Saturday, October 9, 2010

Kebesaran Allah dan Kekerdilan DiriKu.

Ini adalah kali kedua aku melihat kebesaran dan kekuasaan Allah sepanjang berada di USM. BagiKu kejadian ini membuktikan bahawa Allah itu berkuasa dan tidak akan berlaku sesuatu kejadian atau perkara tanpa izin Allah.

Kejadian yang aku lihat dengan mata kasar aku ini berlaku pada minggu  yang lepas di mana, aku baru sahaja pulang dari Kafe Aman. Aku terpandang sesuatu di langit dan aku merasakan benda yang aku lihat itu adalah pelik dan jarang-jarang dapat dilihat di mana-mana tempat di bumi ini. Aku telah melihat bulan di waktu siang pada jam 10.00 pagi.

Persoalan aku, adakah bulan boleh di lihat pada jam 10.00 pagi? pernah kah anda melihat kejadian ini. Mungkin aku bukan orang yang pertama atau kedua melihat kejadian ini. Namun aku percaya kejadian ini telah membuktikan bahawa Allah itu Maha Kuasa. Segala benda yang berada di muka bumi dan langit adalah milikNya.

Aku berasa sangat bertuah kerana dapat menyaksikan kejadian ini. Bukan semua orang berpeluang untuk melihat bulan pada waktu siang. Hanya mereka yang terpilih dan memang sudah ditakdirkan oleh Allah untuk melihat kebesaranNya.

Setelah aku melihat kejadian ini, sekali lagi aku terkenang peristiwa yang aku alami semasa bulan ramadhan tahun lalu. Allah telah memilih aku untuk melihat kekuasaanNya. Aku melihat Kalimat Allah pada awan. Aku bersyukur kerana dapat peluang untuk melihat kebesaran Allah.

Oleh itu, aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan aku yang membaca Blog ini perasaan dan juga menyaksikan kekuasaan Allah. ...jom kita lihat di gambar-gambar yang dibawah...Kebesaran Allah..







Gambar awan berbentuk Kalimah Allah boleh di lihat pada entry aku yang lepas...just klik pada older post. .


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails