupun citer cun tue view dia kampung yang indah....kat dalam citer nie pun , view kampung sangat indah, cantik...bak kampung ku kuala kangkong...hehehhehe..


Citer nie memang boleh buat org menitiskan air mata...tp part yg aku tak berapa suka tue..bila si ibu HARIS..dok merampas semula barang2 hak milik haris dari Izah..wah2, sgt diva si betina tue..mcm nak cepuk je...hahahha, rambut ala punk..gittiew..hahaha.

Tuesday, November 29, 2011

Menjelajah Penang Bersama KAKCIK aka Fiena Acik...

Kemarin bersamaan 29 Nov 2011...aku dah ready pagi2 buta keluar tunggu bas sebab dah janji ngan kak cik nak p teman dia buat Passport kat Jabatan Imigresen Pulau Pinang..Kakcik buat passport sbb dia nak g keluar negara...Dengar citer nak g Aceh...So, aku pun p teman dia la pagi kemarin...Start dari pukul 6.45 pagi..sampai 1.30 tgh hari baru siap passport dia..Sangat lama kami dua menunggu...

Dah lama sangat nak tunggu pegawai imigresen siapkan passport, kami p round2 and menjelajah penang...vok la, ramai sangat pelancong kamarin waktu kami menjelajah penang..terasa seperti kami pun mcm depa jugak..terasa seperti pelancong..best, sekali sekala dapat jadi pelancong memang best gila...org kat sekeliling dok ushaa ja..tak taw pasal pa..maybe depa jeles kot, sbb tak leh jadi pelancong mcm kami..hahahha..

Nie dia beberapa keping pic aku ngan kak cik ambik masa menjelajah penang...best sangat...panas, letih semua ada....









bukan saja kami p explore penang..tapi p hantar kakcik jugak p airport..dia kan nak p aceh..bercuti2..


Thursday, November 17, 2011

Rehatkan Minda...hehehehe..

Sejak dua menjak nie...lepas je masuk ke rumah baru..aku dh malas nak update blog kesayangan aku nie...tapi hari nie ada la sikit kesempatan nak update..

Hari nie aku p kat satu shopping kompleks yang paling ramai pendatang pengunjung...beberapa minit dari apartment yang aku sewa nie kalau berjalan kaki..tp hari nie aku p ngan member2 baik..

Member2 bakti la, kakcik..itah..kami p dok tengok barang2 keperluan dapur..apartmet yang aku sewa nie boleh masak, tak macam kat aman damai dulu..Nak masak pun susah, tp sekarang tak lagi..aku sudah boleh memasak..boleh tido, tengok tv, makan , then bawa member2 datang rumah...heehehhe..

Berbalik kepada benda yang aku nak share ngan semua pembaca blog aku nie..tadi masa kat parking shopping kompleks nie, aku nampak satu BENDA BURUK KERETA BURUK LAMA yang dah ditinggalkan oleh sapa ntah..PAK ARAB kot, besa la kan..pak arab yg dok mai belajar kat sini..kaya raya boleh beli keta n tinggal2 di mana saja...hahahha...cuba korang tengok BENDA  KERETA nie......

AMBIL MASA KORANG, FIKIRKAN..BERAPA LAMA KERETA NIE DITINGGALKAN...

CIRI-CIRI YANG AKU LIHAT PADA KERETA TUE TADI..
1. BERHABUK
2. CERMIN DEPAN DAH KABUR..DILITUPI OLEH HABUK..
3.TAYAR DAH PANCIT..SEMUANYA..
4. DOK KAT TEMPAT PARKING DALAM SHOPPING KOMPLEKS LAGI..
5. SIDE MIRROR DAH PATAH....

Nie dia kereta tue...

lllllllllllllll
lllllllllllllll
lllllllllllllll
lllllllllllllll
lllllllllllllll
lllllllllllllll
lllllllllllllll
llllllllllllllll
lllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
lllllllllllllllllllllllllllllllllll
llllllllllllllllllllll
lllllllllll
lllll
ll























PS: Kalau korang nak tengok sendiri keta nie, korang boleh la melawat parking keta kat Bukit Jambul..rasanya depa tak ubah keta nie.....

Tuesday, October 11, 2011

Pengalaman mengajar erti kehidupan...

Pengalaman aku present paper kat resort tok senik langkawi betul2 mengajar aku erti kehidupan dan mengenal erti budi bahasa serta sifat-sifat manusia. Pengalaman yang paling aku tak dapat nak lupakan bila aku menjaga kaunter pendaftaran untuk peserta yang bakal membentangkan paper. Aku juga merupakan salah seorang pembentang paper untuk konferen kearifan tempatan, namun aku telah mendapat jemputan awal oleh pihak pengajur untuk membantu melancarkan konferen berkenaan. Aku diminta datang awal ke konferen berkenaan bagi melancarkan segala perjalanan konferen berkenaan.

Pengalaman yang aku pelajari waktu aku menjaga kunci untuk peserta konferen sangat2 bermakna dan sangat2 menyakitkan hati..tapi nak buat mcm mana, aku bekerja dengan ikhlas..jadi aku bersabaq saja dengan sikap2 peserta konferen berkenaan. paling aku tak leh tahan dgn sikap press yg dijemput utk cover story..sikap tak bertolak ansur tue, yg buat aku tak leh tahan...dok marah2 kat kaunter depan tue..

depa dok igt aku nie urus setia yg dok urus segala benda la, dok ckp aku nie dok susun bilik kat depa tak kena dengan kawan2 depa..depa dok buat mcm diva pulak...nasib baik aku nie penyabaq, aku tak cepat marah...aku just ckp, boleh tak tuan-tuan dan puan-puan bersabaq, saya ada byk benda kena settle..

then, aku dgr satu ayat yg paling sakastik pernah aku dengar..." nie klu nak balik , sempat lagi...feri tak bergerak dari jeti la..." wah2, panas telinga aku dok dgr...nasib baik la aku tak marah2 mcm org gila kat situ..tapi muka aku dh berubah, dh nak keluar ayat sentap dah masa tue..aku memang nak ckp direct ja kat press and the geng..tp, aku tak sampai hati la nak buat mcm tue, sbb nak jaga nama baik hep dan cik yuhanis..

last2, tadi tak sangka pulak...masa nak balik, aku kena balik dgn geng2 press yg dok press aku jadi pressure tue...mula2 aku dok igt depa nie sombong la, tp bila balik ngan geng2 tue..baru aku tw depa pun ada problem jugak..patut la dok marah2 katkaunter kunci..nasib baik depa tak ckp direct depan aku masa nak ambik kunci tue...

perkara paling best aku tak leh lupa, pro usm yg dok jadi ketua press ckp kat aku mcm nie..la, saya tak sangka pulak encik hilmi nie pembentang yg bentang paper kat konferen nie...saya igt encik hilmi nie urus setia...awat dok jaga kaunter kunci tue...tu yg saya pelik...aku ckp la, aku nie kan pembentang...tp cik yuhanis minta tolong, aku just tolong cik yuhanis la..bukan aku sorang je jadi urus setia konferen tue...tp kawan2 kami yg lain pun jadi jugak urus setia..

bukan je jadi urus setia untuk konferen tue, aku jadi pengerusi untuk konferen tue...dua sidang...iaitu sidang pertama dan sidang yg terakhir..memang sgt best la konferen nie..byk benda aku pelajari dr konferen nie...

Yang paling penting...aku pelajari kat konferen nie...kita tak perlu marah2 org yg buat kita marah..tp, kita just tenangkan hati..ikhlaskan kerja yg kita buat..insyaallah, akan ada hikmah disebalik yg berlaku..the best part, bila aku ckp aku nie keja jadi lecturer...depa respect lagi la...yg lagi best..bila lecturer2 yg lain pun tau aku nie lecturer..depa buat mcm kawan2..sembang2 n makan dok semeja ngan aku...

yg penting..tak payah nak tunjukkan sapa diri kita..klu depa tnya barulah bgtau..nanti depa akan rasa malu la dgn perangai buruk depa tue..bila depa tau, depa dok ckp kasar ngan pensyarah...bila aku bgtau aku jadi lecturer..press yg dok pressure aku tue..tgk aku pun dh lain..mcm segan ngan aku...sbb depa buat perangai, n marah 2 depan kaunter..sapa suruh..lepas tue, baru la nak rasa segan...

aku tak kisah depa nak kata apa kat aku..tp, kena la respect org lain yg dok buat keja urussetia nie..so, pengajaran buat aku ...tak yah la nak cepat2 marah ngan sifat org yg suka marah2 nie...kita just buat keja kita ngan ikhlas...pasti akan tenang..takde dah rasa pressure..aku tak nk la bgtu kat depa aku nie lecturer..sbb klu aku ckp depa pun segan...

ABG pro jugak la yg vok...hahaha..




Sunday, September 25, 2011

Erti Sebuah "Persahabatan"..buatku..







Persahabatan...satu perkataan yang paling senang untuk diungkapkan dan disebut..sapa2 pun boleh mampu mengungkap dan menyebut perkataan tersebut "persahabatan"..tapi adakah kita sedar, erti sebuah persahabatan.. Adakah anda tahu apa itu persahabatan??...

Bagi aku " persahabatan" adalah satu yang abstrak yang mana kita tak boleh menilai ia dengan hanya satu perbalahan, dengan hanya satu fitnah, dengan hanya satu ungkapan pedih aka sakastik, dengan hanya satu kata-kata kesat, dengan satu kesalahan, dengan satu tindakankan yang tidak sepatutnya berlaku..dan segala macam kesalahanan yang dilakukan oleh seorang yang bernama "sahabat".. ramai org selalu menilai persahabatan dengan benda2 remeh tersebut..

Persahabatan sering kali disalah ertikan oleh byk pihak. Ramai org tidak tahu erti sebenarnya persahatan..sebab itulah, kita mudah untuk menilai segala benda dengan satu kesalahan dan tindakan oleh sahabat kita..Cuba bayangkan, benda yang remeh boleh menjadi satu benda yg besar jika kita berada dalam "persahabatan"..biasanya, persahabatan akan kekal hingga ke hujung nyawa...tp itu persahabatan masa aku sekolah rendah la...Sekarang, persahabatan bg aku mudah saja, kalau kita buat satu kesalahan dan kesalahan itu tidak sebesar kesalahan membunuh org.....namun kita boleh lihat dengan sendiri "sahabat" itu dan menilainya...adakah dia layak mendapat gelaran "sahabat" atau sebaliknya...

Kita seringkali..memutuskan (potong) persahabatan kita dengan satu kesalahan...sebagai contoh...klu sahabat kita itu tidak mengangkat phone, terus kita sentap...terus kita ckp mcm2 kat dia..kita tak sepatutnya berkata dan berfikiran sebegitu...tgk la, apa dh jadi...Disebabkan satu panggilan telefon tak diangkat...putus sahabat..tue contoh yg klise la...

Contoh lain, bila sahabat tak sms bertanya kabar..or tak keep in touch ...terus dijudge sebagai seorang yg tak mengenang jasa baik sahabat...ish2, tidak patut kita fikir mcm tue la..kadang2 sahabat anda tue...bukannya kaya mcm anda..bukannya ada sugar daddy yang boleh topup handphone dia...bukannya dia tue keja..or whatever la...tp kita sebagai seorang kenalah faham keadaan sahabat kita...Dah namanya sahabat...kenalah tahu apa masalah sahabat anda..adakah dia tue masih hidup atau dh mati ker..mana tau, ada kes...dh lama tak call..tiba2 sahabat dia dh lama meninggal dunia...sbb apa, puncanya adalah dari diri kita sendiri...yg tak memahami sahabat anda..kalau dia tak call or sms anda..cuba anda yg mula dahulu sms or call or tanya kabar dia..mana tau dia pun ada masalah...

Pernah sekali aku mengalami peristiwa yang sama...walaupun aku rasa benda nie takde la besar sangat maknanya pada korang semua...tp, amat besar maknanya kepada aku dan sahabatku...

Aku pernah ada seorang sahabat yang baik..nama aku tak nak sebut...sebb dia dh lama tak keep in touch dengan aku..so, aku tak nak le keep in touch ngan dia..lagipun dia dh keja sebagai pegawai perubatan..aku nie apa lah sangat..pelajar universiti sahaja...

so, kejadian nie berlaku waktu semasa aku sambung belajar di USM..tp biar aku terus terang citer nie..adalah untuk teladan semua..semua watak dan semua citer nie bukan watak sebenar..saja nak bagi pengajaran kepada "sahabat" yg mudah untuk putuskan "persahabatan'..

Kat usm dulu, aku ada sorang kawan baik..nama dia 'Amer (nama samaran)'...org selalu panggil dia "mir"..aku pulak dh lama berkawan dengan dia..aku lebih gemar panggil nama manja dia ' anak abah'..sebb dia nie manja..selalu je abah dia datang dan jemput dia kat bakti permai..

so, nak dijadikan citer...aku dh anggap dia sebagai seorang sahabat ler..dh lma kami berkawan, dh kenal luar dan dalam..dah tau semua kisah hidup dia..dh kenal sapa ibu bapa dia..dh pernah ke rumah dia..bermalam dua tiga malam kat sana...pernah keluar bersiar-siar ngan keluar dia..semua la..sehingga bapa dia dh anggap aku nie sbg anak..

aku nie..rasa sangat gembira, ada seorang sahabat yg baik..yg tak pernah lupa bertanya kabar aku..yg tak pernah lupa aku bila-bila sahaja..sehingga lah berlaku satu benda yang aku tak pernah anggap itu salah ..aku tersilap kot, aku tersilap sebb aku mengenali sahabat aku nie..aku silap sbb mempercayai sahabat aku ini...LAST2..aku dh serik untuk bersahabat.....

Korang nak tau, dia buat apa kat aku????

Aku balik bilik lewat hari tue..sbb aku keluar untuk bermain badminton dengan kak anas..tp..bila sampai je kat bilik..terus dia sentap..aku tnya kenapa..dia tak jawap..aku pun buat tak kisah ler..sbb aku dh tau perangai dia mcm tue..selalu je merajuk dengan aku..tak kisah la, aku kata..

tp aku silap la, sbb nya dia dah terover sentap...sampai kat FB, FS, Twitter, Blog...semua dia post entry yg berbunyi mcm nie" KALAU ADA PHONE, BILA ORG CALL XNAK JAWAB...BAIK LEMPAR KAT DLM TASIK JA.." lagi meletop..bila kawan2 dia yg lain komen...sgt panas jugak hati aku...tp nak buat mcm mana...memang aku terasa mcm aku salah...xangkat call dia..sbb aku atas motor..tp, dia pun dah tau aku atas motor...dia pun patut faham ler..takkan aku nak cakap kau nie bangang ke apa..aku atas motor la..hg dok xpect aku angkat phone hg la.." tp aku diam jer..

HATI sakit..mata naik pitam tgk status kat fb dia..komen-komen memberansangkan dari kawan-2 dia jugak buat aku jadi lagi panas...last2 aku ambil tindakan aku...

takpa la, klu sebb benda kecil nie kau dh tak nak jadi kawan aku..aku diam terusssssss....aku harap kau faham kenapa aku diam....

sebelum aku meninggalkan bilik tue utk selamanya..aku tinggal satu surat untuk dia renungkan..



_________________________________________________________


Kepada sahabatku...

SALAM SAHABATKU ..dunia dan akhirat...engkaulah yg pertama dan terakhir pernah aku jumpa dalam hidup aku..

Wahai sahabatku , kaulah insan pertama yang aku kenal di USM, yang pertama aku tegur di bilik...yang pertama bertanya kabar dan nama aku...kaulah yang paling berharga dalam hidup aku, takkan ada lagi sahabat seperti kamu..aku sedih setelah apa yg telah engkau lakukan kepada aku..umpama kesalahan aku nie besar seperti membunuh org yang engkau sayang..walaupun kesalahan aku itu bgku adalah kecil..".tidak menjawab panggilan kamu", tetapi tidak sepatutnya engkau membuat aku seperti ini..aku sedih..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir? sewaktu engkau menelefon aku itu...aku berada di mana, di saat itu, aku sedang buat apa? pernahkah engkau terfikir..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir...berapa ramai kawan-kawan aku yg lain bertanyakan status FB engkau...pernahkah engkau terfikir...pandangan mereka terhadap aku...pernahkah engkau terfikir...komen-komen mereka itu sangat menghiris perasaan aku....walaupun engkau anggap status itu hanyalah gurauan..tetapi...hati aku sangat sakit..hanya allah sahaja yang tahu..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir? ..betapa sakitnya hati aku setelah engkau lakukan aku seperti ini..pernahkah engkau terfikir..aku juga ada maruah..ada perasaan..ada juga hati..pernahkah engkau terfikir??

wahai sahatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir..sewaktu engkau mula2 masuk ke bilik..siapakah yang teman engkau ...siapa yg teman engkau pergi mandi..pergi tandas..pergi kuliah..walaupun kuliah aku tidak sama dengan kuliah engkau...

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir..siapakah yg menolong engkau sewaktu ibu bapa engkau datang untuk berjumpa dengan engkau...dan engkau sewaktu itu masih di dalam kelas...siapakah yg melayan kedua ibubapa engkau..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir...siapakah yang tolong hantar kan engkau ke kedai fotocopy untuk mengambil nota kuliah...siapakah yang menolong sewaktu engkau ingin membeli makanan..bila engkau ada kuliah....

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir..siapakah yang tolong beli topup untuk engkau...sewaktu engkau memerlukan topup...walaupun pada waktu itu, aku hanya ada rm 3 ringgit, tetapi aku terpaksa pinjam dari kawan-kawan aku...pernahkah engkau terfikir benda tue..

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir, sewaktu engkau mahu pulang dari kuliah...dan hujan lebat ketika itu, siapakah yang menghantar payung kepada engkau..siapakah yang tidak mempunyai perasaan malu yg meminjam payung dari bilik hujung yg dia sendiri tidak pernah tegur sebelum ini...tp menyimpan perasaan malu dan meminjam payung untuk engkau...

wahai sahabatku dunia akhirat...pernahkah engkau terfikir, siapakah yang menolong kamu menaip assgmnt kamu bila kamu tidak cukup masa untuk siapkan assgmnt berkumpulan..siapakah ahli kumpulan kamu yg tidak mahu tolong kamu itu..siapakah pulak yg menjadi pembantu peribadi kamu menaip tanpa meminta bayaran semata-mata mahu sahabatnya itu dpt menghantar assgmnt pada masa yg ditetapka...

wahai sahabatku dunia akhirat..pernahkah engkau terfikir...adakah aku ini seorang sahabat.???adakah aku ini tidak layak menjadi sahabat engkau...adakah aku ini sesuai dengan gelaran sahabat tak berguna...tak boleh diharapkan selepas apa yang aku telah lakukan dan tolong engkau selama aku mengenali engkau semenjak dari tahun pertama hingga tahun akhir...

wahai sahabatku dunia akhirat...aku masih ingat lagi ketika engkau sangat2 memerlukan wang...sbb ptptn engkau tidak masuk lagi, engkau penjam dari aku..kalau tak salah RM300..aku ketika itu tidak juga ada wang yg banyak...tp, kerana engkau adalah sahabat baik aku...yg dh anggap seperti adik..aku terpaksa balik ke rumah untuk meminjam dari kakak aku...walaupun kakak aku itu cakap aku nie suka membazir...kakak aku berleter sekejap"berjam-jam" je kat aku...untuk kebaikkan engkau, aku tahan telinga sekejap untuk membantu engkau yg tiada duit...aku diamkan diri..biar kena berletar...aku pinjam juga dari kakak aku...tp apa balasa engkau lepas engkau dh dapat duit ptptn..

Masa aku terdesak untuk makan...aku nak pinjam duit dari engkau...apa yg engkau ckp kepada aku.."tu la, org ckp duit ptptn tue simpan, jgn beli barang2 yg takde makna...jgn beli laptop...jgn beli cd.jgn beli pendrive.." tp engkau tidak tahu...semua benda yang aku beli tue...utk kegunaan engkau juga...sbb aku tak nak tgk engkau berjalan waktu malam utk ke sungai 2 sbb nak siapkan assgmnt...aku beli laptop dan pendrive..agar aku boleh menaip assgmnt aku dan engkau jugak boleh menggunakan laptop aku utk menaip assgmnt engkau...Pernahkah engkau terfikir...aku sanggup makan megi dua bulan sebb nak beli laptop.....aku nak pinjam duit dari engkau...tp lepas kau ckp mcm tue kat aku...aku dh rasa malu sangat2 nak minta pinjam duit dari engkau...takpalah, aku cuba berfikiran positif..

Aku sedapkan hati aku...aku anggap engkau tidak beri pinjam duit engkau sbb engkau nak bayar desa dan lain-lain lagi...tp aku hairan juga...bila, engkau kerap sangat keluar pergi tengok wayang..pergi tesco..dan makan ngan kawan-kawan kau yg lain..tidak pernah pulak engkau membeli nasi goreng kepada aku...

Aku terasa sangat bila engkau dh tiada duit...masa tue, dh hujung semester..kau sangat2 lapar...aku tiada duit jugak waktu tue..tp, aku keluarkan duit siling dalam tabung aku tue..pergi tukar ngan makcik kafe tue..aku tebalkan muka...pergi kat makcik kafe...tukar siling bagi kau pinjam...pernahkah engkau fikir semua itu...

wahai sahabatku dunia akhirat...walaupun engkau tidak pernah terfikir semua itu, aku tidak berasa kecil hati ataupun sakit hati...namun, aku harap sangat agar engkau dapat berfikir sejenak dan renungilah semua yang aku tulis ini...agar engkau mendapat "sahabat " yg lebih baik dari aku...

aku tahu, aku tidak layak sangat menjadi sahabat kamu...aku tidak sebijak kamu..tidak sekacak kamu....dan tidak setaraf kamu...tp, aku berdoa agar Allah berikan "sahabat" yg baru kepada engkau yang mana lebih baik dari aku...yg dpt menjawab panggil engkau walaupun berada diatas moto dlm keadaan hujan kat lampu isyarat....dlm keadaan letih...aku harap sangat2 engkau dapat sahabat yang aku maksudkan itu...

wahai sahabatku dunia akhirat...jika engkau sudah membaca surat ini, maka aku sudah pun pergi untuk meninggalkan kamu untuk selamanya...

sebab aku sudah tidak tahan lagi dengan sifat engkau yang pemarah, yang tidak pernah mengucapkan terima kasih diatas segala pertolongan yang aku hulurkan..namun kata-kata kesat jugak engkau berikan kepada aku setelah aku tolong dan bantu engkau...

Aku harap lepas nie, kalaulah engkau terjumpa aku kat mana-mana...pura2 lah tak nampak aku...sbb aku taknak engkau rasa bersalah di atas segala yg berlaku...biarlah aku yg dianggap bersalah...biarlah aku yg menanggung segala kesalahan pada malam tue...semoga engkau akan lebih bahagi dengan ketiadaan aku di sisi mu sebagai seorang sahabat ....

Insyaallah, jika aku diberi peluang oleh Allah, aku akn menjawab panggilan kamu itu...aku juga tak nak kehilangan seorang sahabat...

walaupun aku ini tidak sesempurna kamu, tidak sebaik kamu di depan mata org..tidak sekacak kamu..tp aku juga ada perasaan dan hati.....



Assalamualaikum..



Yang Benar

-putera-

________________________________________________________









Thursday, September 22, 2011

Alhamdulillah...semua dh selesai..



Nie la saat2 yg paling aku nantikan..setelah berhempas pulas 2 tahun buat master..


 Semuanya(konvo) dh selesai...tap ada satu benda yg belum selesai lagi, aku harap sangat2..cepat2 la selesai..kalau tak, makin pening kepala dok pikir hari2 nie..
Finally, grad jugak aku ngan adam...sejuk perut mak kami dua...hehehehe...



Dalam kenangan...pic yg first aku ambik lepas keluar konvo...

Tuesday, September 20, 2011

Esok dah Nak Konvo...Hati aku tak sedap la..aduh..

Hurmm..esk dh nak konvo, tp hari nie aku rasa mcm tak berapa sedap hati la..tak taw la pasal pe..Nak tido pun rasa tak mengantuk lagi, nak p iron jubah pun rasa mcm malas...Hurmm, sebab apa aku jadi mcm nie..rasa nie tiba-tiba je datang..Bila fikir balik..aku rasa tak syok la nak konvo esk..

Mak dan bapa aku tak dapat datang, biasa la..org tua dh tak larat nak jalan jauh...nak dok lama2 kat dalam dtsp tue..aku pun kesian jugak kat mak dan bapa aku..aku tak nak la depa dua mai tgk aku konvo pastu terus kalut2 balik rumah..mcm yg telah berlaku pada tahun 2008..masa aku konvo degree dulu..

Walaupun mereka tak dapat datang, aku tetap gembira..tp tak segembira yang selalu la..klu depa dua datang aku mesti lagi gembira..tapi malam nie, aku dok rasa sumtin la..tak sedap hati..tak tau la pasal pa..aku bimbang sesuatu..tapi malas la nak cakap..sebb tue bukan urusan aku pun..yg peliknya ada kaitan dengan aku..tue buat aku jadi risau nie..



Saturday, September 17, 2011

Yahooooooo....aku dh konvo...hehehhe..

Wah ceria sangat...macam dh nak p berkonvo...nie baru test je...hahaha


Yang nie, aku dok control...nak nampak serius.....-____-



Yang nie macam dah penat berposing..tu yg jadi lagu nie...hahahha


Yang nie, muka tak leh tahan...dok bajet lawa...hahahha..


Gembiranya hati bila mengenakan jubah nie..

Tuesday, September 13, 2011

Jom sama2 kita solat dhuha..semoga rezeki kita berkat




Doa Dhuha..


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu

Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu

Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu

Perlindungannya perlindungan-Mu…



Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah

Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah



Berkat waktu dhuha

Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada

hamba-hamba-Mu yang soleh



Sunday, September 11, 2011

TAK SABAR NIE...HARAP SEMUANYA AKAN BERJALAN LANCAR =)



Dalam beberapa hari lagi, aku dan adam akan berijazah dan berkonvokesyen...tak sabar rasanya nak konvo ..Bila tengok semula gambar lama2 yg kami konvo tahun 2008. Aku sedih dan gembira..sebabnya kami semua dh selamat berkonvo dan sedih bila semua yg dh konvo tak dapat nak jumpa dah..terutamanya yang dok kat sabah dan sarawak..sah2 la susah nak jumpa..

Saat paling bermakna bila naik atas pentas dan terima skrol. Best sangat, walaupun lama menunggu giliran..rasa sangat berbaloi bila dapat melangkah naik ke atas pentas menerima skrol tue..sbbnya bukan semua orang dapat terima skrol ijazah..ada juga yang tak sempat nak terima skrol..tiba2 mati xcident, mak dan bapak yg datang untuk mengambil skrol ijazah...

Contohnya, pada tahun 2009..korang semua mesti ingat kan..ada satu bas express xcident..Masa tue,ada dua org student usm yang datang untuk mengambil jubah konvo..dan paling sedih bila, salah seorang tue meninggal di tempat kejadian. Arwah mengambil jurusan fizik. Memang sedih la, bila ingat semula kisah tue..yerla, mana tak sedih..mak dan bapa arwah yg menggantikan arwah mengambil skrol ijazah...

Berbalik kepada citer konvo nie, aku dan adam dah nak konvo dua minggu lagi..alhamdulillah..syukur dah abes stdy jugak aku , adam, sue, kok eng, dan edzham...

Kepada kawan2 ku yang nak konvo nie..tahniah aku ucapkan..semoga korang semua berjaya dalam hidup..segala salah dan silapku terhadap korang semua..harap kamu semua maafkan, di kesempatan yang ada nie..aku nak wish la selamat hari raya dan selamat hari merdeka..

peace...=)

Monday, September 5, 2011

Bersatu kita teguh...walau berbeza uniform..

Pernahkah korang semua mendengar pepatah ini " bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"..memang pepatah nie selalu kita dengan apabila kita join aktiviti-aktiviti yang melibatkan kumpulan..tapi, pernahkah kita lihat tentera bergabung..? Jom kita sama-sama saksikan apabila tentera bergabung..menarik jugak.



 Pakaian yg berbeza tidak semestinya dapat menghakis semangat berpasukan dalam angkatan tentera..aku kagum...


Tentera ini sudah ditauliahkan pada tahun lalu, namun masih segar dalam ingatan aku semasa aku nak tangkap gambar nie, mereka bergerak terlalu pantas...walaupun tidak sama uniform...


Inilah pemandangan yang dapat korang semua lihat apabila tentera2 bergabung bagi mencapai satu matlamat...


Walaupun tentera-tentera ini berbeza uniform, namun pergerakan dalam kumpulan sangat aku kagumi..mereka tetap bersatu, walau tidak sama uniform..


Saturday, September 3, 2011

Takziah buat my best friend dan keluarga..azlan abd rahman.

sekadar hiasan
Hari nie dah masuk hari kelima kita menyambut aidilfitri dengan perasaan gembira, tanpa kita sedari dan kita ketahui ada juga insan yang telah ditakdirkan pergi mengadap Ilahi. Baru2 nie iaitu 2 hari lepas..azlan aka abg rosham mai melawat aku n adam kat usm...wah, bertambah gembira la kami dua org..azlan mai berborak2 dan bergosip dgn kami dua..dh lama tak jumpa..byk la gosip2 hangat dibincangkan..

Azlan mai malam tue..dan bercadang untuk bermalam dengan kami kat aman..sbb kat aman takde sapa lagi yg mai, yg ada pun jiran bilik sebelah yg tak balik raya..tu pun km jarang nak jumpa dia..sbb dia bz sgt kerja..balik keja terus tido...berbalik kepada citer tadi, azlan mai bilik kami dan siap2 nak tido..tiba2, dia dpt panggilan dari kakak dia..

Lebih kurang kul 12.30 a.m la kakak dia call..kalau tak silap 3 kali kot..hurm, aku pun pelik kenapa kakak lan call kerap sgt nie..lan dh tido..lepas tu, dia bngun bila dgr call lagi..dia jawab call tue..kakak dia ckp, ada kakak dia yg kat sik tue jatuh pengsan..mulut berbuih..

Lepas tu, lan bgtau kami dua ..kakak dia pengsan, mulut berbuih..km tak sure la pasal pa mulut kakak dia berbuih..tp lan ckp keracunan makanan..so, lan pun dalam kul 3.00 a.m dia bangun..sbb kakak dia yg lain dh siap2 nak pergi ke Sik melawat kakak dia yg pengsan tue..

Lan pun bertolak balik dari usm kul 3.10 a.m..then, dlm kul 4.00 am..adam dpt sms dari lan..kakak dia meninggal..yg paling sedih tue, kakak yg meninggal tue mengandung 8 bulan..tp sudah suratan takdir, kakak lan pergi mengadap ilahi pada hari jumaat dan anak dalam kandungan juga tak dapat diselamatkan....jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam bayan baru..

Al-fatihah..samalah kita sedekahkan alfatihah buat arwah dan mendoakan arwah ditempatkan bersama dengan golongan yg beriman..amin..




Wednesday, August 31, 2011

Pengalaman PAHIT di pagi Raya...Ciss..



KENAPA LA MANUSIA ZAMAN SEKARANG NIE SUKA SAIKO ORANG..Cisss, pagi hari raya aku dh kena saiko ..yg pelik, takde salah pun aku sedekahkan senyum kepada org, tau2..ada sorang pak cik nie dok marah2 pulak...Sumpah Lepas nie, jangan kau harap aku nak senyum kat kau lagi ..wahai pak cik tua oooiii...

Bila tiba hari raya, semua orang akan bergembira..mcm aku juga..aku gembira..hurm, aku tak bajet pun tahun nie raya akan mencatatkan sejarah hitam dalam hidup aku..aku tak minta jadi mcm nie..tapi, kenapa lah dok tak dok jadi lagu nie..

Benda nie jadi awal pagi..lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku n adam p masjid nak solat hari raya..tau, aku nampak sorang pak cik nie..dia berjalan2 dengan dua kawan dia..aku pun bila tgk org tua yg aku kenal nie..aku senyum la kat dia..

Nak dijadikan cerita..si PAK CIK yang Kekwat nie..dengan selamba je ckp kuat2 kat luar pagar masjid tue.." hai nie org mana dok senyum" dengan nada yg mcm org tgh marah..padahal aku tak buat salah pun kat dia..dia boleh ckp mcm tue...sentap korang..kalau korang kena ayat mcm tue..sah2 sakit hati..

Aku rasa mcm nak je p solat hari raya kat masjid baru..tp dh org mai ramai kat masjid lama..aku terpaksa juga la p solat kat sana..lagipun, dh rancang dh nak p solat kat masjid kangkong yg lama tue....aku pun tak bajet benda buruk nie nak jadi.." ustaz ckp, senyum itu sedekah...bila kita bersedekah,kita akan dpt pahala.." tp ustaz tk bgtau pulak...kita tak leh senyum kat semua org...tu silap aku, sbb dok senyum kat org la, aku dpt ayat sindiran..

Walaupun kena sindir, takpa..aku tak kisah, tapi lepas nie..aku dh tak mau senyum dh kat pak cik tue..bila aku dh tak senyum...baru la dok GEDIK ckp aku nie Sombong..belajar tinggi2 sombong..tp dh perangai pak cik tue dok SAIKO org pagi2 raya nie..apa kes..

Aku tau dia kenal aku..tp saja nak buat SAIKO, ckp aku nie dok senyum2 pun..mcm senyum tu satu kesalahan..WTF la..

So, nasihat aku kepada semua pembaca...lain kali kalau nak senyum tue biar lah org tue kita kenal, klu tak kenal jgn memandai nak senyum...nanti malu diri sendiri pulak...kalau malu diri takpa la sangat, klu kena saiko lagi teruk..malu pun malu..sakit hati pun sakit hati..


Wednesday, August 24, 2011

I DONT CARE..SERIOUSLY..

Seriously ...I Dont Care...fullstop.
mind ur own language.
=P

Pengertian Ramadhan...Kelebihan yang tiada pada bulan yg lain...

Hurmm..bila dengar saja pengumuman tarikh 1 ramadhan jatuh pada hari isnin bersamaan 1 ogos..aku terfikir banyak benda..antaranya..puasa, terawih, sahur, berbuka dan lain-lain lagi...Tapi aku tidak sedar, Ramadhan yang datang sepantas kilat...sekejap saja dh masuk hari ke 25 ramadhan..memang pantas masa berlalu. Tanpa aku sedari, Ramadhan bakal meninggalkan aku ..bila difikir dan difikir..baru aku sedar, sepanjang awal ramadhan hingga kini, aku dh tertinggal terawih tiga kali...so, aku kena ambil masa yang masih ada lagi nie untuk membanyakkan lagi amal ibadat..ustaz aku pernah ckp, bulan puasa nie..setiap amalan baik yg kita lakukan akan mendapat pahala 3 kali ganda..insyaallah. Jadi, sementara masih ada beberapa hari lagi dalam bulan ramadhan ini, marilah sama2 kita meningkatkan amal ibadat kita..

Kepada yg belom lagi berterawih tue, sila2 la luangkan masa anda pergi solat terawih..ada berapa hari je la nak terawih..tahun depan, kita tak sure masih berpeluang lagi ke tidak untuk berterawih..sebut pasal terawih nie, aku pelik la..ada jugak manusia yg ckp...dia tak biasa berterawih...tp dia berpuasa..Pelik kan..org yang berpuasa, selalunya akan melakukan solat terawih di malam hari..kenapa pulak, ada manusia yg ckp.."abg tak biasa la terawih"..then, aku menjadi hairan..nak buat mcm mana, maybe hidup dia dari kecil lagi kot dia tak didedahkan dengan solat terawih..that why ..dia tak biasa terawih....

hurm..di penghujung 10 hari terakhir dalam bulan ramadhan, Allah menjanjikan kepada semua manusia yg beragama islam iaitu lailatul qadar..Malam al-qadar, satu malam yg bersamaan dengan 1000 bulan...Kalau kita berpeluang untuk mendapat malam al-qadar ini, maka...gembiralah kita...bayangkan, amalan kita yg dilakukan pada malam itu...diberi ganjaran seperti 1000 bulan...betapa maha pemurahnya Allah..tp, ada lagi segelintir manusia yg sekarang nie..tak nak rebut peluang nie..kenapa ek??


Jadi kita sama2 lah meluangkan masa ...mencari malam al-qadar...kalau kita mengantuk sangat untuk bangun melakukan solat tahajjud..kita just buat dua rakaat sudah ler..tadi, kat radio..aku ada dengar satu petikan ceramah.." barang siapa yg bangun untuk bersolat tahajjud dan ketika itu dia sedang mengantuk dan dia melawan perasaan mengantuk itu...maka, tempat tidonya akan berdoa kepada Allah supaya org yg bangun tadi akan mendapatkan tempat tido yg lebih selesa selepas mati..para malaikat juga akan berdoa kepada allah supaya mengampunkan dosa org yg bertahajjud tadi.."

Kita sepatutnya tidak mensia-siakan sisa-sisa bulan ramadhan yg tinggal ini...gunakanlah sebaik mungkin...bangunlah untuk bersolat tahajjud, berdoa supaya Allah mengampunkan dosa kita sama ada yang telah dilakukan ataupun yg belum dilakukan...berdoa supaya, kita dimurahkan rezeki yg halal, diberikan taufik dan hidayah, ditempatkan bersama2 dgn org yg beriman...dan yang paling penting..jangan lupa berdoa supaya Allah mengampunkan dosa kedua2 ibubapa kita yg telah banyak berkorban untuk membesarkan kita...

hurmm..nak cerita panjang pun malas dh, baik kita muhasabah diri...pertingkatkan amal ibadah..yg penting ikhlas..=)

Wednesday, August 17, 2011

Jadi Model Baju Raya....

Hari nie dah masuk hari ke 18 umat islam menjalani ibadat puasa....dan hari nie jugaklah hari ke4 kalau tak silap aku dan adam berbuka puasa kat masjid al khalid...Hurm...berbuka kat masjid memang best, sebab ramai kawan2 yang sama2 berbuka di masjid..Kalau berbuka kat bilik, hanya kami dua orang jer..sbb org lain berbuka kat masjid....ramai org berbuka di masjid sebb nak jimat kos, biasa lah student memang kalau boleh jimat menjimat nie...memang nak berjimat....jadi saya dan adam pun mcm student yg lain jugak..nak berjimat la..Memang best la berbuka kat masjid, ramai student malaysia, arab, indon dan lain-lain negara ...datang beramai2 berbuka kat masjid..Keadaan kat masjid jadi seperti satu pusat pertemuan antara pelajar-pelajar islam seluruh dunia..secara tak langsung, amalan berbuka kat masjid memang boleh mengeratkan silatulrahim sesama umat islam..


Berbalik kepada hari ke 18 ramadhan nie...aku tak sangka pulak hari nie my best friend dah beli baju raya..tau2 je, dia mai letak kat bilik aku..dia ckp, mie tolong simpan jap baju nie...nanti aku datang ambik..then, lepas terawih je tadi..dia mai terus kat bilik aku..dan terus mencuba baju raya yang dia baru beli tengahari tadi..baju raya dia memang cantik, warna dark purple..siap dengan sampin lagi..Kos baju dia jer..hampir mencecah rm 100...Memang cantik la baju tue...ada dua tone warna..satu dark purple...satu lagi line kat poket warna light purple..


Selepas dia mencuba baju tue...dia suruh aku cuba jugak baju tue..wah nie la baju tue...tengok aku jadi model jap....hehehe...

















Sunday, August 14, 2011

Iman Tahfiz...meruntun hatiku...

Hari ke 15 ramadhan, teras seperti cepatnya masa bergerak..pejam celik dah masuk hari ke 15..tinggal 15 hari lagi untuk kita merebut peluang yang Allah berikan kepada semua Umat Islam....Bagi mereka yang belum lagi merebut peluang..marilah sama2 kita mencari lailatul qadar..sama2 lah kita berdoa, agar kita mendapat lailatul qadar, bukan semua orang berpeluang untuk mendapatnya..hanya mereka yang benar2 ikhlas beribadat dan bermunajat kepada Allah akan berpeluang untuk mendapatnya..Allah tidak memandang seseorang hambanya dari segi paras rupa, harta mahupun pangkat untuk memberikan lailatul qadar, jadi ambillah peluang ini, sama2 kita berjaga malam untuk mencari lailatul qadar..

Malam ke 15 ramadhan telah mencatatkan satu sejarah dalam diriku ini...aku tersentuh dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang dibaca oleh tahfiz yang dijemput khas oleh pusat islam. Memang sedap bacaanya, aku tidak dapat membandingkan dengan org lain..sebabnya, terlalu lunak suaranya membaca ayat-ayat suci alquran, inilah kali pertama dalam tahun ini aku terasa seperti ramadhan yang amat bermakna dalam hidupku..

Aku terasa ingin menjadi seorang tahfiz lah (bisik hati kecilku) bila mendengar bacaan tahfiz tue...kalaulah aku juga dapat menghafal alquran sejak kecil lagi, maybe aku boleh la jadi seperti beliau...bahkan jugak aku akan join jadi imam muda...hehehe( dah berangan la pulak)..

Korang semua, sekarang dh 15 ramadhan..mcm mana dengan korang punya amalan2 yg korang amalkan pada 15 hari yg lepas..rasanya pahala dh berlipat kali ganda ke belum lagi...kalau rasa masih kurang lagi pahala, jom la sama2 kita menambah pahala ..sbb 15 hari lagi kita ada untuk menambah pahala kita..lagipun kita tak tahu, tahun depan, masihkah kita dapat hidup sampai bulan ramadhan....




Hari yang kurang baik...aduuhhh..pening...

Susah jugak nooo..kalau kita dok kat tengah2 nie..rasa pening sangat....nasib baik dok kat tengah, kalau dok kat bawah..lagi susah...

apa2 pun, jangan lupa solat terawih korang...

selamat berbuka.
=)

Thursday, August 11, 2011

Kelebihan terawih...lupa nak share ngan member2...




KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
 
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air

daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.
 

Hari nie...dh hari ke 11 kita berpuasa..

Hari ke10 berpuasa, sangat la penat badan aku nie...maybe sebab pagi tue, aku pergi ke U3P ambil surat kearifanbudaya..then, aku ikut kak cik p durian velley...maybe kot, aku jadi penat dan dahaga amat sangat..petang aku p teman kawan g pelantar informasi kat skol farmasi..balik2 bilik dh letih semacam je..nasib baik aku tak tertido, klu tak..mesti dh tak beli lauk untuk berbuka puasa.

hurm, kemarin jugak lah..henset aku jadi bengong...aduhh, habis semua pic aku dah hilang..lagu2 mp3 pun hilang..then, mesej2 yg aku simpan pun dh hilang..dugaan sangat. Pastu lepas berbuka, aku dok pikir cara nak bagi elok bagi hanset aku nie, then..aku remove memory card, tp still sama jugak...gambar pun still tak leh nak view, lagu still tak leh nak jadi ringtone..pastu, aku fikir2 ..sampai la sahur aku berfikir...

then, waktu bersahur...aku teringat dulu, kejadian mcm nie pernah berlaku kat my rumate, dia selalu buang memory card klu handset hang..aku pun buang lagi memory card and masuk semula kat slot memory kad..pastu, aku terus la format..senang..habis citer, takyah dok pikir2 lagi..selepas 8 jam dok fikir nak bg jadi elok balik..tp balik2 tak elok jugak..aku dh bengang la..jadi aku format terus memory card..then, alhamdulillah, semua maklumat yg aku save..abes hilang...

so, pesan aku untuk korang semua yg ada handset mahal bermemory card tue...please la jg korang punya phone elok2...mana taw, jadi mcm aku pulak..dh abes hilang gambar2 n lagu2 mp3..


Monday, August 8, 2011

Kelewatan Bersahur...

Hari nie, aku lewat bersahur...maybe disebabkan oleh tido lewat kot. Nasib baik la, sobra sms aku...kalau tak, tak bersahur la jawabnya..Nak dijadikan citer, last nite  aku dan adam berbuka kat rumah bapa, so isteri bapa telah bekalkan kat kami berdua sahur. Maybe sebb tue kot , aku bangun lewat..sebb igt tak yah kuar beli sahur lagi..tp aku lupa, aku kena juga p beli air kat khalel...lepas dapat je sms dari sob, terus aku bangun..siap2 nak kuar beli air..

Masa kat khalel, aku ada nampak seseorang yang aku kenal sangat2..rupanya pun aku kenal, tp tak sure la diakah org tue..Lepas tu dari motor, aku nampak dia sibuk bersahur dengan kawan2 dia, mulanya aku ingat nak tegur la, tp dek kerana dia sibuk bersahur..aku tak tegur..Dalam hati aku, kenapa dia tak tegur aku..pelik la, sbb selalaunya dia akan tegur..klu sibuk makan pun...tp nie dia tak tegur...

Lepas tue, aku toleh belakang nak tgk dia..pasai pa dia tak tegur nie...pelik bin ajaib nie...bila dok dekat pun dia tak tegur..aku toleh belakang....aku terkedu dan terkejut..sebb org tue..bukan kawan aku yg aku kenal tue..tp, rupanya...memang sebijik sama, dari tepi ...memang nampak mcm kawan aku..klu depa dua dok sama2...macam kembar..aduh..ada juga org yg rupa sebijik mcm kembar kepada kawan aku nie..

Ingat nak ambik gambar, tp nanti kawan dia igt aku nie pelik pulak..tau2 je nak ambik gambar depa...pelik la, ada juga manusia yg sebijik dengan kawan aku nie...aku dh bgtau kat dia...tp kawan aku nie tak percaya..nasib baik sob ada tgk jugak..so, aku tak bohong la..klu aku citer kat dia, dia ada kembar kat sini...

berbalik kepada citer mula2 tadi, aku terbangun kul 5.00 am..aduhhh...rasa mcm dh tak sempat nak bersahur hari nie..sbb lambat dh sampai khalel...alhamdulillah segalanya berjalan lancar..aku dpt sempat bersahur..

Ada satu benda yg buat aku tak leh tahan untuk Gelak tadi pagi..semasa bersahur nie, sobra citer..rumate dia tnya satu soalan meletop kat dia....Soalan yg paling meletop..tak pernah lagi org lain tnya soalan tue..sobra mengakui dlm byk2 soalan yg rumate dia pernah soal, soalan nie yg paling meletop....

Korang nak tau, soalan apa yg rumate dia tnya..."kalau korang dapat Dajal, korang nak buat apa?"..hahaha, aku tersedak nasi lepas dengar soalan tue...hahahhaa...


Saturday, July 23, 2011

Lepak-Lepak Sebelum Ramadhan.. @lepaklepak..

Jom lepak-lepak @lepaklepak...best  makanan kat sini....ada pelbagai jenis makanan yang takde kat NAZRI, G atau mana kedai makan yg lain...antara menu yg paling istimewa...NASI AYAM dan NASI KELI...

Nie la menu yg istimewa tue...nasi ayam...



Antara minuman yang terdapat di lepaklepak....


Nie antara pelanggan yang xsabar menanti makanan...tgk betapa ceria nya depa semua....



Nie...pelanggan yang xcited tggu makanan...tgk muka depa..ceria bagai...hahahha..


Nie menu dia.....


Lepas makan, kenyang sudah...hahahha..



Friday, July 22, 2011

Tak Sabar Menanti Kedatangan Ramadhan...terkenang kawan2 lama..

Menjelang bulan Ramadhan, aku pasti akan rasa gembira, tp dalam kegembiraan aku..ada juga beberapa perkara yang berlaku kepada aku menjelang ramadhan nie yang membuatkan aku rasa sedih..Macam tahun lepas, hari pertama aku berpuasa...sorang2 ja berbuka kat bilik...aku masih simpan lagi gambar juadah aku berbuka tue...



 nie dia...juadah aku berbuka pada tahun lepas 2010 hari pertama puasa..


tengok lah, apa juadah yang aku berbuka pada hari pertama berpuasa...


Sekarang Beberapa hari lagi..kita akan bertemu dengan bulan ramadhan, aku harap..tahun nie kalau masih lagi berpeluang untuk menyambut bulan ramadhan, aku nak perbanyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan pahala aku...sebab bulan ramadhan..seperti yg kita sedia maklum..bulan untuk menambah pahala dan memohon keampunan dari Allah...Oleh itu, jom la kita sama2 meningkatkan amal ibadat kepada allah...aku saya ..Bulan ramadhan juga Allah akan makbulkan segala doa dan mengampunkan dosa2 kita..janganlah kita biarkan ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi berlalu dengan sia2 saja...

Nasihat aku kepada semua pembaca...selagi kita masih lagi menyedut udara oksigen..selagi itulah kita masih lagi berpeluang untuk mendapat pahala jika kita beribadat kepada Allah...So, kalau kamu semua adalah orang yang beragama islam, maka rugilah kamu jika tidak menggunakan bulan ini dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan sebanyak mungkin pahala...

ok la, aku dh mengantuk ...nak tido...tak sat baru ja aku nampak "sesuatu" kat atas pokok tue...nyaris2 pengsan..nasib baik aku punya mata tak clear waktu malam...kena pakai spek waktu malam, klu tk..satu blok akan terjaga la...kalau aku pakai spek..hahahha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails