Monday, April 4, 2011

Murid dibelasah oleh guru meninggal dunia.

Sejak  sabtu lepas, aku ada mengikuti perkembangan tentang pelajar yang dibelasah oleh ustaz di sebuah sekolah agama di Arau Perlis. Ermmm...aku tak nak komen bnyk pasal kes macam nie, tp aku hairan le kenapa seorang ustaz @ guru yang mempunyai ilmu agama yang tinggi boleh hilang kawalan dan terlalu beremosi dalam menangani sesuatu masalah dengan menggunakan kekerasan. Dalam islam, kita diajar dengan cara yang berhemat untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita tidak boleh sesuka hati menghukum seorang pencuri, mahupun seorang pembunuh, ataupun seorang penzina jika kita tidak mempunyai bukti yang kukuh....Apa2 pun aku xnak ler nak ckp lebih panjang pasal kematian adik saiful nie. Yang aku tak berapa sedap dengar bila, si guru yg membelasah tu adalah ustaz...aduhh, perbuatan ini bukan sahaja mencalarkan nama ustaz berkenaan, malahan boleh menjejaskan pandangan orang ramai terhadap mereka yang bergelar ustaz.


Aku takde masa nak komen pasal guru or ustaz2 punya tugas...sebab semua orang sedia maklum, tugas guru dan ustaz adalah memberi didikan kepada pelajar. Tugas mereka sangat mulia..yang tue aku sokong..tugas seorang guru memang adalah sesuatu yang mulia. Bukan semua orang mampu menjalankan tugas sebagai seorang guru. Tapi tu la, bila kita dah dipandang mulia...kita patut beri contoh yg baik...biar orang tidak salah anggap...Dalam kes ini, aku baca byk komen2 dari pembaca metro online...telah mengutuk perbuatan ustaz tersebut....


Dalam hal seperti ini, kita tak perlu lah menggunakan emosi bagi menghukum seseorang itu...biarlah hakim yang memberikan hukumannya..JIka kita juga menggunakan emosi untuk menghukum beliau...kita tidak lebih atau kurang sama seperti beliau.. yang menggunakan emosi untuk menghukum arwah adik saiful..............




Kita yang mengikuti cerita ini tidak perlulah nak beremosi sangat. Bayangkanlah...bapa arwah pun dapat memaafkan kesalahan ustaz itu, inikan kita pula...kita sebagai umat islam, memang harus peka terhadap umat islam yang lain...tak dapat nak nafikan lagi...tp dalam hal ini, aku tak berapa nak sokong la pembaca2 yg cakap nak bunuh ustaz itu, and kutuk2 dia....biarlah dia terima balasan daripada Allah. Kita yang membaca kisah ini tak perlu lah nak menambah dosa dengan mengutuk ustaz berkenaan, memaki beliau dan menggunakan ayat2 yg tidak sepatutnya.. apa2 pun, kita cuba elakkan diri kita daripada melakukan dosa secara terang-terangan seperti memaki org....

So, aku nak memberi satu nasihat kepada semua umat islam...tolong la, kita nie negara yang ada undang2, sudah pastinya beliau akan mendapat hukuman...sah2 ler, beliau tak leh lepas dari undang2...



Jom la, kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada adik saiful...kita doakan dia supaya ditempatkan bersama dengan orang yang beriman....kita manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa, oleh itu...sentiasalah bertaubat selagi belom tiba hari kiamat....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails