Monday, January 17, 2011

Kesabaranku telah diuji...

Sejak dari pagi hingga ke malam, aku terasa betapa diriku ini diuji oleh Allah yang maha Esa. Aku bersyukur kerana ujian yang Allah berikan kepada aku adalah sangat kecil, namun terasa amat berat bagi diriku ini. Bagiku, ujian ini adalah satu yang amat berat dan tidak terdaya untuk aku menggambarkan kepada seluruh isi alam ini. Hanya mampu aku beristifar dan memohon agar Allah memaafkan segala kesilapanku yang sebelum ini.

Ujian pertama bermula pada waktu pagi hingga ke petang..memang tidak dapat aku bayangkan betapa aku tidak boleh bersabar dan tidak dapat menahan kemarahan dalam diriku ini. Walaupun pada pandangan orang, aku adalah insan yang sangat penyabar, namun hari ini kesabaran aku diuji..Alhamdulillah...aku masih lagi dapat bersabar. Hari ini barulah aku sedar akan tahap kesabaran ku amatlah rendah jika dibandingkan dengan insan yang lain...

Aku terasa diriku ini amat kerdil dan berdosa. Aku sedar , aku sedar, dan aku sedar...segala kesilapanku dan kesalahan ku ini, namun...pada hari ini, di waktu malam...allah sekali lagi menguji diriku yang lemah ini...Alhamdulillah, aku berjaya menahan diriku ini. Walaupun aku sedar, tahap kesabaran ku ini tidaklah bergitu tinggi, namun aku yakin setiap ujian yang allah berikan ada hikmah disebaliknya...

Apa yang mampu aku lakukan adalah teruskan hidup dan bertaubat serta berdoa supaya Allah mengampunkan dosaku ini...



1 comment:

  1. Sabar no..cerita last entri tu aku tujukan kat hang..hoho

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails