Sunday, May 2, 2010

Nyawa dan Masa


Tarikh : 2 may 2010
Masa : 5.30 ptg
Hari : Ahad
Tempat: Sungai Dua Penang berhampiran gate USM.






Nyawa dan Masa



Petang tadi, lebih kurang pukul 5.30 petang, aku, adam, kak nani dan suami kak nani (SKN) dalam perjalanan pulang ke desasiswa Aman Damai. Di pertengahan jalan pulang , kami telah terlihat sesuatu yang agak memeranjatkan dan agak membahayakan...Kami melihat seorang penunggung motor telah melanggar peraturan jalan raya. Penunggang motor berkenaan berusia lingkungan 40 tahun dan ke atas yang sesuai di gelar Pak Cik.




Pak cik berkenaan telah memberhentikan kenderaan beliau di tengah-tengah petak kuning yang berada betul-betul di tengah simpang empat. Pak Cik berkenaan dilihat agak tergesa-gesa untuk melintas jalan raya walaupun lampu trafic masih lagi berwarna merah. Dalam keadaan yang sibuk, Pak cik berkenaan tidak mengendahkan kenderaan yang bergerak di kiri dan kanan beliau.
Aku terfikir, pak cik nie tak sayang nyawa ke? kenapa nak tergesa-gesa melintas jalan...ish2 pak cik...Dah lama ke pak cik nie hidup? persoalan yang timbul dalam benak fikiranku...tapi diduga...tiba-tiba....
Pak cik yang menaiki motor berkenaan telah menggalakan pengguna jalan raya yang lain untuk meniru serta mengikut perbuatan yang tidak sepatutnya itu...tak disedari, seorang penunggang basikal telah menurut di belakang motor pak cik berkenaan..penunggang basikal berkenaan juga memberhentikan basikal beliau di tengah-tengah simpang empat berkenaan....

Penunggang basikal berkenaan telah mengikut perbuatan pak cik bermotor berkenaan. Apa yang pak cik bermotor berkenaan lakukan telah mendorong pengguna jalan raya yang lain untuk meniru serta mengikut perbuatan pak cik tersebut....Tanpa mereka sedari, camera di tanganku telah menangkap perbuatan mereka ini....aku sudah tidak tahan lagi dengan tindak mereka ini...Pak cik ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan juga membahayakan diri pengguna jalan raya yang lain...
Pepatah melayu dulu ada mengatakan...biar lambat asal selamat...tapi pak cik nie, telah gunakan pepatah baru " biar cepat janji sampai"....hohohohoho...











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails