Wednesday, May 26, 2010

MCKK dan KK

Tarikh:24.05.2010
Hari: Isnin
Masa:Jam 3.00 pm - 8.30 pm
Tempat: Negeri Perak (Kuala Kangsar)
Aktiviti : Melawat Kawasan sekitar Kuala Kangsar
Sehari selepas aku dan adam wahidi menghadiri jemputan makan-makan dengan Jo Mandal, tiba-tiba jam 10.00 pagi (lebih kurang) handset adam wahidi berdering. Aku yang tido terkejut mendengar deringan hanset adam. Panggilan tersebut dijawab dan, adam wahidi berkata" Joe" call. Aku yang separuh sedar pun mengiyakan saja....hehehehhe...panggilan dari " Joe" mengajak adam dan aku untuk menemani dia ke Sungai Dua (depan usm) dengan tujuan membeli Komputer Lenovo yang baru tue...harga mencecah 3 ribu tue...cantik dan boleh tengok tv...aku pun berkata, adam aku nak tido dulu sebab semalam akau tak cukup tido, then adam pergi teman Joe sorang.......tanpa dijangka, tanpa diduga, tanpa di rancang....Joe mengajak adam menghantar Along Ke MCKK...apa lagi, adam pun call aku suruh siap untuk ke rumah Joe...aku bangun dan pergi mandi terus turun masuk ke kereta dan ikut saja Joe balik rumah....
Jam tepat menunjukkan jarum pendek di no 3 dan jarum panjam di no 12. Joe dah keluarga Joe dah siap untuk bertolak, aku dan adam juga dh siap untuk mengikut Joe dan anak-anak serta isteri Joe ke MCKK. Setiba kami di MCKK, Along terus masuk ke asrama dan kami pun terus ke kawasan yang berdekatan untuk mengisi perut..tiba-tiba, Joe terpandang gerai yang terdapat bawah dewan tu...macam ada ekspo je..bisik Joe ...lepas tue, kami pun pergi kat ekspo tu...
Joe and semua yang lain membeli barang-barang serta kasut Crocs yang dijual di situ...terima kasih and thank You Joe sebab belikan kami kasut Crocs ...cantik dan selesa di pakai...Joe belikan kasut crocs kat anak-anaknya termasuk kami berdua...hehehhehe...sekali lagi nak ucap thank you kat Joe.
lepas kami berjalan kat tapak ekspo dalam dewan berkenaan kami pun pergi kat sungai perak yang besar tue...cantik and pemandangan yang best...lihatlah di dalam gambar yang kami ambil ...sungai cantik, air deras dan tidak tercemar....
Kami kat tepi sungai Perak...cantik weh...kepada pembaca blog aku...mai la sini..best...

Nampak tak masjid kat belakang kami tue...yang nun jauh mata memandang..........




Dalam pic nie lebih jelas sikit masjid yang kat belakang kami tue...

Dalam gambar nie pun sama...masjid yang kat belakang kami jelas juga.....




gambar nie kami ambil masa dalam ekspo tue...masa nie jugak la ada orang dalam ekspo tu nak tangkap gambar kami...dah rasa macam sekeluarga la pulak...heheheh..terasa macam anak Joe dah...
Apa-apa pun, best jugak perjalanan kami ke mckk hari tue...the best journey ever...thank Joe..





Sunday, May 23, 2010

Hujung Minggu yang tak dapat ku Lupakan

Tarikh: 23. 05.2010


Hari : Ahad
Masa: 10.00 am-4.oo pm
Tempat: N ParK.
Aktiviti : Makan-Makan bersama dengan Keluarga Jo Mandal .


Semalam adalah hari yang boleh dianggap paling menggembirakan la, bak kata kakak felica, the best weekend ever..hahahhaha...mana ada la, kak felica tak cakap mcm tu pun, aku yang cakap..hahhahha..memang hujung minggu tu adalah lah hari yang paling best ...sebab kawan kami dari filipina and her husband from India jemput kami makan-makan kat rumahnya...


Pembaca boleh tengok sendiri kegembira pada wajah-wajah kami di dalam foto nie...syok and best la..dapat makan penkek buatan sendiri...


Tengok muka kak sue, bersinar-sinar dok menjamu selere penkek yang dimasak oleh Jo..rasanya lebih sedap dari penkek McD..hehehehehe...penkek nie takde kat mcD ker, kat tesco ker, kat Giant ker...sebab Jo tak buat penkek untuk dijual, so kalau korang yang nak makan penkek Jo, jangan harapla nak dapat makan kat tempat-tempat lain...korang kena p rumah Jo sendiri la...hahahaha...

Tengok wajahku yang cute, dok makan penkek Jo dengan penuh asyik dan fokus menghiris penkek itu...memang sedap..best sangat rasa penkek ni..tapi malang nya, kak nani dan suami kak nani tak datang sebab adik suami kak nani balik dari Indonesia...



Nie la wajah tukang masak tue...Jo, best nyer..dapat rasa masakan Jo, kan best kalau semua yang dijemput datang..boleh kami bergembira sama-sama...





Perkara yang paling aku tak dapat lupakan tu, masa tengah kami semua bergembira dan bersuka ria, terbit kisah sedih dan duka yang dialami oleh Jo dan kakak Felica...nanti la aku cerita kisah sedih tu..sebab aku taknak rosakkan entry yang gembira nie dengan kisah-kisah sedih kakak felica dan Jo..entry yang lain aku cerita kisah mereka...for sure, korang pasti akan menitis air mata..hehehehe..

to Jo and family, thank you very much for the invitation...muchas gracias..

Sunday, May 16, 2010

New story to publish, new gossips to expose and new romours to spread..



PLEASE WAIT...THIS NEW STORYMIGHT LEAD U TO DEATH...MIGHT THROW UR TONGUE OUT...MIGHT SCARE U AND UR FRIENDS..HAHAHAHA..

Monday, May 3, 2010

Hidup dan Mati

Terharu dan sedih aku melihat video ini...sukar nak gambarkan keadaan yang sama jika berlaku kepada aku...mesti sedih kan...

video nie aku dapat kat facebook seseorang...sumber sah2 dari youtube..

Sunday, May 2, 2010

Nyawa dan Masa


Tarikh : 2 may 2010
Masa : 5.30 ptg
Hari : Ahad
Tempat: Sungai Dua Penang berhampiran gate USM.






Nyawa dan Masa



Petang tadi, lebih kurang pukul 5.30 petang, aku, adam, kak nani dan suami kak nani (SKN) dalam perjalanan pulang ke desasiswa Aman Damai. Di pertengahan jalan pulang , kami telah terlihat sesuatu yang agak memeranjatkan dan agak membahayakan...Kami melihat seorang penunggung motor telah melanggar peraturan jalan raya. Penunggang motor berkenaan berusia lingkungan 40 tahun dan ke atas yang sesuai di gelar Pak Cik.




Pak cik berkenaan telah memberhentikan kenderaan beliau di tengah-tengah petak kuning yang berada betul-betul di tengah simpang empat. Pak Cik berkenaan dilihat agak tergesa-gesa untuk melintas jalan raya walaupun lampu trafic masih lagi berwarna merah. Dalam keadaan yang sibuk, Pak cik berkenaan tidak mengendahkan kenderaan yang bergerak di kiri dan kanan beliau.
Aku terfikir, pak cik nie tak sayang nyawa ke? kenapa nak tergesa-gesa melintas jalan...ish2 pak cik...Dah lama ke pak cik nie hidup? persoalan yang timbul dalam benak fikiranku...tapi diduga...tiba-tiba....
Pak cik yang menaiki motor berkenaan telah menggalakan pengguna jalan raya yang lain untuk meniru serta mengikut perbuatan yang tidak sepatutnya itu...tak disedari, seorang penunggang basikal telah menurut di belakang motor pak cik berkenaan..penunggang basikal berkenaan juga memberhentikan basikal beliau di tengah-tengah simpang empat berkenaan....

Penunggang basikal berkenaan telah mengikut perbuatan pak cik bermotor berkenaan. Apa yang pak cik bermotor berkenaan lakukan telah mendorong pengguna jalan raya yang lain untuk meniru serta mengikut perbuatan pak cik tersebut....Tanpa mereka sedari, camera di tanganku telah menangkap perbuatan mereka ini....aku sudah tidak tahan lagi dengan tindak mereka ini...Pak cik ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan juga membahayakan diri pengguna jalan raya yang lain...
Pepatah melayu dulu ada mengatakan...biar lambat asal selamat...tapi pak cik nie, telah gunakan pepatah baru " biar cepat janji sampai"....hohohohoho...











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails