Tuesday, July 27, 2010

Aku di bulan Ramadhan

PAK ARAB

AKU, ADAM and AZLAN


ANAS


AMAR AKMAL








Salam buat semua teman, rakan2 dan kawan-kawanku yang dah lama aku tidak bertemu..ketahuilah aku sangat-sangat merindui kamu semua. Bila tiba bulan Ramadhan, aku berasa sangat gembira dan bersedih dalam masa yang sama. Aku gembira kerana aku masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah untuk aku beribadah kepada tuhan yang maha Esa.










Namun kegembiraan aku selalunya datang bersama dengan kesedihan yang amat sangat dalam hati aku ini. Tanpa aku sedari, air mata berguguran (saja nak bagi nampak mcm emotional) jatuh ke tanah. Sebenarnya, bila tiba bulan Ramadhan, aku pasti akan terkenang kawan-kawan aku yang dahulunya aku sering berbuka bersama-sama...di antaranya Amar, Anas, Najib, Baha, Azlan, yang paling vouge Grey (puasa menten ), Pak arab paling aku rindu sbb dia selalu ajak p sembahyang kat Masjid..huhuhuh..semua tue hanya tinggal Kenangan la..










Sekarang nie, aku sorang-sorang ja kat usm nie, yang lain semua dah balik dan membawa diri masing-masing selepas konvo..saat2 aku yang paling aku tak leh lupa..teringat waktu nak bersahur malam tu...Aku dah buat janji ngan Najib, baha, anas, grey nak bersahur sama-sama..last2, Si anas mangkit tido lambat, lepas tue dia buat2 kalut, aku ngan baha p beli nasi kat Khalel, lepas tu balik aku kena goreng telor, kalau nak suruh anas...tak bersahur la kami..dia mangkit tido, tapi buat2 kalut ja, suruh goreng telur pun tak reti..takut tangan kena minyak panas...tu yg aku paling geram dan tak leh nak lupa..huhuhu..










Pak arab pula, aku tak leh lupa bila dia mai bilik aku malam lepas sembahyang terawih, masa tue, dia cakap kat aku jom kita sahur sama-sama....oleh kerana aku dok kat bakti h17, so aku cakap kat dia..takpa la, aku makan kat sini saja..hang bungkus la..aku makan before tido, bukan apa takut aku tak leh nak mangkit tido...Pak arab menten cakap mcm nie, KITA KALAU NAK DAPAT NIKMAT BERPUASA KITA KENA BERSAHUR , TAPI KENA TIDOR SEBELUM BERSAHUR..best..meletop statment tue, memang betul la kita kena tido sebelum bersahur . Tapi masalahnya kalau dok kat rumah mak n ayah yg tolong kejutkan aku..nie kat usm sapa yg nak tolong kejutkan...aku ckp mcm tu la kat pak arab....Last2 aku mangkit subuh , aku p blok dia, nak tgk dia bangun ke tak? memang jangkaan aku betul la, dia tak bersahur...makanan yg di beli tue, dia xnak buang..dia cakap sayang...hahahhaha..










Aku pun kata la kat dia, hang dah tau tak leh nak bangun bersahur..kena lah makan siap2, nie bungkus makanan lepas tue tak makan...lagi membazir...membazirkan amalan setan...hahaha, lepas dia kena ayat tu, dia kata tue awal lagi..esok aku bangun la...baru berapa hari kita berpuasa..hahaha, aku dh habq kat hang...hg tak mau dengar cakap aku...memang aku tak leh lupa pengalaman tue....










Pengalaman berbuka kat dalam kelas pun aku tak leh lupa...hahaha, aku ingat lagi masa tue kelas Zaharom, aku dan kawan-kawan buka puasa dalam kelas....memang kelas berbuka puasa dalam kelas...hahaha...










Apa2 pun, aku memang tak leh nak lupa pengalaman menyambut bulan ramadhan kat USM, banyak pengalaman manis , pahit, masam, masin telah aku lalui...semua tue memberi aku pengalaman, pengajaran dan mendewasakan aku.....untuk sahabat-2 aku yang jauh di mata, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan ingatlah kenangan kita bersama-sama semasa berbuka dan bersahur di USM nie...





















2 comments:

  1. mi awat hg dok crita benda2 ni??? trus aku tringat smua kenangan tu... sedih wei..... rindu keturi teloq... agar-agar paling penyegan kt dunia... hahahahaha

    ReplyDelete
  2. acik alan: keturi tu memang paling penyegan...hahaha, aku dh tak leh nak suruh dia buat apa2 la....kalau jumpa dia lagi...nak paksa dia p beli nasi kat khalel pulak...hahaha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails