Thursday, September 23, 2010

Budak Hitam yang Misteri

BUDAK HITAM??

Kenapa Budak Hitam?? Ada apa dengan budak Hitam? siapakah mereka? Kenapa mereka menghantui kita? Apa salah kita? Apa silap kita? Persoalan yang timbul selepas aku menerima Satu SMS dari kakak aku yang berada di Kampung Kuala Kangkong. Walaupun sms dia agak tidak jelas, namun aku terus menyoal dan setiap persoalan yang aku timbulkan telah pun dijawabnya..


Sms pertama yang berbunyi begini " Kat rumah kita sekarang telah diganggu makluk budak hitam kurus, ayah dah dua malam tido kat rumah Tok Jah. Dia demam panas, tadi baru kami p tgk dh leh bangun skit dh." Kalau korang menerima sms yang sama, apakah yang korang fikirkan??? sudah tentu, korang akan bertanya siapakah budak hitam itu, kenapa mengganggu keluarga kita?


Sms kedua yang aku terima berbunyi begini " Adik perempuan (Shakiroh ) dan Abang (Razif) pun pernah tengok. budak itu hitam melegam..tapi kurus" ..aku dah mula rasa seram bila sms aku terima sms yang kedua itu, sbb adik dan abang aku pun pernah tengok. Nie apa kes? abang aku nie ustaz, kenapa dia pun nak kena ganggu dengan makluk hitam kurus itu? Ish2, apakah semua ini...


(sekadar hiasan)

 
Aku terus melontarkan pelbagai persoalan kepada kakak aku itu...lantas dia menceritakan satu persatu peristiwa yang berlaku kepada ahli keluarga aku dan penduduk kat kampung kuala kangkong. Sejak kita menyambut hari raya, tiba-tiba kampung aku diserang oleh bbudak itam kurus ini..pelik tapi benar. Peristiwa pertama berlaku pada abang aku..


Kebiasaannya, abang aku akan pergi memberi kuliah di masjid kat Alor Setar. Seperti biasa dalam perjalanan balik ke rumah lepas solat isyak. Dia pun memecut laju motornya untuk balik ke rumah..Masa dalam perjalanan pulang itu lah, dia ternampak budak hitam melegam dan kurus itu tiba-tiba melintas di depan motornya, Alhamdulillah..bersyukur kepada allah yang Maha Besar...abang aku telah selamat daripada terlibat dalam kemalangan. Seandainya dia membrek motornya, sudah pasti kereta yang dibelakang akan melanggar dan ..tak dapat aku gambarnya..


Peristiwa kedua, seperti biasa adik perempuan aku akan menunggu bas untuk ke sekolah. Oleh kerana dia takut, dia mengajak ibuku menemani dia..biasanya apabila bas dah datang ibuku akan terus balik ke rumah. tetapi, hari peristiwa itu berlaku..tidak siapa menjangka dan tidak siapa yang menduga..semasa adik dan ibuku menunggu bas sekolah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak warna hitam membonceng basikal dan terus menjunam ke dalam sungai. Apa lagi, ibuku dan adik perempuan aku terus menjadi gementar apabila melihat kejadian itu di depan mata..namun, kerana perasaan takut dan tidak berani untuk melihatnya, mereka membiarkan benda itu di dalam sungai berkenaan.


Peristiwa ketiga, pada waktu malam beberapa hari yang lepas ayah aku telah di ganggu oleh budak hitam yang sama. Budak itu akan terus mengelilingi ayah aku. Bila mata nya di pejam, terus nampak budak itu datang mengelilinginya. Kemudian ayah aku bertempir la, dia marah2 dan menghalau budak itu. Persoalannya sekarang, siapakah budak itu..kenapa dia datang mengganggu keluarga aku? Lantas aku terus bertanya kepada kakak aku, adakah mereka ada membuat sesuatu atau mengutip sesuatu yang mereka terjumpa kat tempat2 yang berhampiran...Dia menjawab tidak. Aku dapat merasakan , makluk ini adalah syaitan yang cuba untuk menyesatkan cucu cicit nabi adam..


(sekadar hiasan)


 
Selepas itu, aku terus bertanya lagi...betulkah, makluk hitam itu adalah makluk yang sama yang dilihat oleh ibuku, adikku, abangku dan ayahku..Jawapannya adalah YA. semua ciri-ciri yang mereka ceritakan itu adalah sama. Pada fikiran aku, makluk itu adalah makluk yang sama dan makluk itu akan terus menghantui sesiapa sahaja yang berada di kampung kuala kangkong jika tiada tindakan yang betul dilakukan. Oleh itu, aku hanya mampu mengangkat kedua tangan dan berdoa kepada ALLAH yang Esa meminta pertolonganNya. Aku tidak berdaya untuk menghalang benda itu daripada terus menipu, menyesat, melalai, serta mengganggu keluarga aku. Apa yang aku mampu adalah berdoa dan terus berdoa.


Oleh itu, aku ingin mengajak semua pembaca Blog aku ini berdoa bersama aku untuk meminta pertolongan daripada ALLAH utk menyelamatkan keluarga aku.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Ya ALLAH engkau lindungilah keluarga Encik Mahmud serta semua umat islam dari segala  bencana di langit mahupun di bumi.

Ya Allah , engkau jauhkan makluk yang mengganggu encik mahmud dan keluarganya. Engkau berikan kekuatan kepada encik mahmud serta penduduk di kampung kuala kangkong untuk menghadapi gangguan ini dengan sabar.

Amin....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails