Saturday, July 10, 2010

Tasik harapan dan Hujan

Tarikh: 9.7.2010
Hari : Jumaat
Tempat/Lokasi: Tasik harapan
Kejadian/perkara: Air longkang melimpah dan memasuki tasik harapan






GELUGOR: Hujan yang lebih turun tanpa henti telah menyebabkan air melimpah masuk ke tasik harapan. Hujan yang turun tanpa henti selepas solat jumaat telah menyebabkan air tasik harapan dimasuki oleh air longkang yang berada 20 meter di tepi tasik. Air longkang yang melimpah telah memasuki tasik harapan. Keadaan longkang yang tersumbat telah memburukkan lagi keadaan.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila longkang yang telah tersumbat tidak diselenggara oleh pihak yang berkenaan. Hampir 80 peratus kawasan sekitar tasik telah dibanjiri oleh air longkang berkenaan. Air yang melimpah masuk dengan deras boleh mendatangkan bahaya kepada orang yang lalu di kawasan berkenaan.
Seperti dalam gambar berikut, kita boleh melihat betapa bahaya jika orang ramai menggunakan jalan berkenaan untuk pulang ke hostel masing-masing. Namun demikian, keadaan banjir ini hanya untuk beberapa jam sahaja dan keadaan begini tidak kekal.



Walaubagaimanapun, jika hujan yang turun pada hari ini tidak berhenti, keadaan tasik harapan akan menjadi lebih kotor dan hidupan tasik berkenaan akan mati. Walaupun keadaan hujan lebat ini boleh membahayakan nyawa manusia, haiwan dan merosakkan tumbuhan. Namun pelajar usm boleh menarik nafas lega selepas beberapa jam kemudian hujan pun berhenti. Tiada sebarang nyawa manusia dan haiwan yang telah terkorban.


Kepada mereka yang menggunakan tasik harapan untuk berjogging, sila pastikan masa jogging anda selamat dan tidak menggunakan laluan ini semasa hari hujan "BAHAYA". -hilmi-


6 comments:

  1. oih dahsyatnya...huhuu..ada org tag kat aku kat FB pic ni...aku xtgk pun..ingatkan kat mana..rupa2nya kat USM...huhuu.,

    ReplyDelete
  2. hujan lebat ni biasa jaa...
    ang p jumaat dak?

    ReplyDelete
  3. saya student kat usm engineering campus
    ...sekarang saya tengah buat kajian pasal banjir kat daerah sini..boleh ker bagi saya informasi tentang apakah aliran air spill di atas jalan raya pada masa banjir???..thanks

    ReplyDelete
  4. maksudnya selain membanjiri tasik, apakah ketinggian banjir sampai melebihi ketinggian permukan jalan raya?? thanks

    ReplyDelete
  5. tolong reply ker : iphiet_04@yahoo.com..thanks atas info nya..wassalam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails