Tuesday, September 28, 2010

Aku kehilangan seorang kawan yang merangkap Xrumate.

Ring ring ring telefon ku berbunyi, ku angkat , ku tanya siapa... telefon ku berbunyi.." teringat zaman kanak-kanak aku bila dengar lagu tue....Malam Jumaat, last week..hari Khamis dalam pukul 12.30 malam, my best friend ever call me..aku pun terperanjat jugak bila dia call malam2 macam nie. Sebab sebelum ni dia jarang call aku, kalau malam2 buta mcm nie dia call mesti ada apa2 yang penting dia nak kabarkan..

Betul jangkaan aku, memang dia ada berita penting nak sampaikan kat aku..ermm, apakah berita itu?? apakah, adakah berita sedih, gembira? aku tidak tahu. Pada mulanya dia just tanya aku tentang kawan lama aku yang sorang nie..Kawan lama aku yang sorang nie, memang lama sangat dah aku tak jumpa. Biasa lah lepas konvo, kawan2 aku yg belajar sama2 kat usm nie semua dh membawa haluan masing-masing. ..

Lepas tue, aku ckp kenal la, kenapa tak kenal pulak. Kan tu kawan kita...sah2 la aku kenai, Nama dia Noh Yaakob. Aku selalu p menumpang kat bilik adam wahidi (my twin)..so, aku kena jadi kawan kepada rumate adam wahidi. Secara tak langsung, aku jadi kawan Noh, dan Bob. Depa dua org nie terima aku sebagai kembar adam wahidi. So, klu aku p bilik depa je,depa akan layan aku dengan baik. Mcm depa layan my twin la. Biasala aku, klu korang ada twin...korang tau la mcm mana perasaannya.

Berbalik kepada cerita yg aku nak kabarkan ini. Kawan aku tue, rumate adam wahidi..." dia xcident dan meninggal dunia."..mcm tue la ayat yg pak arab(sazali) bgtau aku....Lepas tue, aku check status kat FB, betul la apa yg pak arab khabarkan itu..aku sedih dengar berita tue...Tapi nak buat mcm mana, dh ajal maut allah telah tetap kan..Jadi kami menerima berita itu dengan penuh kesabaran...

Lepas tue, aku chat dengan Aszam yang juga rumate arwah ketika tahun dua. Dia juga sedih. Dia p melawat jenazah. Aku pun tanya aszam mcm mana dengan keadaan jenazah tue, dia ckp fizikal semua ok, takde cedera teruk tp organ dalaman dia pecah dan hancur...Ya Allah..hanya itu sahaja mampu aku ungkapkan...huhuhu..

Jom la kita sama-sama bersedekah al-fatihah kepada arwah. kita doakan beliau di tempatkan bersama dengan orang -orang yang beriman. Amin..

Alfatihah..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails