Tuesday, October 12, 2010

Aku di antara dua...

Entry nie aku tak tujukan untuk sapa2 ...klu ada sapa2 terbaca dan terfikir akan dirinya aku rujukkan...maka ampun maaflah aku pinta..

Walaupun aku ini satu, aku ada dua sebenarnya. Aku dan dia saling melengkapi..Akan tetapi aku tidak seperti dia, aku tidak seperti aku yang satu lagi..Aku adalah diriku..Namun kenapa aku dilayan begini...Adakah aku juga tidak ada perasaan, adakah aku juga tidak ada hati???

Aku redha, aku terima dengan hati yg sedih..Aku tidak seperti aku, kerana aku saling melengkapi..Kamu semua harus tahu, aku ini tidak selengkap kamu..aku ini tidak sesempurna kamu...walaupun kamu tidak suka akan diriku, kamu terpaksa menerima aku...Kerana aku adalah diriku bukan diri mu..

Tidak semestinya kamu melayan aku begini kerana diri aku yang satu melayan kamu begini..Tidak sepatutnya kamu meletakkan aku ditempat diriku..kamu patut letakkan dirimu ditempat aku, supaya kamu faham akan perasaan aku..Aku tidak perlukan kamu jika kamu bukan aku..

Aku tidak pernah sakiti kamu, walapun aku pernah sakiti kamu...Pernah kamu bayangkan diriku ini...tanpa tangan, tanpa kaki, tanpa telinga..mahukah kamu berkawan dengan aku...mahukah kamu menjadi peneman aku...TIDAK..kamu tidak aku jadi peneman aku, kerana aku tidak lengkap...kerana aku cacat...tapi aku tetap lengkap dengan diriku...

Aku tidak meminta, aku tidak mengarah, aku tidak memberi...tetapi aku suka merasa, aku suka ketawa, aku suka berkongsi....aku suka menurut...MAAFKAN aku kerana aku tidak seperti kamu sangkakan...

MAAFKAN AKU, AKU tidak seperti kamu.. Kamu lebih sempurna, kamu lebih lengkap...lihatlah dunia ini dari pandangan kamu...JANGAN CUBA MELIHAT DUNIA INI DENGAN CARAKU...aku pasti kamu akan merana...Kamu tidak akan tahan dengan apa yang aku hadapi..

MAAFLAH jika aku terkasar, jika aku terleka, jika aku terganggu, jika aku terdiam, jika aku terbising, jika aku tercubit, jika aku terhutang, jika aku termakan dan terminum..

Segala kemaafkan dariku telah aku lunaskan, telah aku berikan seikhlas-ikhlasnya..Maafkanlah AKU..maafkanlah Diriku kerana aku tidak seperti kamu. Semoga Kamu semua bahagia hingga akhir hayat...

PAK ARAB, AKU SEDIH LA, HG TAU DAK...AKU TAK TAHAN SANGAT, AKU KECEWA...tapi takpa..sebab hanya hg saja yang aku ada...yg faham akan aku......sorry pak arab.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails