Tuesday, January 25, 2011

Selamat Present Proposal

Kepada kawan-kawanku yg bakal
membentangkan proposal minggu nie,
aku nak wish selamat present proposal..all the best.


Bantuan dan Harapan..

Utk perhatian kepada sesiapa yg terambil laptop dan handphone ainfikri, please pulangkan semula kepada beliau...kepada pembaca blog aku nie,tolong la sebarkan maklumat nie kat kawan2 korang. Mana tau kot2 kawan2 korang tahu sapa yang terambil laptop ainfikri..boleh suruh dia pulangkan...terima kasih.



Friday, January 21, 2011

Best N SeroNoKnYA ..


Lama dh tak uplot gambar ngan My twin..
bukan apa takut korang lupa yg aku punyai twin...hehehehe..


Thursday, January 20, 2011

Hepi Besday Acik Alan.

Hepi besday Acik Alan..
a simple wish for a simple guy like u.

Wednesday, January 19, 2011

Sunyi dan tenang...

Alhamdulillah, aku masih lagi dapat menghirup udara segar di kala ini. Hari nie, suasana waktu pagi amat tenang dan aman...best sangat keadaan dan suasana pagi nie. Bila aku lalu kat tasik harapan, aku ternampak beberapa orang wanita bertudung labuh berkumpul di tengah2 tasik. Aku rasa mereka sedang berbincang dan bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan. Itulah gunanya kalau ada rakan-rakan. Boleh bertukar-tukar fikiran dan berkongsi masalah..


Berbalik kepada cerita aku pagi nie, teringat aku kepada cerita yang pernah Kak cik (safinah) menceritakan kepada aku tentang peristiwa yang berlaku sempena sambutan hari taipusam (sorry klu silap eja). Dalam cerita itu, safinah atau kak cik(nama mesra) memberitahu, arwah ayahnya pernah melihat satu peristiwa di mana orang yang mengankat kavadi telah berteriak kesakitan. Kamu nak tau kenapa mereka berteriak...


Sebabnya mereka melalui kawasan masjid dan ketika itu azan berkumandang...so, aku tak nak cerita lebih lanjut la, sebab korang mesti tau kan...sebab apa mereka berteriak..hehehe, mengenang kembali cerita kak cik, terasa sangat rindu kat kawan-kawan lama..

Nie la kak cik ...hehehe..

Tuesday, January 18, 2011

Peluang dan perancangan..

Kadang-kadang hidup kita tak selalunya indah ..bak kata hijjaz" hidup tak selalu indah, siang tak selalu cerah..." klu nasyid pun ada bgtau mcm tue, so kita terpaksalah terima hakikat bahawa hidup kita kadang-kadang tak selalunya indah, tak selalunya seperti yang kita jangka. Terima lah dengan hati yang redha, dan ikhlas...Insyaallah, hidup akan jadi lebih indah.

Pengajaran yang aku dapat hari ini sememangnya tidak dijual di TESCO mahupun JUSCO, tidak boleh dibeli dengan wang RINGGIT mahupun Dollar ($)..apa-apa pun aku sangat gembira hari nie..Pengajaran pun dapat, nasihat pun dapat...lagi best nasihat tue dari dua orang insan yang vokz..hehehe..skn la tue n kak nani..hehehe.


Kadang-kadang untuk kita mendapatkan sesuatu benda, pastinya kita terpaksa melepaskan benda yang kita ada. Biasanya kita tidak sedar perkara ini, tp bila dh berlaku pastinya kita akan akuinya..Tak semua yg kita rancang akan menjadi seperti yang kita rancangkan..sebabnya, kita cuma merancang dan allah yang menentukannya....



Monday, January 17, 2011

Kesabaranku telah diuji...

Sejak dari pagi hingga ke malam, aku terasa betapa diriku ini diuji oleh Allah yang maha Esa. Aku bersyukur kerana ujian yang Allah berikan kepada aku adalah sangat kecil, namun terasa amat berat bagi diriku ini. Bagiku, ujian ini adalah satu yang amat berat dan tidak terdaya untuk aku menggambarkan kepada seluruh isi alam ini. Hanya mampu aku beristifar dan memohon agar Allah memaafkan segala kesilapanku yang sebelum ini.

Ujian pertama bermula pada waktu pagi hingga ke petang..memang tidak dapat aku bayangkan betapa aku tidak boleh bersabar dan tidak dapat menahan kemarahan dalam diriku ini. Walaupun pada pandangan orang, aku adalah insan yang sangat penyabar, namun hari ini kesabaran aku diuji..Alhamdulillah...aku masih lagi dapat bersabar. Hari ini barulah aku sedar akan tahap kesabaran ku amatlah rendah jika dibandingkan dengan insan yang lain...

Aku terasa diriku ini amat kerdil dan berdosa. Aku sedar , aku sedar, dan aku sedar...segala kesilapanku dan kesalahan ku ini, namun...pada hari ini, di waktu malam...allah sekali lagi menguji diriku yang lemah ini...Alhamdulillah, aku berjaya menahan diriku ini. Walaupun aku sedar, tahap kesabaran ku ini tidaklah bergitu tinggi, namun aku yakin setiap ujian yang allah berikan ada hikmah disebaliknya...

Apa yang mampu aku lakukan adalah teruskan hidup dan bertaubat serta berdoa supaya Allah mengampunkan dosaku ini...



Tuesday, January 11, 2011

Kisah Aku dan Kawan-KawanKu - part 3

Sambungan:

Yang nie kawan aku sejak aku first year degree lagi...Kawan nie dh lama aku kenal dia, tapi jarang bersembang. Dia pernah jadi rumate aku pada suatu ketika dulu..Namanya Sobra a.k.a SOB..Sejak aku jadi rumate dia, aku jarang bercakap and bertegur sapa dengan dia, sbb aku jarang dok kat bilik...Most of my time, aku spend kat bilik Adam zaidi...


Dia banyak tolong aku sejak aku berpindah ke Aman damai...he is very kind. Selalu datang bilik aku sembang2 ngan bergurau senda...Tenkiu SOB  sudi jadi kawan aku sejak dari first Degree lagi....


Kisah Aku dan Kawan-KawanKU -part 2

Sambungan:

SeoRang Lagi Kawan aku Di Desasiswa Aman bernama Azizul Ahmad a.k.a jijo.. Dia seLaLu Datang ke Bilik Aku utk bersembang bertanya Kabar. Dia very kind and very carring person. I will always miss him..thank You Jijo...sudi jadi kawan aku kat Aman Damai...


Jijo nie byk tolong aku ...aku join mcmf pun disebabkan dia...byk pengalaman, dan pelajaran yang aku dapat sejak berkawan dengan jijo nie.


Kisah Aku Dan Kawan-KawaNKu..

Sebelum aku meninggalkan  keluar dari USM, aku akan mula mengimbas kembali kenangan aku bersama kawan-kawanku...sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggalkan aku (mati @ arwah) ..............aku akan start dari desasiswa Aman Damai..

Sejak aku menjejak kaki ke menara gading USM, aku tidak terfikir untuk mendapat ramai kawan rakan yang baik..


IniLah kawankU yang aku Kenal sejak aku berpindah ke Desasiswa aMaN Damai...Namanya Ku Husaini..very Handsome kacak, orangnya baik hati dan peramah..Walaupun tinggal di Aman Damai, aku jarang bertemu denganNya. Tetapi, dialah  salah seorang kawan aku di Aman Damai.....

BERSAMBUNG....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails